Sabtu, 18 April 2015

DISCARNAGE FANZINE # 2



Zine dari kebangkitan pergerakan muzik bawah tanah Kota Kinabalu ini boleh dikatakan antara yang paling menyengat dari negeri dibawah bayu itu. Masakan tidak, jarang sekali saya dengar (tidak pernah dengar) sesuatu isu itu dicetak semula oleh kerana sambutan yang mengalakkan dari pencinta media underground tradisional ini.

Isu # 2 ini diterbitkan buat pertama kali pada September 2014, dan kini dicetak semula pada Mac 2015 dengan pembaharuan pada kerja seni kulit hadapan. Artis Frank, SIR YOU DIE telah berkhidmat memberikan visual yang sesuai dengan konsep zine itu iaitu ‘gore and horror’. Bukan sahaja pada reka letak, Mika (si editor) turut memfokuskan band-band dari subgenre gore/grind/death metal untuk menghiasi setiap mukasurat zine ini. Namun beliau tidak kisah juga menyelitkan beberapa kumpulan thrash metal yang sedang ligat dipentas sekarang ini.

Ikuti temubual menarik bersama FUNERALITY, MUNTAH DARAH (yang sedang meningkat naik dari Sabah), ACID KNIGHT, MUARU, BROOD OF CARNAGE, ROTGUT dan banyak lagi termasuk ulasan album, zines serta gig repot. Ditulis mengunakan dwi-bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) serta teknik reka letak berkomputer, ‘cut and paste’ serta tulisan tangan. Zine ini boleh dibeli dengan harga RM5.

Hubungi: dis_carnage@yahoo.com
Facebook editor DISCARNAGE FANZINE 

* editor Discarnage mengemari ruangan Aku Yang Menulis dalam ulasan zine Selipar Malaya. Tahukah beliau zine itu telah rip off artikel saya tanpa sebarang makluman dan menyunting sebagai karya mereka? Satu penulisan yang tidak beretika. Rujuk sini.

6 ulasan:

  1. isu tentang rip off...pernah juga terjadi pada saya...tulisan saya berkenaan bolasepak Johor telah diciplak dalam sebuah FB bolasepak JDT yang agak ramai pengikutnya...Bila ditanya...mereka lepas tangan dengan alasan mereka mempunyai 4 orang admin dan tidak pasti admin yang mana yang menciplak...tiada mohon maaf..malah agak sombong....memang langsung tiada etika...

    tapi paling best...gambar dari blog saya juga pernah di gunakan dalam kertas peperiksaan...anak saudara saya kenal dengan watermark "berteromber" dalam gambar tersebut...tak sangka popular juga blog syok sendiri saya rupanya...hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. blog berteromber mmg popular, kalau sapa2 google pasti jumpa gambar2 dari blog kamu haha

      Padam
    2. berteromber memang tahap 'cult' dah dia punya posting!!!

      Padam