Khamis, 5 Februari 2015

AZAB REMINA (GEMPAK STARZ)


Saya mula menjejaki karya Junji Ito yang dicetak untuk pasaran Malaysia dengan kualiti suntingan dan terjemahan yang baik setelah membaca Sumpahan Puaka Soichi. Namun tidak seperti Soichi, saya mengalami masalah untuk mendapat mood membaca Remina hingga meleret ke dua minggu dari hari ia dibeli. Mungkin kerana ilustrasi kulit hadapan dan intro yang membosankan serta tema keremajaan. Azab Remina adalah sebuah karya sains fiksyen gelap mengenai sebuah planet yang muncul dari worm-hole yang dinamakan Remina sempena nama anak perempuan pengkaji bintang yang menemuinya, Prof Ooguro. Penemuan Prof. Ooguro menjadi sangat popular hingga anak perempuannya itu juga terkenal dan menjadi selebriti. Malangnya, Planet Remina itu menelan semua planet yang berdekatan termasuk juga bumi. Kisah Azab Remina ini tidaklah tulen dan mudah dijangka dengan lebih banyak drama menyelamatkan Remina dari kisah mengenai planet misteri itu. Planet Remina mungkin juga mendapat inspirasi dari Unicron. Bagi mereka yang taksub kartun animasi The Transformers, pasti tahu mengenai Pemakan Planet ini.

Turut dimuatkan sebagai bonus, kisah ‘Kraf Mayat’ yang unik dan penuh enigma namun menemui pengakhiran tipikal seperti kebanyakan komik Jepun. Tergantung dari segi watak dan titik temu antara tiap babak.

Saya masih beri peluang kepada Junji Ito dan akan memburu komik-komik beliau seterusnya kerana mangaka genre seram terbaik Jepun ini pasti mempunyai karya-karya agung yang perlu dibaca.

Boleh didapati dikebanyakan kedai buku atau cawangan 7 Eleven.

www.gempakstarz.com

2 ulasan:

  1. Hahaha! Hellstar Remina. Harap tuan akan berjumpa dengan komik Gyo, Tomie/Fujiang, Paradox, Arca Tidak Berkepala (kompilasi short chapter) etc etc... side chapter "Kraf Mayat" tu memang tergantung macam tu je. Sakit hati membacanya.

    BalasPadam
  2. wahh. Azab Remina mmg cool. Last last bumi ditelan makhluk pelik berupa planet yg besar. Survivor dlm kapal angkasa kecik tu ada bekalan cuma cukup setahun je.apa yg terjadi lepas tu ye? semua jadi kanibal kot makan satu sama lain.tp kalo dan jumpa planet lain yg boleh didiami legalah.hahah

    BalasPadam