Rabu, 11 Februari 2015

WILD CARD (2015)


Ilustrasi kulit DVD ini menunjukkan Jason Statham (melakonkan watak Nick Wild) terbang dengan sudu dan pisau meja makan dipetik dari babak pertarungan terakhir yang mana Nick melompat dari atas bumbung restoran dan membunuh semua mafia ala filem Tamil. Keseluruhannya hanya ada 3 babak pertarungan sengit dan tipikal Jason Statham dalam filem ini.

WILD CARD mengisahkan Nick Wild seorang pengawal peribadi yang membuat odd jobs (dikira kerja kampung..hahaha!) untuk menyara kehidupan beliau di Las Vegas. Nick sebagai seorang pesara komando, pernah menjuarai segala macam kejohanan seni beladiri, mampu bertutur 4 bahasa, memandu pesawat, dan berbagai-bagai lagi kemahiran turut mempunyai ketagihan dalam perjudian. Sifatnya yang sering membantu kejiranan di Las Vegas disenangi semua orang termasuk Godfather bernama Baby (lakonan Stanley Tucci) selagi Nick tidak menganggu kawasan-kawasannya.

Suatu hari seorang rakan baik Nick bernama Holly telah dirogol, diliwat dan dibelasah oleh tiga lelaki sebaik pulang dari temujanji di hotel The Golden Nugget milik Baby. Holly meminta bantuan Nick untuk mendakwa mereka. Walaupun berat bagi Nick untuk membantu kerana telah berjanji pada Baby agar tidak mengangu kawasannya. Nick tetap menyiasat walaupun Nick tahu apa yang diertikan ‘mendakwa’ itu bukanlah perintah mahkamah tetapi bermaksud menuntut bela. Memandangkan Holly membesar dikejiranan yang sama dengannya. Nick tetap membantu walaupun tahu apa akibatnya.

Akhirnya Nick mendapat tahu perogol dan penyerang Holly adalah Danny DeMarco (lakonan Milo Ventimiglia, ingat Peter Petrelli dalam siri Heroes? Pernah jadi watak anak kepada Rocky Balboa? Kini dia sendiri pun dah maskular. Dalam filem ini dia dah mula tayang badan dan simpan jambang! Hampir tak kenal mulanya!) dan dua orang pengawal keselamatannya. DeMarco adalah anak kepada seorang mafia terkenal.

Atas desakan dan simpati, akhirnya Nick ke Golden Nugget jua dan terjadilah pertarungan pertama. Holly diberi kesempatan membalas perbuatan DeMarco. Wang USD50K milik DeMarco turut dirampas oleh Holly dan dibahagikan bersama Nick sebagai upah.

Ketika kejadian Nick sedang bertugas sebagai pengawal peribadi seorang jutawaan remaja bernama Cyrus Kinnik yang merupakan pengodam komputer dan internet. Hakikatnya Nick tidak tahu bahawa Cyrus datang mencari jalan untuk mendekati dan bersahabat dengannya kerana tahu kemahiran beliau dalam beladiri dan keberaniannya. Watak Cryrus sebenarnya diwujudkan untuk menyelamat Nick diakhir situasi. Ewah.. ewah….

DeMarco yang malu kerana menangis mohon tidak dipotong kemaluannya oleh Holly, telah membunuh dua orang pegawal keselamatanya sendiri agar tidak pecah rahsia beliau menangis. Dan mengadu kepada Baby dengan memfitnah Nick telah masuk ke suite nya untuk merompak dan membunuh pengawalnya dengan pistol. Langsung beliau tidak menceritakan yang beliau merogol dan memukul rakan Nick.

Nick dalam masa yang sama berikhtiar mencari jalan untuk melarikan diri ke Corsica dengan melaburkan wang yang diperolehi itu di kasino. Nasib menyebelahi Nick malam itu sehingga beliau berjaya memperolehi USD500K. Namun disebabkan fikiran yang celaru dan mungkin tamak, Nick tewas kesemua wang kemenangan tersebut dalam satu pertaruhan penamat. Ketika itulah konco-konco DeMarco dan Baby datang mendapatkannya untuk dihakimi oleh Baby.

Baby yang telah lama mengenali Nick tidak membunuh Nick tetapi langsung tidak mempercayai hujah-hujah DeMarco yang menyeleweng dan tiada fakta. Nick dibebaskan. Tetapi DeMarco berjanji akan membalas dendam.

Keesokan harinya ketika Nick sedang bersarapan di restoran kegemarannya Silver Spon, Cyrus datang memberi tawaran untuk membantu Nick. Dan bercerita dengan jujur tentang kedatangannya di Las Vegas. Dalam masa yang sama DeMarco dan geng telah tiba untuk membunuh Nick. Maka terjadikan pertarungan terakhir. Geng mafia guna pistol lawan Nick mengunakan sudu dan pisau potong steak. Semua penjahat mati katak begitu sahaja. Nick terima tawaran Cyrus dan mereka melarikan diri.

Diilhamkan dari novel karya Willian Goldman (1985), Wild Card seperti mendapat ilham dari kebanyakan filem-filem Statham yang terkini. Diarahkan oleh Simon West (The Expandables) dan dibiayai oleh Jason Statham sendiri.

Bintang: 2/5

3 ulasan: