Walaupun ini adalah kali ke-3 saya ke Songkhla, belum pernah terlintas untuk saya menjejaki sejarahnya. Jadi saya luangkan masa cuti kali ini dengan perkara yang berfaedah dan memilih untuk menjejaki salah satu Tamadun Islam yang dimusnahkan, iaitu Singgora atau dalam makna bahasa Melayu ‘Kota Singa’.
Jarak dari bandar Kangar ke Songkhla kira-kira 117 KM, setelah mengisi petrol sebanyak RM100 saya bergerak ke Padang Besar pada jam 3.30 petang. Setelah selesai urusan dokumen perjalanan dan pengishytiharan saya menukar wang di pekan Padang Besar sebelah Thailand. Kegawatan ekonomi Malaysia nampaknya semakin meruncing namun media pro kerajaan langsung tidak menghebahkan hal sebenarnya. Hari ini ringgit jatuh lagi, 88 bath bersama RM1. Jika dinilai kuasa beli rakyat Thai. Kita jauh ketinggalan. Bagi memudahkan anda faham, anda masih mampu membeli air tin berkarbonat di 7 Eleven Thai dengan harga 10 bath. Di Malaysia ada lagi air tin RM1? Saya hanya membawa 2200 baht.
Seterusnya saya isi semula kredit pasca bayar talian AIS untuk navigasi Wave, walaupun serik mengunakan aplikasi ini ketika ke Krabi tempoh hari, saya siap sedia juga untuk kemudahan komunikasi dan kecemasan.
Tanpa sebarang masalah saya terus memandu ke bandar Hatyai. Saya telah maklumkan kepada pengerak-pengerak muzik UG di sana bahawa saya akan mahu riadah dan santai di Greenway Market malam ini. Pusat kegiatan punk/metal di Hatyai.
Sebaik singgah di masjid untuk solat bersebelahan President Hotel, saya terus masuk menginap di situ. Lagipun seorang sahabat lama, Nurul @ Kedom dari Northern Fitness Team pernah cadangkan saya hotel tersebut. Lokasinya memang strategik, berhampiran kawasan bazaar yang menjual assesori wanita secara pukal serta bersebelahan dengan warung masakan halal kegemaran saya. President Hotel digemari oleh orang-orang Malaysia, hanya 700 baht semalam dengan kondisisi setanding Hotel Seri Malaysia dan mesra pelanggan. Harus saya beritahu, pada sebelah malamnya akan ada bapak ayam menunggu di lobi untuk menjual khidmat seks tanpa selindung. Bagi yang tidak biasa dengan hal ini, usah melenting. Ia kegiatan lazim di semua hotel dalam bandar Hatyai yang dipenuhi pelancong luar.
Setelah mandi dan rehat sebentar. Saya ke warung kaki lima yang terletak pada kiri bahu jalan keluar dari President Hotel. Masakan Thai di sini hanya terhad kepada daging dan ayam bakar, tom yam, som tam, lap ayam, lap ikan, lap daging, sayur-sayuran, minuman pula hanya Coca-Cola dan air kosong. Tetapi sentiasa dipenuhi pelanggan. Jika anda kurang bernasib baik. Terpaksalah anda menunggu giliran untuk duduk makan. Seterusnya saya ke pasar terapung di Klong Hae, saya ada menulis mengenai pasar terapung ini dalam siri kembara ke Selatan Thai yang lalu. (boleh rujuk sini). Walaupun telah sering datang ke sini, tarikan pada makanan-makanan halal exotik dalam perahu ini membuatkan saya tidak jemu kerana ada sahaja makanan baru. Kali ini saya mencuba kerabu betik goreng. Anda patut mencubanya! Sebagai peringatan. Kawasan ini diawasi oleh CCTV.
Kira-kira jam 9.30 malam saya bergerak ke Greenway Market. Dan terkejut rupanya mereka sedang menerima kedatangan band punk rock dari Jerman, SPEICHELBROISS atau dalam Inggerisnya Spicyboyss. Sebuah parti dianjurkan pada malam itu. (Saya muatkan kisah satu malam bersama Speichelbroiss ini di blog Faithcraft) Kita teruskan ke esok harinya ya.....
