Isnin, 5 Januari 2015

MENJAWAB 101 PERSOALAN TAUHID (GALERI ILMU)


Kelebihan ilmu tauhid adalah semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu berbanding ilmu-ilmu lain. Malah ia merupakan akar asal kepada segala ilmu-ilmu lain yang wajib diketahui oleh seseorang terutamanya mereka dalam bidang keagamaan. Ia mempunyai kedudukan istimewa kerana bahasanya berkaitan dengan Dzat Allah SWT dan para Rasul. Status ilmu tauhid adalah yang paling agung dalam hierarki pengetahuan ilmu Islam.

Buku ini adalah terjemahan daripada karya asal Kitab Al- Jawahir Al-Kalamiyyah karangan al-Allamah al-Ustaz al-Syeikh Tohir al-Jaza’iriy dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Dr. al-Ustaz Pauzi Haji Awang. Buku ini diterbitkan pada 2010, mengunakan pendekatan bahasa yang mudah difahami, tepat dan menarik. Disusun dalam enam bab secara soal jawab. Buku ini pernah dijadikan sumber untuk Ilmu Kalam bagi sekolah-sekolah pondok, masjid-masjid dan surau-surau setelah diterbitkan buat pertama kali oleh Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Kota Bharu pada 1978 namun gaya terjemahan mereka agak lemah. Atas kepentingan dan faedah dari ilmu didalamnya Galeri Ilmu menerbitkan semula buki ini dengan tajuk ‘Menjawab 101 Persoalan Tauhid’ ini. 


Buku ini dimulakan dengan penerangan takrif atau definasi tauhid, seterusnya pengertian ilmu tauhid, faedahnya, kelebihannya, permasalahan dan kaedah mencari penyelesaiannya.

Buku yang harus dimilik bagi mereka yang suka mengkaji tentang akidah Islamiah. HArga RM10 dan boleh didapati dikebanyakan kedai buku yang popular.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan