Tidak perlulah saya ceritakan sinopsis atau sejarah filem ini yang kebanyakan pembaca pasti dah tahu, kecuali saya. Saya didesak teman wanita untuk membeli DVD Fast & Furious 6 sebelum ini, maka itulah perkenalan saya dalam filem aksi berkereta ini. Furious 7 adalah sekuel kepadanya.
OK, selain dipaksa untuk menonton filem ini pada hari pertama ditayangkan, (teman wanita sanggup ponteng kerja untuk rebut tempat di cinema) saya hanya teruja untuk melihat kerja-kerja arahan James Wan (Pengarah filem kelahiran Malaysia yang terkenal dengan filem The Conjuring dan The Saw). Bagi teman wanita pula, biasalah, siapa James Wan pun dia taktau? Nama sebenar Toretto pun taktau? Tyrese Gibson pun dia kata Samuel Jackson, Kurt Russell lagilah dia kenal? Yang depa tau gila kereta cantik dan hero handsome? Konsep yang sama macam wanita dan bolasepak lah… girl’s logic.
Untuk singkatkan ulasan, saya puji aksi pertarungan yang memang pantas dan mendebarkan. Itu sahaja. Selebihnya adalah filem Tamil yang dilakonkan aktor Hollywood. Percintaan sejati hingga ke syurgaraya, kesetiaan si aduka serta lafaz kasih sayang agung si dewi menyasarkan titisan airmata penonton, sang satria dan pertualang bongkak dengan kegagahan serta masing-masing puji diri sendiri sebelum bertarung, anti-graviti dan anti-fizik, kereta mampu terjun parachute tanpa kawal, bangunan runtuh tapi hero rileks je, bom meletup, tibai muka dengan besi tak luka sikit pun, kereta hancur tapi hero tak cedera ciput pun, Statham tendang meja hancur macam kertas, macam-macam lagilah yang sebelum ini hanya boleh dibuat Bollywood telah diadaptasi ke Fast & Furious.
Paul Walker (watak O’Conner) terbunuh dalam nahas jalanraya ketika filem ini masih separuh siap membuatkan jalan ceritanya terpaksa dirombak semula dan dengan mengunakan teknik berkomputer wajah Walker dipadankan pada tubuh dua orang adiknya Cody dan Caleb yang menghabiskan babak-babak lakonan watak O’Conner. Teknik berkomputer juga boleh dikesan pada beberapa aksi kemusnahan kereta.
Filem ini menelan belanja sebanyak USD150 juta. Dan disebabkan kegilaan terhadap filem ini makin menjadi-jadi, belum pun pawagan habis menayangkannya, sekuel berjudul Fast 8 telah diumumkan!
Hahaha..kalo kata cite tamil versi hollywood mmg setuju sangat.elemen tak logik memang banyak dalam filem ni..yg tak logik tu la org suka.contoh nya pada awal pembukaan cerita,deckard shaw menumpaskan berpuluh2 pasukan khas kat hospital tu..heheh
BalasPadamTu start aja pun Tamil... pergh!
Padamhahaha aku tgk ngan anak buah aku, bila aku ckp cerita tak logik cerita kokok. dia marah aku balik. katanya ni hiburan semata2 tak ya ambil serius.. hahaha aku duk diam2 terus. apapun layan juga lah cerita ni.
BalasPadamBro, bagitau anak saudara tu, semua yg dikatakan filem itu adalah hiburan dan Hollywood punya filem selalunya depa menipu tapi pukau kita percaya bagai ia realiti tetapi kali ni..hahahaha! terang terang kartoon.
Padam