Isnin, 5 Januari 2015

TANDA-TANDA KIAMAT (AL-HIDAYAH)



Saya mula berminat tentang buku ini setelah mendengar siri ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin yang berpandukan kandungan buku ini. Ceramah beliau mengupas setiap bab di dalamnya dengan lebih perinci dan hebat, sayangnya siri tersebut terhenti sebaik memasuk bab Dajjal dan Yakjuj Makjuj yang secara teorinya akan bangkit dan menguasai dari kawasan yang kini sedang bergolak. Kejadian yang berlaku di Syiria, Russia, Iraq, Chechen, Palestin memberi bukti jelas bahawa kebanyakan petanda kiamat itu telah atau sedang berlaku.

Buku karangan Yusuf bin Abdullah bin Yusuf al-Wabil MA, diterjemahkan oleh Muhammad bin Abdul Latif dan disemak oleh Ustaz Syarin bin Jasah ini mengkelaskan setiap tanda-tanda kecil dan besar berserta penjelasan dari dalil al-Quran dan juga hadis. Manakala jika melalui ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin, beliau turut mengemukan teori saintifik, fakta sejarah dan pandangan sarjana dari Kristian dan Yahudi. Saya amat berharap agar siri ceramah itu dijadikan DVD atau dimuatkan ke dalam youtube sebagai salah satu sumber rujukan. 


Percaya akan kedatangannya hari akhirat adalah antara satu perkara rukun dalam iman, banyak orang mempersoalkan atau ragu-ragu tentang janji-janji Allah SWT mengenai kewafatan dunia ini. In shaa Allah, mungkin buku ini akan memberikan sedikit jawapan kepada anda mengenainya. Buku ini boleh didapati dari semua toko buku berdekatan dengan harga RM45. Antara buku yang harus dimiliki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan