Khamis, 18 Disember 2014

MENCARI KETENANGAN DI KRABI DAN PULAU API API

Saya memohon cuti untuk mengiringi KHEROW (death metal dari Sarawak) sebagai pengurus bagi membuat persembahan di konsert Monster of Legend, di Bulungan Jakarta. Malangnya kami mendapat maklumat dari penganjur terdapat beberapa masalah di Bulungan sehingga kami terpaksa membatalkan hajat untuk ke sana. Saya agak kecewa walaupun KHEROW telah pernah bermain di pentas Monsters of Legend pada tahun 2012.


Oleh kerana tidak mahu membatalkan cuti, saya tanpa rancangan rapi dan sekelip mata terus bergerak ke Krabi. Itulah keistimewaan orang Perlis yang suka berkelana. Jika anda diluar sana memerlukan perancangan rapi selama beberapa bulan dan budget yang banyak untuk ke Krabi. Saya hanya terdetik dihati untuk mandi pantai yang masyhur itu. In Shaa Allah tertunai.

Dengan berbekalkan sedikit wang, sehelai jean, jaket, sehelai tshirt, kain pelekat, selipar, seluar pendek dan kereta tua. Saya memandu sendirian keluar dari pekan Kangar seawall jam 7.30 pagi. Ini adalah kali pertama saya memandu paling jauh ke Thailand, kira-kira 370 KM. Manakala ini pula kali kedua saya menjejakkan kaki ke Krabi setelah beberapa tahun lalu. (rujuk sini untuk baca).

Seperti biasa, walaupun tiba jam 8.00 pagi di pintu sempadan. Berpusu-pusu warga Malaysia dah berbaris panjang untuk membeli-belah di tanah seberang. Memandangkan hari Sabtu, banyak orang Malaysia yang akan ke pasar pagi Klong Ngae bagi mendapatkan barang dapur dan baju-baju bundle berjenama. Bukan murah pun. Tapi mungkin seronok berbelanja ditempat orang agaknya. Setelah selesai urusan di sempadan. Bagi yang mahu tahu kaedah membawa kenderaan ke Thailand. Saya dah post kaedahnya. (rujuk sini untuk maklumat). Jom buat sedikit kajian sosial. Cuba tengok muka pegawai Immigresin Thai kalau kita tak lempar seringgit bersama-sama passport tu. Kelat ja. Padahal dah memang gaji mereka dibayar untuk urusan kaunter tersebut. Urusan negara. Penjawat awam. Muka ketat kerana tak dapat tips. Namun kenapa selalunya selepas diberi tips pun bengis juga? Secara psikologinya, hal ini terjadi disebabkan stigma. Sepertimana kita memandang lelaki kulit hitam datang ke Malaysia. Begitu juga mereka bila lihat lelaki Malaysia datang dengan penuh keterujaan ke Thailand. Sebabnya? Mereka arif sangat dengan hal lelaki-lelaki Malaysia datang ke Thailand untuk merosakkan wanita-wanita Thai. Walaupun ternyata wanita-wanita itu pekerja seks. Begitulah apabila kita melihat wanita-wanita Melayu berpeleseran dengan nigga. Kita benci nigga tersebut walaupun kita sedar wanita-wanita itu ternyata sundal. Namun kita tetap prejudis. Jadi, terima aja…jika ada pegawai-pegawai Polis, Kastam, Immigresin sana tidak mesra pelanggan.

Selepas menukar mata wang dan membeli simkad untuk telefon di 7 Eleven. Saya teruskan perjalanan mengunakan lebuhraya Phet Kasem (Pak Kassim) dan selanjutnya mengunakan petua aplikasi Waze. Ada tiga haluan untuk ke sana, saya ambil laluan paling popular iaitu yang paling dekat jaraknya menyusuri persisiran pantai Trang. 




Dalam perjalanan sebaik tiba di Phatalung, hujan lebat turun disepanjang jalan. Dalam hati saya terfikir mungkin saya tersalah pilih lokasi untuk ke pantai kerana Disember adalah musim tengkujuh dan sering mengalami banjir besar bagi kawasan utara Malaysia dan Selatan Thai. Namun hati saya semakin cemas apabila memasuki jalan kampung menuju Trang. Kampung-kampung disini sedang dinaiki banjir. Beberapa kawasan telah dipantau dan dibantu oleh tentera. Begitu juga jalan-jalan kebanyakannya telah ditutup. Sebaik tiba disebuah kampung, saya lihat kebanyakan kenderaan berpatah semula kecuali beberapa pick-up, truck tentera dan trailer. Risau dengan paras air semakin dalam, saya berpatah semula ke highway 41 dan terus ke highway 4019 hingga ke daerah Khao Phanom mengunakan highway 4156 dan 4037 terus ke Krabi. Boleh dikatakan saya tidak jumpa masjid di sepanjang jalan kecuali 2 buah yang terletak di kawasan bandar baru Krabi berhampiran lapangan terbang. Kalau ada pun papan tanda menunjukkan ia terletak jauh di dalam kampung. 

Saya tiba di Krabi tepat jam 2.30 petang, bermakna sedikit tersasar anggaran masa dan pengunaan petrol. Krabi masih seperti beberapa tahun yang lalu, 2 kali saya tawaf, terus blue print peta pekan Krabi kembali dalam otak. Saya terus ke Kongka Pier untuk berehat dan mengambil udara segar. Tidak saya sangka wajah Krabi tidak banyak berubah kecuali terdapat banyak hotel baru yang dibina sepanjang jalan. Terdapat juga 2 arca keluli yang baru dibina sebagai tandatanah terkini di Krabi: Ketam dan perahu besi. Cuaca di Krabi panas dan cerah seperti mengamit kedatangan saya untuk beriadah.


 



Kebetulan bertentangan jeti Kongka terdapat agen pelancongan PP Smile, saya terus menempah pakej ke pulau Phi Phi esok hari pada jam 8.30 pagi. Bagi yang tidak pernah datang ke sini, apa yang saya dapat ceritakan, Krabi tempat yang sesuai bagi mereka yang suka destinasi mandi manda, bercanda dipantai, scuba, snorkeling, berkayak dan makanan jalanan. Bagi mereka yang suka membeli-belah, suka makanan yang fancy, suka tempat classy, takut kulit jadi hitam. Krabi agak kurang sesuai untuk anda. Bukan bermakna tiada tempat yang bermewah disini. Tetapi Krabi ini lebih kepada pengemar aktiviti laut.

Kebanyakan pelancong datang dari Eropah akan tinggal disini untuk beberapa tempoh yang panjang. Mereka akan menginap di hotel paling murah kerana akan keluar seawal subuh untuk aktiviti maritim. Mereka akan makan di gerai atau pasar malam sahaja. Pakai seringkas yang boleh, mungkin bikini sahaja dan hidup macam orang tempatan. Oleh itu, anda tidak akan dapat menghabiskan jelajah anda dalam tempoh 3 hari bercuti di Krabi. Pakej yang mereka sediakan merangkumi berbagai-bagai pulau, lautan, pantai dan teluk. Seperti pakej ke Pulau Poda, Pulau Mor, Pulau Lanta, dan macam-macam lagi. Pakej paling popular semestinya ke pulau Phi Phi.

Dan harus saya ingatkan juga permainan peniaga-peniaga disana oleh kerana tiada badan pengguna yang memantau. Hampir semua agen pelancongan dan hotel tidak mempamerkan harga pakej dan bilik mereka. Mereka akan hentam ikut personaliti pelanggan. Nampak lebih kaya, lebih mahal dihentamnya. PP Smile memberi tahu saya pakej ke Koh Phi Phi berharga Baht1500. Saya maklumkan ini bukanlah kali pertama saya di Krabi malah saya dah tengok harga pakej tersebut dalam internet. Dia terus memberi saya harga baht1200. Miss Far , pemilik PP Smile turut mempelawa saya makan di restoran miliknya dengan diskaun 20% tetapi saya menolak kerana tidak diketahui status halal. 


Saya bergerak mencari hotel-hotel yang berbaloi harganya. Walaupun musim tengkujuh dan agak kurang pelancong seperti selalu, hampir semua hotel murah telah penuh. Jika anda mengembara seorang diri dan berbajet kecil saya cadangkan Smile Questhouse, K Questhouse, Pack Up Hostel dan banyak lagi di jalan Chao Fa Road yang rata-rata berharga dari baht300 hingga 500. Saya ke A Mansion Hotel mereka menawarkan harga Baht940 semalam, apabila melihat saya terkejut dan ingin berlalu penjaga kaunter terus menawarkan saya baht700 semalam. Namun saya tidak mengambilnya kerana geram. Akhirnya apabila memikirkan esok pagi Miss Far akan menjemput saya di hotel mana pun yang saya tinggal, saya memutuskan untuk tinggal dipusat pekan, di jalan Maharaj. Bagi memudahkan anda tahu dimana terletaknya pusat pekan Krabi anda cari lampu trafik yang dipikul oleh bigfoot. Kebanyakan hotel di pekan berharga dari baht700 hingga baht1200 semalam. Selain hampir dengan satu-satunya tarikan utama di pekan Krabi iaitu pasar malam, ia juga tidak jauh dari muara sungai. Terdapat dua pasar di jalan Maharaj, pertama: Krabi Night Walk. Kedua: Krabi Night Market. Kedua-duanya jual makanan dan barang yang sama sahaja. Kedua-dua turut mempunyai persembahan live band dan pertunjukan kebudayaan. Malah hanya sebelah menyebelah. Dan rasanya jika seorang peniaga itu tidak berniaga di Krabi Night Walk, dia akan berniaga di Night Market. Begitu juga jika anda berjalan ke Kongka Pier untuk warung-warung jalanan sepanjang jeti tersebut. Peniaga yang sama juga yang menjaja di Chao Fa Night Market di situ. Kenapa mereka buat begitu? Pendapat saya. Tiada lain dari usaha mereka untuk menghidupkan setiap malam Krabi yang boleh dikatakan telah mati seawal 8.30 malam. Jika anda suka muzik pub dan bar-bar minuman keras atau urutan badan. Premis-premis berkenaan hidup hingga awal pagi.



Saya menginap di Gafiyah Questhouse dengan sewa baht700 semalam, mempunyai hot shower, wifi percuma dan laju, bilik yang selesa luas, TV, peti sejuk serta penghawa dingin. Saya boleh mencari bilik yang lebih murah namun kebanyakan hotel murah tidak menyediakan kawasan parkir seperti Gafiyah Questhouse. Disebelah hotel saya adalah klinik dan tempat sewa motorsikal. Dan terletak kira-kira 500 meter sahaja dari Krabi Night Market, KFC, 7 Eleven, restoran halal dan stesen minyak Shell.

Malam itu jam 7.30 malam, waktu Malaysia dah 8.30, saya berjalan sekitar Krabi Night Walk sekadar menyaji mata. Kemudian saya terus ke Kongka Pier meninjau arca besi dari seniman negara Prof Decha Warashoon yang berjudul “Boat of Life”, tema yang merujuk kepada kehidupan warga tempatan Krabi yang bergantung pada sumber laut terutamanya perlancongan. Saya menikmati makan malam di situ. Keadaan malam itu agak lembab kerana hujan renyai seketika. Tikus kelihatan berlari kesana-sini. Begitu juga peniaga-peniaga muslim yang menjual roti canai, satay dan masakan panas yang kurang peka pada kebersihan. Saya makan nasi goreng, telur itik dan sayur kucai. Harapan saya warung sebegini murah harganya. Saya tersilap.














