Filem ini tidak dipromosi secara meluas di Malaysia, walaupun ia diarahkan oleh lagenda Clint Eastwood, dan berada dibawah Transformers: Age of Extinction dengan mengaut keuntungan sebanyak USD 543.5 juta! Walaupun selepas anda menonton filem ini, anda akan merasakan ia biasa-biasa sahaja malah banyak lagi filem arahan Eastwood yang mahakarya namun percayalah American Sniper adalah filem paling menguntungkan dalam sejarah beliau.
American Sniper adalah filem yang diadaptasi dari buku autobiografi Chris Kyle yang ditulis semula jalan ceritanya dengan penambah perisa oleh Jason Hall hingga mencetuskan beberapa kontroversi. Chris Kyle seorang perwira America yang dinobatkan sebagai penembak tempat paling berbahaya dalam sejarah ketenteraan Amerika Syarikat.
Filem ini mengisahkan seorang seorang rodeo koboi dari Texas bernama Chris Kyle yang dibesarkan sebagai penyantun dan sejak kecil dididik oleh ayahnya memburu mengunakan senapang. Kyle mula menanam minat untuk berbakti pada tanahair setelah melihat pengeboman kedutaan Amerika di TV dan berjaya menjadi rekrut dan menjalani latihan sebagai penembak tepat Navi SEAL.
Kyle dihantar ke Fallujah, Iraq sejurus peristiwa 11 September 2001 bagi mengiring US Marines menawan daerah tersebut dan berjaya meraih gelaran “Legend” kerana berjaya membunuh 255 rakyat Iraq dalam 4 siri tour nya di sana. Misi utama beliau adalah membunuh atau memberkas pemimpin al-Qaeda, Abu Masab al Zarqawi dan dalam masa yang sama penembak tepat Al Qaeda, dari Syiria bernama Mustafa yang pernah menjuarai acara tempat tepat Olympic menjadi seteru utama Kyle. Akhirnya Kyle berjaya membunuh Mustafa setelah menjangka beliau akan bertindak sebaik sahaja jururtera tentera Amerika memasuki kawasan musuh untuk mendirikan tembok penghalang. Kyle menembak mati Mustafa dari jarak 1920 meter dan mendedahkan lokasi pasukannya kepada musuh hinggalah berlaku pertempuran namun Kyle dan rakan-rakannya berjaya meloloskan diri dalam ribut pasir. Kyle kembali ke America Syarikat dan hidup bersama isteri dan anak-anaknya serta banyak menghabiskan masa di lapang sasar bersama pesara tentera.
Kisah Kyle berakhirnya dengan teks di skrin hitam “suatu petang Kyle dibunuh orang seorang veteran perang yang beliau ingin bantu”. Tidak dirakamkan apakah konflik dalaman Kyle dan bagaimana dia dibunuh?
Bradley Cooper berjaya menjiwai watak Chris Kyle, malah beliau menaikkan berat badan dan melakonkan gayanya sangat mirip kepada Chris Kyle. Senjata, unifom dan trak tentera milik Kyle kebanyakannya mempunyai logo adiwira ikonik Punisher. Sienna Miller yang membawa watak isteri Kyle juga saling tak tumpah mirip Taya dalam realiti.
Steven Spielberg adalah pengarah asal filem ini, namun menolak setelah hajatnya untuk “merombak dan menghitamkan” lagi watak Mustafa tidak dibenarkan oleh Warner Bros. (Jahat sungguh la Speilberg ni!) Maka Clint Eastwood dilantik untuk meneruskan filem patriotik ini walaupun Hollywood kekal sebagai ‘kaki kelentong’ fakta jika ia melibatkan propaganda negaranya.
Pengambaran American Sniper dijalankan di Morocco, Los Angeles dan California. Dan ia merupakan kali kedua Clint Eastwood merakamkan filem beliau mengunakan teknik kamera digital (maklumlah tok wan ni old school). Antara kritikan dan tomahan yang timbul dari mengenai American Sniper adalah mengenai watak penembak tepat bernama Mustafa dan orang kanan pemimpin al Qaeda yang gemar membunuh dan menyeksa orang awam mengunakan drill bergelar The Butcher diwujudkan dalam filem ini bukan dari memoir Kyle sendiri. Begitu juga aksi terakhir yang kononnya Kyle menembak Mustafa dari jarak 1920 meter sebenarnya Kyle menembak seorang lelaki memegang pelancar roket ditempat terbuka.
American Sniper memenangi segala macam anugerah dan dinobatkan antara filem tentera paling hebat mengalahkan Sniper, Saving Private Ryan, Full Metal Jacket, Apocalypse Now, Enemy at the Gates, Tears of the Sun, padahal jika tidak kerana sogokan elemen patriotism pasti ia kecundang. Tidak seperti kebanyakan filem biografi, tiada ayat ‘based on true story’ dipaparkan dalam DVD ini.
2.5/5 Bintang
Penah juga baca pasal steven spielberg tu..dah dia mmg pure jewish mana tak nya.haha..
BalasPadambaca rebiu...banyak yang kata filem ni anti Islam...so malas la aku nak tengok.
BalasPadammustafa = jarmen kell
BalasPadam