Khamis, 15 Januari 2015

SUMPAHAN PUAKA SOICHI (GEMPAK STARZ)


Komik genre seram ini dikeluarkan oleh Anjung Taipan dengan kebenaran terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Asahi Shimbun Publication, Tokyo. Saya bukanlah seorang pengemar manga atau anime, namun setelah meneliti sinopsis dan reka letak kulit buku ini yang menarik. Apa salahnya mencuba? Buku yang dilukisan dan ditulis oleh Junji Ito asalnya berjudul Soichi No Kattena Noroi ini mengisahkan seorang kanak-kanak ganjil bernama Soichi dari daerah Fukazawa. Dia yang merupakan anak bongsu keluarga Tsuji dan sangat obsess kepada sihir serta sumpahan-sumpahan pelik yang dipetik dari dogeng-dogeng dan filem-filem seram. Yang peliknya ia menjadi apabila dijampi atau diseru oleh Soichi.

Namun latarbelakang nenek Soichi yang merupakan seorang tukang tilik paranoid sebelum menghilangkan diri secara tiba-tiba juga menimbulkan misteri pada keluarga Tsuji. Soichi bagaimanapun seperti kanak-kanak biasa yang nakal dan hanya mengunakan sihirnya bagi tujuan remeh dan suka-suka. Namun perbuatannya telah menimbulkan huru-hara pada ahli keluarganya, seterusnya di sekolah dan akhirnya seluruh kejiranan. Jalan cerita kehidupan jelik Soichi memang unik dan berjaya diadaptasi dalam gaya komik yang berkesan. Saya menyukainya dan berharap lebih banyak lagi karya Junji Ito diterbitkan untuk pasaran Malaysia.

Junji Ito, 51 tahun merupakan seorang bekas doktor gigi yang diiktiraf sebagai mangaka genre seram terbaik di Jepun. Karya paling terkenal yang beliau hasilkan “Tomie” telah difilemkan pada 1999.

5 ulasan:

  1. Junji Ito pakar komik seram dr jepun. Memang best.

    BalasPadam
  2. metal brain... ada siri lain ke keluar kat Malaysia bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya ada.semua dikeluarkan dibawah edaran Gempakstarz kalau tak silap .

      Padam
  3. hahahahaha! ada siri yang keluar di Malaysia sepert Azab Remina, Tomie, Gyo dan Paradox.

    BalasPadam
  4. mau cari lah, dulu kat kedai2 majalah banyak jual ceta2 manga kisah pelik2, dulu selalu beli, skg dah tak ada, koleksi aku tu ntah semua menghilang selepas aku kawin, yang paling aku tak lupa, cerita anaknya yg suka makan minyak masak, satu hari dia p bunuh lepas tu dagingnya dia jual kat restorannya.. hahaha

    BalasPadam