Saya tidak pernah mempunyai motorsikal melebihi 125CC. Walaupun saya sangat-sangat berminat dengan scrambler, ternyata saya tidak mampu memiliki jentera tersebut sehinggalah kini ia menjadi trend di Malaysia, dan membuatkan saya agak ‘segan’ untuk turut sama terjebak dan menjadi bahan jenaka ‘newcomer’ mereka-mereka yang telah terlebih dahulu memiliki jentera tersebut kerana keberadaan wang. Walaubagaimanapun, penghargaan sebenar dalam pembiakan trend motorcross patut diberikan pada jenama Demak dan Nimota kerana berjaya menghasilkan motorcross mampu milik berjenama tempatan.
Sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli Nimota CK9R ini, saya menghubungi saudara Ghani Arafat, chief editor majalah Kapchai, rakan lama dari band Gotika Jiwa Lara, setelah bertanyakan tentang jentera-jentera dari model DTM dan Nimota. Ulasan beliau “ Jangan risaulah. Sekarang ini bukan macam dulu. Sekarang ini zaman orang pakai motor China!”. Ringkas dan padat. Beliau mencadangkan untuk saya membeli Nimota Ranger.
Saya seorang yang kurang bersetuju dengan trend. Antara penyebab saya beralih hati kepada CK9. Jenama tempatan namun asing serta meragukan, murah dan bakal mencetuskan pelbagai tanggapan. Inilah jenama saya. Jadi saya nekad menolak Ranger dan mengambil CK9.
Bagi saya secara peribadi, CK9 khas untuk golongan pertengahan, bergaji murah tetapi inginkan motor yang tampak macho. Mungkin sebab itu kita dapat lihat banyak pemilik CK9 memakai sticker-sticker Aprillia, Kawasaki, KTM sebagai penyejuk jiwa kerana tidak mampu memiliki jentera jenama tersebut. Ia mungkin hak mereka, tetapi menyedihkan. Apa salahnya mengakui memang hakikatnya kita hanya golongan yang mampu menunggang motorsikal sebegini?
Apa yang membuatkan banyak orang berfikir panjang untuk membeli CK9? Pertama sekali semestinya nama Nimota yang jelas dipengaruhi dari nama pengilang permotoran lagenda dari Itali, Bimota. Dan keduanya, CK9 adalah kertas karbon Yamaha FX16 tetapi jauh lebih murah dari jenama tersebut. Memandangkan Yamaha tidak memasarkan FX16 di Malaysia. CK9 meraih kelebihan itu di sini kerana reka bentuk yang bagus dan menarik.
Bagi mereka yang sensitif dalam hal ciplak, mereka gusar dengan kemampuan CK9. Tetapi itulah hakikat setiap jenama Malaysia. Kereta atau motorsikal. Untuk menyokong jenama Malaysia, kita dalam masa yang sama tetap bergantung pada teknologi dari luar terutamanya China. Apa selekehnya China? Jika difikirkan, teknologi landasan MRT berkelajuan 350km/h yang bakal beroperasi pada tahun 2020 nanti pun di import dari China. Apa selekehnya China? Mereka mengimport teknologi ke Tanah Melayu sejak kesultanan Melayu Kedah dan Melaka lagi.
Konflik yang kita akan dengar mengenai CK9 diantara pengedar dan pengilang adalah kuasa CC. Keupayaan enjin seperti yang dicatatkan dalam geran adalah 150CC. Pengedar menyatakan enjin yang digunakan adalah bersamaanHonda CBR tanpa liquid cooler atau CBF. Enjin model ini adalah yang terlaris di India dan Pakistan kerana lasak dan mudah dibaiki di negara-negara tersebut.
Setelah mengunakan CK9 beberapa bulan sejak April 2013 lalu dengan jarak di meter sejauh 3000 km, dan telah beberapa kali keluar-masuk ke Thailand. Saya menyimpulkan berapa perkara yang ditemui pada CK9;
- Mudah untuk di modifikasi semaksimum yang mungkin. Boleh dikacukkan dengan berbagai-bagai spare-part dan assesori. Jika anda membelinya dengan harga RM6900, mungkin RM1-2000 boleh anda peruntukan untuk modifikasi. Masih jimat dari beli motor berjenama mahal puluhan ribu dan boleh memilih assesori mengikut kehendak hati.
- Kelemahan utama. Dan hampir semua pengguna CK9 mengeluh mengenai kesukaran untuk meneutralkan gear. Cara paling mudah untuk meneutralkan gear dengan menutup sius terlebih dahulu.
- Kelemahan kedua yang paling menjengkelkan, pembakaran bahan api tidak sempurna. Apabila meter mencecah 100km/h pasti anda akan perasan. Satu-satunya modifikasi yang saya buat terhadap motorsikal saya. Menukar kepada kaburator Uma 28mm. Dan membuang paper air filter asal.
- Seat yang agak rapat dengan CDI. Toolset juga berada ditempat yang sama. Kadang-kadang ia menganggu wayar CDI menyebabkan motorsikal anda mati ditengah jalan tanpa sebarang amaran. Berjaga-jaga. Jika ini terjadi, sila goyang-goyangkan wayar penghubung CDI anda.
