Apa salahnya bercerita tentang sesuatu yang nostalgia pada malam ini walaupun ia hanya sekadar sehelai jaket buruk. Tetapi inilah jaket yang saya beli dengan titik peluh saya sendiri dan ia merupakan gaji pertama saya. Jaket US ARMY ini saya beli semasa berkerja di Kilang Gula Felda Perlis pada tahun 1998. Saya berkerja di unit Cane Payment sebagai pekerja kontrak mengasingkan sampah pada tebu bagi tujuan pembayaran bersih kepada peladang tanpa diambil kira sisa sampah. Jaket ini saya beli dari seorang pemandu traktor yang buat perniaaan sambilan menjual jaket dan seluar jeans. Harganya RM55 ketika itu, jika dilihat material dan design yang terkini, tidak jauh berbeza. Rasanya design yang terkini lebih cantik dan berkualiti kainnya.
1. Patch MAYHEM “Wolf’s Lair Abyss” hakmilik Misanthropy Records 1998 ini saya beli dari booth Psyhic Scream di gig SIGH dan IMPIETY yang bertempat di Life Centre pada April 2000. Bagi saya album “Wolf’s Lair Abyss” adalah reformasi MAYHEM paling berjaya selepas kematian Euronymous. Walaupun permainan gitar Blasphemer lebih teknikal dan penuh tona, aura MAYHEM yang penuh kegilaan begitu terasa di dalam album mini ini.
2. Patch SODOM “Better off Dead” hakmilik EMP 1991 ini tidak dapat pastikan di mana saya perolehinya. Mungkin dari Nebiula Metal Shop, ketika itu saya bertekad untuk meletakkan hanya patch SODOM pada jaket ini. Namun kecewa kerana zaman itu agak susah untuk mendapat semua patch-patch SODOM. Impian itu berkubur.
3. Patch VENOM “Black Metal” dengan benang metallic itu saya turut perolehi dari gig SIGH bersama MAYHEM. Tetapi saya jahitkan di beg discman. Setelah discman yang berjenama Phillip itu rosak barulah saya koyak patch ini dah jahitkan dipoket jaket.
4. Saya memang mengidamkan patch MORBID ANGEL “Covenant” dan memburunya begitu lama. Ini kerana zaman tersebut adalah era kegemilangan black/death metal. Segala gambar yang menunjukan imej kesyaitanan lebih-lebih lagi memijak kayu salib adalah cool. Patch hakmilik Morbid Angel 1993 ini saya beli di Penang, mungkin di Rock World atau mungkin di Attitude Shoppe, Komtar. Saya sendiri dah lupa? Yang pastinya saya beli pada hari gig.
5. Sebelum terbitnya album “Lahir Dari Api”, Azmi Bahari telah menetapkan untuk mengunakan tulisan BLACKFIRE dengan font Old English sebagai logo rasmi kami. Jadi ketika sedang mencari restoran untuk makan tengahari di Subang Parade (ketika itu pejabat saya di SS15 Subang Jaya) saya terjumpa kedai sulaman yang boleh menyediakan patch segera. Maka saya tempah 5 keping. Hanya beberapa orang rakan dapat patch ini.
6. Kejadian berlaku ketika saya menempah patch BLACKFIRE di Subang Parade juga. Kebetulan ketika itu pada tahun 2006, Israel menyerang Lebanon dan semenanjung Gaza dengan ganas. Beberapa negeri di Malaysia juga dilanda bencana banjir. Kempen Malaysians For Peace begitu rancak dijalankan. Saya tanpa rela terjebak dan menurunkan tandatangan. Dapatlah lencana besi itu yang kekal dipoket jaket hingga ke hari ini.
7. Button MISFITS tersebut saya beli dengan harga RM1 disebuah kedai pengiklanan dan pencetakan yang baru beroperasi berhadapan pejabat saya di SS15. Saya dah lupa nama syarikat tersebut. Saya beli sekadar suka-suka.
8. Button VENOM tersebut dihadiahkan oleh Chainsore @ Syed dari DEVASTATOR kerana dia tahu saya begitu meminati VENOM.
9. Button KAAMOS dihadiahkan oleh gitaris KAAMOS sendiri, Konstantin Papavassilou yang merupakan sahabat pena saya sejak menyunting zine. Button ini diberikan bersama-sama CD beliau. Saya meminati death metal kejam bawaan KAAMOS sejak zaman demo lagi.