Pulang malam itu sekitar 3.30 pagi atau 2.30 pagi waktu tempatan membuatkan saya agak liat untuk bangun pagi walaupun jam 6.00 pagi dah macam 8.00 pagi di Hatyai. Cadangnya untuk berfoto di roundabout berhadapan hotel yang dihiasi replika kambing-kambing sempena Tahun Baru Cina tidak kesampaian kerana lalulintas dah sibuk.
Kira-kira jam 9.30 saya keluar dari hotel dengan sarapan air mineral percuma yang diberi dalam peti ais bilik hotel dan sisa secawan white coffee yang saya beli di 7 Eleven bersama Speichelbroiss semalam. Dan lokasi pertama adalah Zoo Songkhla yang terletak kira-kira 21 KM dari President Hotel. Saya pernah ke sini dalam jelajah Ocean to Ocean Ride 2014 yang dianjurkan bersama Peketum rider. (baca sini). Zoo merupakan satu tempat rekreasi wajib jika anda merupakan pecinta haiwan dan alam. Lebih lagi zoo ini dibina diatas bukit yang luas dan jika anda kurang stamina untuk hiking ke setiap kadang haiwan. Anda boleh memandu terus ke setiap lokasi. Jika saya. Saya lebih gemar hiking dan seterusnya menikmati udara segar dipuncak. Rusa jinak dibiar bebas untuk anda bermesra. Peta diberikan percuma. Pertunjukan aksi haiwan percuma di auditorium.
Seterusnya saya ke Pulau Yo, atau dikenali sebagai Ko Yo ( bukan pulau di lautan sebaliknya di teluk yang sebuah jambatan menghubungkannya, terdapat sebuah muzium kebudayaan di situ) mengunakan jalan ke Singha Nakhon. Disinilah tamadun Singgora bermula. Terdapat 14 kota perlabuhan bersejarah namun hanya 6 masih elok dan boleh di jejaki di kaki gunung Khao Daeng kerana yang lain musnah dalam peperangan. Dicatatkan perlabuhan ini mampu memunggah 80 kapal barang dalam suatu masa di zaman kegemilangannya. Dari sini dagangan turut dibawa melalui laluan sungai hingga ke Kedah. Jeremias van Vliet, Kapitan Belanda dari East India Company yang bertugas di Ayuthaya mengambarkan Singgora sebagai salah satu bandar utama Siam dan pengekspot terbesar lada hitam. John Baptista Tavernier, saudagar permata dari Perancis pula menulis Singgora sebagai kawasan yang kaya dengan bijih timah. Manuskip Cottonian lama di Perpustakaan British menegaskan bahawa polisi kerajaan Singgora yang membenarkan pihak luar membina gudang dan bebas cukai membuatkan ia terkenal serta mesra pedagang.
Kawasan yang di panggil Tasik Singgora ini mempunyai pemandangan yang cantik mengadap Pulau Tikus. Masjid Sultan Sulaiman Shah juga terletak berdekatan kota perlabuhan ke-8. Melewati kota perlabuhan ke-4 dan ke-5, jika anda mampu mendaki hingga ke puncak gunung, terdapat 2 buah pagoda yang dibina pada tahun 1830 sebagai mercu tumbangnya Kerajaan Melayu Kedah.
Bagaimana Kesultanan Singgora wujud? Pada tahun 1600-an rombongan ulama Parsi yang diketuai oleh Dato Mogol telah membuka sebuah wilayah di selatan Thailand dengan nama Singgora atau kini ditukar kepada Songkhla. British dan Belanda memanggilnya dengan nama Bandar Sangora, manakala pegawai tentera Jepun memanggilnya Shinichu. Seperti juga Nagara Kedah, Kesultanan Singgora dituntut membayar ufti atau bunga emas kepada kerajaan Ayutthaya.