- Meter elektronik untuk bahan api. Anda jangan terlalu percayakan meter tersebut bila ia telah mencapai 2-3 bar! Kedudukan motor yang tidak statik ketika menunggang membuatkan ia menipu anda. 2-3 kali juga saya kehabisan minyak ditengah jalan kerananya!
- Bunyi enjin sistem push rod yang agak kedengaran kasar tetapi terbukti gagah.
Bagaimanapun anda disarankan tidak menganggu komponen-komponen berat demi untuk melajukan jentera anda. Ia hanya memendekkan usia enjin.
Nimota mula mengilang motorsikalnya sejak 2008 di Pasir Gudang, Johor dengan produksi kira-kira 3 ribu motorsikal setiap bulan. Anda tidak perlu gusar untuk mendapatkan alat ganti atau berkongsi pendapat atau komen kerana Timbalan Pengurus kilang Nimota, En. Jeffrey Loo sendiri aktif mengemaskini facebook beliau dan menerima dan menguruskan jual beli alat ganti secara peribadi melalui telefon.
Nimota mula mengilang motorsikalnya sejak 2008 di Pasir Gudang, Johor dengan produksi kira-kira 3 ribu motorsikal setiap bulan. Anda tidak perlu gusar untuk mendapatkan alat ganti atau berkongsi pendapat atau komen kerana Timbalan Pengurus kilang Nimota, En. Jeffrey Loo sendiri aktif mengemaskini facebook beliau dan menerima dan menguruskan jual beli alat ganti secara peribadi melalui telefon.
Terbaik bro
BalasPadamAs salam, boleh saya dapatkan alamat facebook Mr.Jeffrey Loo?
BalasPadamantara ck9 dgn dzm 200 mne lg ok
BalasPadamDZM lagi moden... dan CC pun lebih tinggi.
PadamSistem wiring rosak, starter elektrik x berfungsi, signal menyalaa dua2 kiri dan kanan, bolih beri cadangan apa yang perlu tukar atau adakah bolih guna part dari model lain. mohon nasihat dan pencerahan sikit
BalasPadamSistem wiring rosak, starter elektrik x berfungsi, signal menyalaa dua2 kiri dan kanan, bolih beri cadangan apa yang perlu tukar atau adakah bolih guna part dari model lain. mohon nasihat dan pencerahan sikit
BalasPadammemang wiring CK9 teruk tahap baboon. Paling afdal buat re-wiring semua. Masuk group FB Nimota CK9. Tanya situ mereka guna wiring motor apa yang sesuai. Saya lupa dah.
BalasPadammohon pendapat, antara nimota ck9 dengan modenas v15 mana lagi ok..? sebab motor skrg ni dh uzur, modal pn xtinggi..
BalasPadamMohon pendapat antara nimota ck9 dan yamaha r25 mana lagi ok
BalasPadamSudah tentu Yamaha, bro. barang mudah, pick-up pun Umph! Tapi jika modal kurang, dan untuk modify yang kejam. Eloklah Nimota.
PadamMaaf lari model...sy guna nimota city sport 125..nak tanya spare part utk clutch plate,starter button n starter mana nk dpt...please...urgent
BalasPadamUntuk sparepart sila call Mr. Jeffrey Weng : 018-7941989
BalasPadamBosd saya guna nimota ck9 150cc saya guna ezos Kereta baft moto saya patah boleh tak bos terangkan kenape moto saya rosak np 01137026377 0186625360 shah saya baru guna moto Nimota baru 3 tahun
Padamkalau kita tuar carburetor dari asal kepada jenis flat slide atau powerjet apa yg harus ditukar ganti contoh throttal cable boleh bagi tunjuk ajar x...tq..
BalasPadamDalam group Nimota CK 9 kat facebook pun belum ada orang yang bikin lagi untuk dibahas benda ni setakat ini bro.. huhuhu
PadamMoto ck9 Nimota saya rosok baft patah setelah guna ezos kereta ape masalahnyaaaa hp 01137026377 0186625360
BalasPadamSaya shah guna MOTO Nimota ck9 150cc saya guna ezos kreta baft saya patah....boleh tak bagi tahu saya masalah dan punca nya moto saya rusak np 01137026377 0186625360
BalasPadamSepatutnya tiada masalah. Tapi cuba join group di facebook NIMOTA CK 9, Ada 7500 ahli situ. Boleh bincang dalam tu.
PadamNimota ck9 head lamp stop working. dont know what is the issue. also my engine power become lower. anyone here to give any suggestion please?
PadamSuggestion: Head lamp modi dan guna cafe racer. Engine pula cuba buat recoil. Mungkin api dah tak kuat.
Padamzul nak dapatkan alat ganti nimota xr boleh wassap zul 0135399714
BalasPadamTuan nak tanyela area kl spare part nimota ni kat mana ehh paling bagu, tq
BalasPadamHello brother.. I want to change my petrol tank any buddy know where can get the parts nimota ck9 thank you
BalasPadamPenerangang simple yg terbaik n mudah d fahami.. terima kaseh, x lokek kongsi ilmu n terbaek bro...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKami menjual alat ganti nimota demak ktn ktns Cf Moto scomadi gpx keeway. Wa.me/601111189341
BalasPadam