Pukul 9.30 malam umpama larut malam di Krabi. Saya berjalan kaki kembali ke hotel dan terus tidur. Esoknya saya bangun awal pagi dan solat Subuh sebelum terus turun ke lobi. Pekan Krabi telah dipenuhi dengan pelancong-pelancong seawal jam 8.00 pagi. Mereka termasuk saya menunggu kedatangan agen-agen pelancongan menjemput kami di depan hotel untuk dibawa ke jeti di Ao Nang. Kebanyakan syarikat-syarikat bot-bot terkenal berpusat disana. Perjalanan ke Ao Nang mengambil masa 20 minit, anda boleh lihat sebuah sekolah pondok agama yang besar, gym tomoi dalam ladang sawit dan kedai-kedai makan dengan logo 1Malaysia di sekitar Ao Nang yang menunjukkan populasi penduduk Muslim banyak di situ. Bagi saya itu harapan penduduk tempatan, jauh dihati mereka tetap merasa Krabi adalah sebahagian dari bumi Melayu.

Ratusan pelancong berkampung di jeti, mereka diberi sticker mengikut agen masing-masing dan akan dipandu oleh pemandu pelancong berbahasa Inggeris pelat lanun Siam ke boat masing-masing. Bagi pakej ke Koh Phi Phi semua perjalanan akan mengunakan speedboat. Manakala pakej ke pulau-pulau lain yang berdekatan kebanyakannya mengunakan bot panjang (bot kayu). Kebanyakan pelancong Eropah lebih gemar mengunakan bot panjang kerana lebih bebas melihat pemandangan dan mudah untuk terjun berenang ke laut. Manakala jika menaiki speedboat, anda dilayan macam orang lebih berduit. Pakejnya hadir bersama makan tengahari di resort, minuman air mineral dan berkabonat yang boleh diambil sesuka hati dan sebanyak yang mahu, insurans kemalangan (tipu ja ni), snorkel dan life jacket serta buah-buahan. 








Pakej ke Phi Phi Islands atau Koh Phi Phi ini bermaksud anda akan dibawa ke dua pulau iaitu Phi Phi Don dan Phi Phi Le. Sebelum sampai tiba di Koh Phi Phi kami singgah di pulau kecil bernama Koh Bamboo atau pulau Bamboo yang semestinya tiada pun pokok buluh. Ratusan manusia kelihatan sedang mandi-manda dan berehat di pasir putih tanpa sebarang sampah sarap. Suatu pemandangan yang mengasyikkan walaupun kami hanya berhenti selama 45 minit. Terdapat pondok menjual makanan ringan, tandas tanpa selenggara dan kotor dan pegawai maritim yang memantau larangan mengutip cengkerang atau menangkap ikan. Pemandu pelancongan yang bernama Thor berkali-kali mengingatkan kami agar mengingati nombor dan rupa speedboat kami agar tidak berlaku kesulitan kerana sesak dengan pelancong. Rakan-rakan pelancong dalam bot saya pagi ini kebanyakannya hanya dari Malaysia, Vietnam, India dan Jepun, hanya ada 3 orang wanita Eropah berbikini dalam kumpulan kami. Yang lain rata-rata makcik-pakcik dan tok wan. Hahaha. Bersihnya pulau ini sehinggakan siput ketam yang masih hidup pun mudah dijumpa berlari-lari diatas kaki. Begitu juga terumbu karang yang boleh dilihat kemerahan dari pantai oleh kerana air yang sangat jenih umpama kaca.





 
Kami seterusnya berangkat ke Viking Cave untuk melihat gua burung layang-layang dan lukisan-lukisan purba. Kami hanya dibenarkan melihat dari atas bot. Kedudukan saya yang duduk diarah bertentangan pula menyukarkan saya untuk melihat gua-gua yang dikatakan berbentuk seperti kapal Viking itu. Saya agak kecewa. Kemudian bersebelahan Viking Cave, Thor menunjukan kami kawasan teluk yang dipanggil Phi Leh Lagoon. Beberapa perahu panjang, tongkang, berlabuh disitu, begitu juga mereka yang sedang snorkeling dan berkayak. Saya kecewa kerana Thor memberitahu speedboat kami tidak dapat memasuki kawasan lagoon tersebut kerana air surut dan mungkin akan tersangkut pada karang. Itu sebenarnya hanya alasan beliau.