Apabila Dato Mogol wafat pada 1620, putera sulungnya Sulaiman Shah mengambil tapuk pemerintahan dan berjaya membangunkan Singgora dengan begitu pesat. Kemajuan dan kekayaan Singgora membuatkan kerajaan sekitarnya dan pihak asing mula iri hati dan ingin menakluknya. Sejarah, fakta, jurnal, surat-surat, laporan mengenai kerajaan Singgora sangat banyak ditulis oleh cendiakawan British dan pedagang Belanda, dan juga banyak tersimpan di akrib Perancis. Adakalanya mempercayai apa yang mereka tulis bulat-bulat dan tidak membahaskan kandungan adalah SALAH. Ini kerana terdapat bukti menunjukkan mereka lah juga batu api dan terlibat sama dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Islam Singgora dengan membantu Siam melancarkan serangan dari dalam kota Singgora dengan menyamar sebagai pedagang.
Pergolakan Singgora ‘dikatakan’ bermula apabila Permaisuri Pattani menabalkan pemerintah Siam yang baru bergelar Raja Prasat Thong, seorang yang kejam dan perampas tahta. Dicoretkan juga oleh British bahawa Permaisuri Pattani memerintah tenteranya menyerang Ligor dan Phattalung namun Ayutthaya telah menghalang kemaraan mereka dengan menghantar 60 000 orang tentera. Singgora terkena tempiasnya dan menghantar utusan meminta bantuan kerajaan Ayutthaya namun tidak dilayan. Belanda mencatatkan Singgora mengalami kemusnahan teruk dan dagangan lada hitam mereka turut lumpuh oleh kerana serangan tentera Pattani.
Pada Disember 1641, dari mulut Belanda juga, tercetuslah revolusi pertama gerakan untuk merdeka dari Ayutthaya setelah Singgora tidak mendapat pembelaan oleh kerajaan itu. Mungkin cuba melaga-lagakan atau perkara benar, Jeremias van Vliet yang dalam pelayaran dari Ayutthaya ke Batavia dan singgah di Singgora melaporkan Sulaiman Shah tidak menyenangi surat rekomendasi pegawai hubungan luar Siam, Phra Klang yang dipanggil Belanda sebagai ‘Berckelangh’ dan menolak untuk membayar bunga emas kepada Ayutthaya.
On the 3rd of February the delegate van Vlieth landed at Sangora and was received by the governor, who was angry at the Berckelangh's letter, saying that his country was open to the Netherlanders without Siamese introduction and that the letter had not been necessary. This and other haughty acts displeased the Hon. van Vlieth. —Dutch Papers: Extracts from the "Dagh Register" 1624–1642.[14]
Pada 1641 juga kerajaan Singgora menabalkan Sulaiman Shah sebagai Sultan dan bergerak sendiri sebagai sebuah negara merdeka. Sultan Sulaiman Shah memodenkan segala prasarana, membina kubu dan mengikat hubungan perniagaan dengan Belanda, Portugis, Greek dan orang Cina. Sultan Sulaiman Shah melantik adiknya Farisi mengetuai pertahanan darat yang berpusat di Phattalung. Ayutthaya melancarkan 3 serangan laut ke atas Singgora yang semuanya gagal, malah Laksamana mereka melarikan diri.
Sultan Sulaiman Shah wafat pada 1668 dan tahtanya diwarisi oleh puteranya Mustafa. Dalam Hikayat Pattani, Sultan Sulaiman Shah diriwayatkan sebagai raja Islam yang mati berperang. Dicatatkan pula oleh Belanda kerajaan Pattani menyerang Singgora di zaman pemerintahan Mustafa. Walaupun tentera Singgora berjumlah kecil, Sultan Mustafa enggan menerima pertolongan dari Kerajaan Melayu Kedah. Baginda lebih percayakan tentera-tenteranya sendiri dan meriam-meriam hebat ciptaan jurutera tempatan yang sangat digeruni oleh Siam.
Pada 1679 Kesultanan Singgora yang tersepit telah menyiapkan persiapan perang untuk kali yang terakhir. Dan pada 1680 Ayutthaya telah melancarkan armada-armada perang paling hebat. Seperti yang didokumenkan oleh mubaligh-mubaligh Perancis yang berdakwah di Ayutthaya. Raja Siam mengarahkan Singgora dimusnahkan "de fond en comble" yang membawa maksud “dari puncak hingga ke bawah”. Setelah diserang selama 6 bulan, Singgora musnah sepenuhnya manakala rakyatnya melarikan diri, ia bagai padang jarak padang terkukur.
