Selasa, 7 Julai 2015

JESSABELLE (2014)



Bagi yang sudah biasa dengan subgenre filem seram bertema voodoo pasti menganggap Jessabelle biasa-biasa sahaja. Ini kerana filem voodoo yang diterbitkan sekali-sekala namun tidak banyak berganjak penceritaannya sejak dari dahulu lagi. Bagi metalheads yang penah mengkaji album King Diamonds “Voodoo” (1998) pasti arif dengan kesenian haluan neraka ini. Begitu juga dengan peminat persona bernama ‘Baron Samedi’ pasti akan menyukai filem ini. Tetapi apa yang difilemkan ini sebenarnya adalah ‘hoodoo’.

Ringkasannya begini, apabila Jessie terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang membunuh teman lelakinya, mahu tidak mahu dia terpaksa kembali ke rumah ayahnya kerana beliau perlukan pemulihan untuk kembali berjalan. Jesse hanya terperap diatas kerusi roda. Namun satu persatu misteri menyakatnya apabila Jesse terjumpa pita video rakaman ibunya kononnya diwasiatkan kepadanya. Pada mulanya anda pasti tertanya-tanya kenapa ayah Jesse agak paranoid dan bengis. Situlah twist nya yang mana kita akan menganggap bapa Jesse seorang yang jahat. 


Dipenghujung cerita terbongkarlah ibu Jesse (bukanlah ibu sebenar), malah Jesse hanyalah anak angkat yang sedang dipergunakan untuk menghidupkan semula Jessebelle (yang sebenar) melalui sumpahan hoodoo. Ibu Jesse telah berlaku curang pada ayahnya dengan meniduri seorang paderi yang juga pengamal ilmu hitam bernama Moses hingga melahirkan Jessabelle. Ayah Jesse telah bertindak membunuh Moses dan membunuh anak haram mereka.

Jika anda pernah melihat filem The Skeleton Key, anda tentu tahu kesudahan filem genre begini akan berakhir tragis. Twist dalam filem The Skeleton Key, hoodoo tidak akan mujarab jika mangsa tidak mempercayai kekuasaan ilmu hitam tersebut. Namun motif pengamal ilmu hitam ini sama sahaja. Untuk hidup kekal selama-lamanya.

4 ulasan:

  1. yang lawaknya ada cina kedai dvd cakap, "ini celita aaa..sambung celita itu Annabelle tau abg,lu kena beli dvd Annabelle juga lor..baru tau ini celita punya sambung apa macam"..hahah..dialog yg seterusnya aku terus carutkan beliau..memang kenal pun cina tu..hahah

    BalasPadam
  2. da bukan tengok pun..hahah! marketing strategi ja....

    BalasPadam
  3. ok...saya terlepas pandang cerita ini...nanti cari...tq.

    BalasPadam