Kami seterusnya dibawa ke Maya Bay, lokasi paling masyhur setelah 2 filem Hollywood dirakamkan disitu yang semua orang tahu filem apa. Tibanya kami dikawasan tersebut, semua rakan-rakan pelancong menjerit kagum bersama secara sponton. Walaupun dipenuhi dengan bot dan mungkin ada seribu orang pelancong di pantai, pemandangan alam yang menakjubkan itu memadam semua sosok-sosok manusia berbagai rupa disitu. Kami diberi masa satu jam riadah disitu.



















Rupanya terdapat sebuah denai dicelah-celah rimbunan pohon-pohon renek dan cantik menuju ke Lohsamah Bay dimana terletaknya Phi Leh Lagoon tadi. Saya tidak lepaskan peluang dan terus meredah denai tersebut ke Lohsamah. Terdapat beberapa rumah agam milik persendirian di tengah-tengah pulau, terdapat juga café dan kemudahan tandas yang moden serta cantik. Saya tidak lepas peluang untuk cuba berenang di Phi Leh walaupun seorang diri ketika itu. Ketam dan ikan berwarna-warni boleh dilihat tanpa memakai google. Seterusnya beberapa orang pelancong mat salleh mula datang dan mandi bersama. Kemudian saya terus ke Maya Bay pula untuk meninjau pemandangan dan bot-bot tradisional. Kagum dengan keindahan tersebut, saya yang tidak memakai jam tangan terlewat 30 minit dari jadual. Terkejut dengan itu saya lihat speedboat saya telah mula bergerak. Mujur teriakkan saya “Thor! Thor! Thor!” didengar. Saya malu bukan kepalang kali ini kerana dimarah Thor dan beberapa orang pelancong Vietnam yang meminta saya membeli beer untuk semua orang. Thor meminta saya memohon maaf pada semua orang. Saya turuti dengan rasa malu. Kemudian Thor memberikan jam tangannya kepada saya supaya menjaga waktu. Sekali lagi saya tersipu.


Jam menunjukkan 1.30 tengahari, kami berlabuh di Loh Dalam Bay yang terletak di Phi Phi Don untuk menikmati makan tengahari. Kami dibawa ke Maya’bla..bla’ (apa ntah nama, aku lupa da!?) Resort yang menyediakan buffet halal. Semua pekerjanya peramah dan berbudi bahasa. Begitu juga penduduknya, sebaik sahaja saya turun dari speedboat tadi beberapa orang penduduk di tepi pantai memberi salam pada saya dengan senyuman. Malah pekerja resorts turut menjemput saya ke ruang solat dan meminta saya mengimamkan solat. Ini kali kedua saya dipelawa menjadi imam di Thailand. Samada ada ‘nur’ diwajah saya (hahaha!) atau mereka ingin melihat dan mengkaji perbezaan solat mengikut mahzab hanya Allah SWT yang tahu. Terdapat masjid, sekolah pondok, balai polis, klinik dan berbagai-bagai kemudahan di sini. Saya sendiri pernah menjelajah Phi Phi Don dan berenang di Loh Dalam Bay. Semasa kedatangan kami dahulu, di pantai Loh Dalam pelancong-pelancong barat suka berjemur dan mandi dalam keadaan topless. Tetapi kali ini saya tidak sempat meninjau lebih, hanya makan, solat dan kembali ke bot.

Bagi yang tidak tahu nama asal Koh Phi Phi adalah ‘Pulau Api-Api’, manakala penduduk asalnya adalah 80% nelayan beragama Islam yang bertutur bahasa Melayu. Namun nama Pulau Api-Api seolah-olah mahu dilenyapkan oleh pemerintah Thai begitu juga komuniti Buddha kelas buruh dibawa masuk dengan banyak ke Phi Phi Don bagi mengekang pengaruh Islam di Selat Melaka. 




Kami dibawa ke Monkey Bay untuk aktiviti snorkeling. Inilah kali pertama saya mencubanya dan terus menyintainya sukan ini. Ia memenatkan tetapi amat berbaloi. Saya begitu kagum dengan keindahan terumbu karang dan hidupan laut sekitar Monkey Bay namun Thor melarang kami menghampiri pantai kerana memang banyak monyet yang berkeliaran mencari mangsa. Mereka akan menyerang secara berkumpulan dan memakan apa sahaja yang mereka berjaya rampas termasuklah telefon bimbit.


Puas berenang selama sejam, kami dibawa pula ke Hin kawasan terumbu karang yang lebih cantik dan air yang lebih cetek bernama Hin Klang. Namun sebaik tiba kami terpaksa berkongsi kawasan tersebut dengan ramai lagi pelancong yang sedang khusyuk snorkeling menghayati keindahan alam laut. Thor bersama pembantunya berjaya menaikkan sejenis obor-obor berduri dan tiram hidup sebesar tayar kereta kancil untuk kami ambil foto dan lepaskan kembali ke dalam laut. Kami mandi dan snorkeling di Hin Klang selama sejam dan dibawa kembali ke jeti di Ao Nang dengan jamuan buah-buahan. Dalam pada itu, Thor sempat juga membuat pungutan duit tips kononnya pada pemandu bot. Saya memberi baht20 kerana menyusahkan mereka tadi ketika di Maya Bay bukan kerana upah. Saya dah bayar tambangnya Bah1200 pada agen kelmarin kan!?

Lori pick-up telah tersedia membawa kami kembali ke hotel tanpa menunggu penumpang penuh dahulu. Perkhidmatan pantas yang harus dipuji. 







Sebaik sampai saya mandi air panas dan basuh pakaian dengan harapan ia sempat kering esok hari. Sebaik siap mandi jam 7.00 malam saya terus keluar ke Krabi Night Walk untuk membeli tshirt murah disana. Kemudian saya ke sebuah warung roti canai berhampiran lampu isyarat bigfoot untuk makan malam roti pisang dan teh ais. Manakala teh hijau panas diberikan percuma. Dalam perjalanan kembali ke hotel saya singgah di 7 Eleven membeli mee segere berperisa siput lala. Bekalan jika saya lapar tengah malam nanti. Namun, saya terus terlelap tidak sedarkan diri hingga ke Subuh esoknya. 




Selepas mandi dan solat saya bersarapan mee segera siput lala yang dibeli semalam. Boleh tahan sedapnya. Kira-kira jam 9.00 pagi saya serahkan kunci bilik, panaskan enjin kereta dan terus ke arca besi ketam gergasi. Seorang pelancong mungkin berbangsa Latin sedang selfie situ, saya minta bantuannya untuk bergambar. Beberapa orang pemandu bot datang menawarkan pakej ke Phuket. Saya menolak dengan senyuman. 












Seterusnya saya mengisi minyak di Shell dan terus memecut mengunakan panduan aplikasi Waze. Saya bercadang untuk mengambil lebuhraya yang sama ketika datang tempohari, tetapi benarlah kata orang Waze kadang-kadang melalut yang bukan-bukan. Terutamanya bila tiada pembetulan peta dilaporkan. Waze tidak popular disini, sepanjang 3 hari di Thailand hanya 3-6 orang Wazers saya temui. Saya mula sedar laluan saya menyasar apabila diminta keluar dari H41 (ditahan roadblack disini. Alhamdulilah ok) dan disuruh membelok ke Chian Yai dan menyusuri Hua Sai. Seterusnya menyusuri Ban Bolo dan menyusuri Laut China Selatan. Buat kali keduanya, saya kembali membuat rekod merentas dari Selat Melaka ke Laut China Selatan dalam masa 5 jam. Saya sampai di Klongdaen dan Ranot, tempat yang saya belum pernah saya dengar sebelum ini dan alang-alang saya lihat papan tanda pasar terapung Klongdan yang hanya 3km dari jalan besar. Saya susuri ke dalam kampung Klongdan. Jam menunjukan 1.30 tengahari, memang sah ia masih belum beroperasi. Tetapi hasil tinjauan saya tiada perahu didalam sungai ketika itu. Menunjukan peniaga di Floating Market Klongdan benar-benar datang menaiki perahu tidak seperti pasar terapung buatan dan tiruan di Klong Hae, Hatyai. Yang mana, perahu mereka telah tersedia di situ seperti booth untuk berniaga. Ia hanya dummy.