This King has fortified his City, gunned his Forts upon the hills, making all the provision he can for his defence, not knowing how soon the King of Siam will oppose him. —Samuel Potts, Samuel Potts at Sangora to Richard Burnaby at Siam, 22 January 1679.[23]
Berikutan tumpasnya kerajaan Singgora, tentera Siam membawa pulang meriam-meriam Singgora sebagai trofi. Meriam tersebut dipamerkan di Ayutthaya sehingga Burma berjaya menakluk Siam dalam peperangan (1765-1767) dan dibawa pulang ke Burma. Seterusnya apabila Burma pula tewas selepas peperangan Anglo-Burma ke-3 (1885-1887) kepada British. Meriam itu dibawa belayar ke England. Pada 1887, meriam itu dihadiahkan kepada Royal Hospital Chelsea di London dan dipamerkan diruang tiang bendera kebangsaan. Meriam berkenaan boleh dilihat hingga kini dan menjadi saksi utama kegemilangan kerajaan Singgora suatu ketika dahulu. Dengan perkataan jawi diukir nama penciptanya Tun Juma'at Abu Mandus of Singora dan terpahat lambang kerajaan yang bertulis “ Mohor Sultan Sulaiman Shah, Raja yang masyhur”.
Dari versi yang lain pula, menceritakan Kerajaan Ayutthaya tidaklah berminat untuk menghancurkan Singgora sebaliknya hanya mahu mengertak mereka untuk membayar cukai. Duta Perancis, Simon de la Loubère menyebut bahawa pihak Siam tidak begitu berminat untuk membunuh mereka. Raja Phetracha turut memerintah tentera supaya jangan menembak tepat ke arah pemberontak. De la Loubère menyatakan selanjutnya bahawa kota Singora kalah selepas seorang pakar meriam Perancis bernama Cyprian masuk ke kota itu serta menangkap Sultan Mustafa hidup-hidup dan dibawa mengadap jeneral Siam seterusnya mengakhiri perang selama 30 tahun itu.
Selepas Singora tumpas, anak-anak al-marhum Sultan Sulaiman Shah, Hussein dan Mustafa masih lagi dilantik menjadi gabenor untuk kerajaan Siam di Phattalung dan Chaiya. Hassan pula berkhidmat dalam tentera laut Siam. Generasi terkemudian kerabat dengan Sultan Sulaiman Shah pun berhubung rapat dengan kerabat diraja Siam hingga hari ini.
Makam Sultan Sulaiman Shah |
Makam lain di kawasan yang sama |
Makam Sultan Sulaiman Shah terletak di tanah perkuburan Islam 1KM utara Khao Daeng. Makam baginda mempunyai binaan berbumbung dengan ciri Thai, manakala batu nisan makam ayahnya mirip nisan Merong Mahawangsa. Makam beliau diziarahi oleh masyarakat Muslim dan Buddha hingga kini. Oleh kerana penghormatan yang tinggi pada baginda sering kali upacara khurafat turun berlaku di makamnya.
Bersebelahan makam baginda terdapat tanah perkuburan Belanda yang dinamakan Vilanda Graveyard. Namun ia tidak boleh dilawati tanpa kebenaran disebabkan lokasinya yang terletak dalam Kompleks Petrolium PTT.
Tidak sah jika ke Singgora, anda tidak singgah di Pantai Bismillah. Mana tu? Tak pernah dengar? Untuk pengetahuan anda, apabila kerajaan Singgora tumpas dan bandar Songkhla dibina semua dari sisa perang berbagai-bagai perubahan dilakukan oleh pemerintah Thai bagi mengurangkan pengaruh Islam di bumi Singgora.
Pantai Bismillah telah ditukar kepada Samila Beach. Arca dan patung-patung serta kesenian Buddha dibawa masuk sebagai monumen atau kebudayaan setempat. Patung paling popular adalah ikan duyung dan Naga. Pantai yang mengadap Laut China Selatan ini menjadi pusat kegiatan rekreasi dan perniagaan bagi masyarakat setempat. Disini juga terdapat gerbang kecil yang memuatkan sebuah plat tembaga menceritakan sejarah pembukaan Kota Singa dan ditadbir dengan jayanya oleh ulama Islam.