10. Saya beli melalui online dari sebuah kedai pakaian bundle. Ia merupakan lambang battalion Republic of Korea Army (ROKA). Battalion terbaik dari Korea ini digelar 'White Tiger'. Hebatkan!
11. Patch paling terkini dijahitkan pada jaket ini. Patch ini dibuatkan khas oleh Feudal Throne Records, Jerman dengan kebenaran Azmi Bahari sendiri atas permintaan peminat-peminat yang masih sukakan logo klassik yang dilukis oleh Subri, bekas pemain bass BLACKFIRE.
12. Patch SWEET CHARITY itu saya beli dari kedai Uncle, Campbell Complex. Satu-satunya kumpulan rock Melayu yang layak untuk diberi penghormatan di jaket ini. Saya agak kurang meminati kumpulan glam rock Malaysia kecuali BPR, IKLIM, ELLA AND THE BOYS dan beberapa lagi.
13. Backpatch SODOM “Agent Orange” hakmilik EMP 1990 saya beli dari SHBS pemain bass/vokal kumpulan black metal ZUBIRUN mempunyai sebuah distro ketika itu. ZUBIRUN sebuah kumpulan yang saya minati ketika itu walaupun banyak orang kurang memberi perhatian pada mereka kerana mereka sebuah kumpulan baru jika mahu dibandingkan dengan BRAINDEAD. Namun lagu-lagu mereka sangat berbeza dari kumpulan-kumpulan lain, malah persembahan live mereka cukup bertenaga dan ganas. Mereka juga kumpulan yang menitik beratkan imej. Bermula dari bermain Sado black metal mereka berubah ke black thrash metal dihujung nyawa mereka. Harapnya mereka akan bersatu kembali?
14. Patch MORBID itu adalah bootleg yang saya beli di Campbell Complex. Adakah patch original band purba yang telah berkubur ini? Saya bukanlah peminat tegar MORBID, lagipun mini album tunggal mereka “December Moon” (demo tape 1987 sebenarnya) biasa-biasa saja. NIHILIST lagi best. Namun penglibatan Dead Ohlin yang berhijrah ke Norway untuk menjadi penyanyi MAYHEM itu yang telah memberi impak besar pada dunia muzik lasak. Dead mempunyai karakter nyanyian yang kuat, membuatkan lagu-lagu Mayhem kedengaran begitu ngeri. Saya tabik pada nyanyian Dead, kerana pernah merasa seram pada vokal beliau. Itulah aura black metal yang telah hilang kini. Oleh itu, saya merasakan logo vintage itu perlu ada pada jaket ini kerana ia iconic. (cuba tengok bentuk kelawar itu seperti logo asal siri Batman).
Jaket ini pernah ditawarkan RM200 tunai oleh seorang mat motor. Saya tolak mentah-mentah. Kepada yang cuba-cuba nak tiru susun atur jaket ini, silakan. Tetapi jangan lupa bagitau dari siapa anda tiru!
pergh!!!...masih simpan ek...aku jaket2 zaman muda remaja semua mak aku dah buat kain buruk...heheh..
BalasPadamNak pakai malu bro... dulu tiap hari pakai. sekarang ni kalau lewat malam-malam, ada feel metal skit.. pakai la pi minum kopi. tu pun pilih kedai yang x ramai orang.
Padamaku tak pernah ada battle jacket... kalau ada pun jaket hijau ala RELA dgn hanya sekeping patch iron maiden (berteromber ingat lagi kot jaket ni)
Padammalangnya atas sebab2 tertentu, jaket tu skrg dah tak muat, hehehe...
terbaik setiap patches ada ceritanya... nanti nak buat camnilah
BalasPadambuat bro.. buat! hehehe
Padam..Masa aku keja jaga kilang dulu ipaq aku bagi uniform celoreng hat dia punya..aku sempat pakai 2 minggu waktu malam bila keja...Satu aritu tu salah sorang drebar kat kilang tu mintak kat aku mapuih idup balik aku tak bagi...Esok paginya mai keja aku tengok jaket tu sudah leboh dan drebar tu pun aku tak nampak lagi lepas tu...Nak tuduh sapa? Silap aku jugak pi tinggai kat dalam post pengawal tu...
BalasPadamkutu jgak drebar tu... jaket pun mau sapu. tapi anggap sedekah ja bro. kesian sama dia.
Padamboleh tiru ni . haha
BalasPadamIgt zaman muda2.skg dh pencen
BalasPadamDikebumikan dgn waktu dan debu...
BalasPadam