Sebaik sampai di jambatan Tisunlanonda ke Pulau Koyo, hujan lebat turun semahu-mahunya. Entah bagimana saya boleh sampai Pulau Koyo? Waze memang mengarut. Namun berada di wilayah Songkhla sedikit sebanyak melegakan hati kerana meter minyak telah berada di takuk 1/4. Perjalanan yang berbaki 60KM pasti boleh ditempohi jika jalan tidak sesak di Hatyai nanti. 

Perjalanan pergi dan perjalanan pulang

Saya sampai di sempadan Ban Dannok kira-kira 3.30 petang dan singgah di warung jalanan untuk menikmati koteaw sup dan daging bakar. Saya terlupa untuk sup daging Thailand diletakkan taugeh menimbun, maka terpaksalah saya asingkan pula sayur taugeh ketika makan. Ia sedikit sebanyak menjejaskan mood kelaparan saya. 


Begitulah kisah ringkas percutian kali ini. Ringkasan budget:

Petrol dari Kangar: RM90 ( pakal RON95, RM2.10/liter)
–tapau dalam botol RM10.

Petrol dari Krabi Baht100 (RON 91, Baht28.37/liter, RON95, Baht 30.76)
– saya guna RON91 dan tambah petrol tapau dari Kangar sebotol.

Insurans Thai: RM18

Tips Immigresin Thai: RM2 (pergi – balik)

Potato Chip dan air mineral: Baht40 (peneman memandu)

Sim Kad Ais dan top-up credit: Baht150 ( sim kad Thailand tiada tarikh luput)

Hotel: Baht 1400 ( 2 malam)

Makan malam (hari pertama): Baht130 (nasi goreng, telur dadar, sayur kucai dan the ais)

Makan malam (hari kedua): Baht80 (Roti pisang, teh ais, mee segera)

Tshirt: Baht100 (cenderahati dari pasar malam)

Coke dan potato chip @ Bamboo Island: Baht100

Duit tip pemandu bot: Baht20

Makan di Ban Dannok: RM12 (koteaw sup, daging bakar dan teh ais)

JUMLAH KESELURUHAN: RM424

8 ulasan:

  1. Dah pernah pi krabi sekali. 3 hari 2 malam. Tapi saya lebih prefer ke pulau tioman. Tioman lebih nyaman, tak ramai orang. Krabi ni sesak sangat. Walaupun tak dinafikan yg pulau-pulau kat krabi lebih indah. Hahah. Lain orang, lain jiwanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum sampai tioman lagi bro. Tapi betul saya pernah dengar orang Langkawi kata Langkawi lagi best? Saya pernah sampai Langkawi tetapi tak pernah ambik island hopping kat Langkasuka lagi.. ntah2 lagi best kan? Lain orang lain citarasanya..

      Padam
    2. Saya orang Kedah pun tak pernah lagi sampai ke Langkawi. Hahaha. Mungkin sebab dekat kot. Tu yang pandang sebelah mata ja.

      Padam
    3. Saya sendiri pun lagi dekat Nizam. Tu pun kali pertama sampai Langkawi pada 2010 beli cokelat dan melawat aquarium tu.

      Padam
  2. lawa nye air kat pulau sana. RM 424 kira murah dah tu tambahan pergi naik kenderaan sendiri bole tengok suasana kampung kat sana. Cuma bahasa pertuturan lah pada saya agak merisaukan sikit kan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pergi 4 orang lagi save la.. bleh cutting petrol dan bilik. Saya pun tak tahu cakap Siam bro. Tapi kalau kat Krabi takda hal, depa dah familiar dengan foreigners.

      Padam