Ahad, 7 Jun 2015

MAD MAX: FURY ROAD (2015)


Saya mahu mengulas filem ini pada hari pertama ia dilancarkan, kerana saya pun melihatnya pada hari tersebut dan ia hari terakhir bersama teman wanita saya. (dia mahu berhijrah dan meninggalkan saya.. hehe!) Saya perlu mengulas Mad Max kerana ia bukan sahaja filem kegemaran saya, malah saya pun seusia dengan filem ini. Hari ini baru ada masa terluang untuk mengulasnya.

Mad Max adalah karya George Miller dan Byron Kennedy yang dilakonkan dengan cemerlang oleh Mel Gibson sebagai Max Rockatansky yang dihidup di zaman pasca kiamat. Filem ini dari genre ‘dystopia’ (bermaksud tempat yang tidak selamat, menakutkan dan penuh ancaman) dan berjaya membuka mata dunia kepada industri perfileman Australia. Kejayaan box-office Mad Max sebagai filem paling laris dan yang pertama seumpanya diteruskan dengan sekuel Mad Max 2: (The Road Warrior) pada 1981, Mad Max Beyond Thunderdome pada 1985. Dan yang terkini Road Fury.

Road Fury adalah filem pasca kiamat yang berlainan dari apa kebanyakan produk Hollywood abad ini (TRANSFORMERS, AVENGERS: AGE OF ULTRON-malas nak ulas, TERMINATOR, dan banyak lagi) yang memaparkan dunia bakal diambil alih oleh mesin atau robot. Tetapi Mad Max kekal mentah dan penuh bencana alam. George Miller dikatakan telah mula dengan kerja-kerja pembikinan filem ini sejak 1998 lagi dan sangat berharap Mel Gibson untuk kekal membawa watak Max. Namun disebabkan pendirian Mel yang anti-Yahudi tegar kurang disenangi Warner Bros, watak Max telah dianugerahkan kepada Tom Hardy. 

Road Fury penuh visual kegilaan walaupun tanpa CGI

Road Fury tiada plot bersenang-senang, baru sahaja mahu rehat. Malapetaka datang bertimpa-timpa. Tetapi itulah intipati Mad Max, dunia yang kacau bilau dan punah ranah. Max ditangkap oleh War Boys dan dibawa ke Citadel yang diperintah oleh pemimpin berstatus dewa bernama Immortan Joe (dilakonkan oleh Hugh Keays-Byrne, musuh Max yang sama dari tahun 1979. Gila depa ni!) sebagai tabung darah kepada seorang War Boy yang jatuh sakit bernama Nux.

Apa yang ada di Citadel? Immortan Joe asalnya adalah Colonel Joe Moore, seorang veteran perang minyak, merupakan ketua samseng motorsikal yang menganas dan mengambil alih Citadel, loji air bawah yang turut mempunyai kebun buah-buahan. Dia membawa sebuah kepercayaan mirip Viking, membina empayar dan mewujudkan program pembiakan zuriatnya bersama 5 orang isteri yang dikurung dalam Citadel. Sistem pemerintahan Joe dikuatkuasakan dengan ancaman bekalan air kepada orang ramai atau rakyatnya.

Pertempuran hebat bermula apabila Immortan Joe mendapat tahu Imperator Furiosa (lakonan Charlize Theron) yang diarahkan mengambil minyak tanah dengan trailer bersenjata War Rig telah bertindak melarikan diri bersama 5 orang isterinya. Joe bersama semua bala tentera mara mengejar Furiosa bersama Max yang terikat di kereta yang dipandu Nux. Dalam kekalutan perang dan ribut pasir, Max berjaya melepaskan diri. Max bagaimanapun terpaksa mengikut Furiosa disebabkan War Rig mempunyai sistem keselamatan dan hanya boleh dipandu oleh Furiosa sendiri. 


Perjalanan mereka untuk ke tempat selamat bernama Green Place (negeri asal Furiousa sebelum diculik dan dibawa ke Citadel) hanya sia-sia setelah mendapati kawasan itu telah musnah dan mengalami radiasi. Max mencadangkan mereka kembali dan mengambil alih Citadel yang tiada kawalan setelah Immortan Joe keluar mengejar mereka. Dengan bantuan beberapa orang warga emas dari Green Place mereka kembali bertempur dan berjaya membunuh Immortan Joe. Seterunya menguasai Citadel dan mengalirkan air mineral kepada semua orang.

Ada ulasan dari cendiakawan dan aktivis sosialis yang mengkritik Fury Road sebagai agenda feminist tersembunyi disebabkan kekuatan watak Furiosa dan meminta pengemar filem memboikot filem ini. Bagi saya itu karut sahaja, dan mereka-mereka ini terlalu memikirkan sesuatu yang dalam pada genre yang ringkas yang tiada moral. Mesej utamanya adalah kacau bilau pengakhiran dunia. Dah nama pun nak kiamat, manusia berperang dan menyembur cat krom pada gigi sebagai tanda jihad pun dah pelik. Ni kau susah-susah diri nak fikir agenda feminism?!. Jika ditanya pada saya, semestinya Fury Road adalah unik kerana hero nya, Max sekadar watak pelakon pembantu sahaja. Tidak pernah terjadi sebelum ini!

Kereta ikonik milik Max yang ditayangkan beberapa minit, dimusnahkan dalam filem ini. Fury Road bukanlah Fast and Furious yang comel dan manja itu. Mad Max, Fury Road adalah pergaduhan kereta ditanah gersang selama dua jam tanpa ada harapan untuk aman damai walaupun Immortan Joe dah mati kerana bala tenteranya sedang berusaha mengalihkan runtuhan batu untuk kembali ke Citadel. Hanya BESTIAL WARLUST sahaja yang dapat mengambarkan keganasan karya dari Australia ini.

Maknanya Mad Max 5 pasti akan tiba!

4.5/5 bintang

1 ulasan:

  1. Saya dah tengok di wayang. Sangat SUPERB!!! Puas hati!! Saya suka watak Knuxx (jika salah eja sila betulkan) yang menjadi gila-gila selepas mendapat darah dari Max a.k.a Blood Bag. Pengakhiran bagi Immortan Joe adalah agak.... kurengggg bagi saya. Argh!!

    BalasPadam