Jika tidak kerana filem ini, mungkin saya tidak tahu menahu kisah hitam pengerusi lembaga pengarah serta CEO syarikat beer tersohor, HEINEKEN, lelaki terkaya di Belanda; Alfred Freddy Heineken (dilakonkan oleh Anthony Hopkins). Kisah benar yang difilemkan ini berlaku pada 9 hingga 30 November 1983 yang digarap dari novel tulisan Peter R. de Vries, dan Peter turut terlibat dalam penerbitan filem ini bersama William Brookfield.
Mengisahkan bagaimana 5 orang sahabat yang gagal dalam perniagaan mereka , dan akhirnya 4 dari mereka Cor van Hout, Willem Holleeder (lakonan Worthington, AVATAR, TERMINATOR, CLASH OF THE TITANS) Jan Boelaard dan Frans Meijer bertindak menculik Freddy Heineken dan pemandunya sebagai jalan pintas demi kelangsungan hidup. Perancangan mereka boleh dikatakan rapi dan jika tidak kerana kecuaian mereka meninggalkan salinan fotostat surat ugutan dalam sebuah pejabat besebelahan markas mereka, sudah pasti mereka dapat menikmati usaha gigih mereka. Mereka berlima sebenarnya hanya perlukan wang dan tidak langsung berniat untuk mencederakan sesiapa. Walaupun mereka hampir berputus asa setelah pihak polis enggan berkerjasama kerana menganggap jenayah itu dilakukan oleh musuh perniagaan Heineken, akhirnya atas usaha Heineken sendiri kerana sudah bosan dikurung. Mereka dapat juga wang tebusan berjumlah 35 juta Dutch guilders (16 juta Euro). Ia merupakan tebusan paling tinggi dituntut penjenayah ketika itu.
Bagaimanapun hasil kecuaian mereka itu, seorang demi seorang diberkas pihak polis. Van Hout and Holleeder sempat melarikan diri ke Perancis selama 3 tahun namun berjaya dijejaki apabila dia bertindak menelefon isterinya di Belanda. Sebaik dibebaskan, mereka menjadi ikon dan mengetuai kumpulan mafia yang terkenal di Belanda.
Mendiang Jeff Hanneman, gitaris SLAYER adalah diantara pengila Heineken yang membawa kepada kerosakan organ hatinya. Baca laporan disini.
“Ada dua jalan yang menjadikan seseorang itu kaya di dunia ini, samada dia boleh memperolehi duit yang banyak atau dia memperolehi kawan yang ramai, tetapi dia tidak akan boleh memiliki kedua-duanya sekali” – Freddy Heineken.
TQ. baru tau kewujudan filem ini.
BalasPadammenarik jgak ceritanya bro...
Padam