Kira-kira jam 3.00 petang saya bertolak semula ke Padang Besar. Cuaca panas dan tanpa menjamah sebarang makanan membuatkan saya agak letih dan mengantuk untuk memandu. Seterusnya saya singgah di 7 Eleven untuk makan mee segera dan burger daging halal dengan sos lada hitam. Pilihan kegemaran saya.
Seterusnya saya sampai dirumah kira-kira jam 7.00 malam. Petrol di kereta menunjukkan masih berbaki 1/4. Conggakkan perbelanjaan:
Petrol: RM75 (RON 97)
Insuran Kereta Thai: RM18
Tip immigresin Thai (pergi-balik): RM2
Hotel: RM70
Makan malam: RM20 (daging & ayam bakar, tomyam)
Tiket Zoo: RM35
Makanan ringan & kopi: RM15
JUMLAH KESELURUHAN: RM235
Tambahan:
Ada 2 pengajaran saya dapat dari kembara ini;
1. Jika ingin melumpuhkan pengaruh sesuatu kawasan Islam, ganggu akidah akar umbinya. Gugat tauhid nya. Bina tugu, bina berhala agar umat setempat terbiasa dan senang dengan penyembahan objek dan makhluk.
Tambahan:
Ada 2 pengajaran saya dapat dari kembara ini;
1. Jika ingin melumpuhkan pengaruh sesuatu kawasan Islam, ganggu akidah akar umbinya. Gugat tauhid nya. Bina tugu, bina berhala agar umat setempat terbiasa dan senang dengan penyembahan objek dan makhluk.
2. Cegah bida'ah dan khurafat bila kuasa berada di tangan kita. Jangan lalai dan ambil mudah. Sedih bila melihat makam-makam sultan dan kubur-kubur ulama yang soleh dijadikan kawasan pemujaan oleh orang-orang bukan Islam dengan hanya mampu diperhatikan oleh kaum muslimin serta tidak terdaya untuk menghalangnya, bahkan sudah menerima upacara khurafat sebagai keadaan biasa. Ini kerana keupayaan melaksanakan tuntutan agama telah hilang dan disekat. Jangan sampai kita jadi begitu.
TQ...menarik...tak pernah tahu pun keujudan tempat2 ni...memang teringin betul nak masuk Thai...apakan daya saya jauh di selatan...kos pun taklah semahal macam nak masuk Singapura kan...
BalasPadambtw...yang biasa kes2 letupan bom tu kat area mana bro?
Mudah saja bro Selatan Thai. Budget pun tak tinggi. Yang serangan dan perang tu area Pattani bro. jalan menghala ke Kelantan.
PadamSingapura bangunan hok sana sini,
Padamkampung2 orang2 melayu habis dibada
-i pemerintah kerajaan diorang lagi terkutuk,lee Kwan Yew.Harap2 apa yg
terjadi pd kita monjadi pongajaran serta menjadi manusia yg berwawasan
& maju ke hadapan.Salam dari Malays
-ia.Sekian,assalamualaikum.w.bt.
tq... fakta sejarah hatyai yg menarik..
PadamBanyak sejarah pekembangan islam thailand yg aku tau semua dari blog ni..panjang lebar n penuh info.tq bro..biasa kalo gi jalan2 kat sana memang sorang2 je eh?
BalasPadamAku pun baru 1-2 tahun ni berani masuk Thai seorang diri. Lagipun mudah masuk sini, signboard banyak dlm English. Orang pun ok. Lagipun, aku dah pass stigma takut pada orang Thailand... aku considered Selatan Thai pun tanah melayu.
Padamapa ko merepek ni setaaannnnnn....ko kata media pro kerajaan tak hebahkan pasal kejatuhan ekonomi malaysia.....bodoh ko setannnn
BalasPadamBanyak fakta sejarah & geaografi yang berguna di sini.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian sangat bermanfaat.
BalasPadam