Jumaat, 31 Julai 2015

SERUAN KEPADA KEMUSNAHAN



Buat kali kedua, saya diminta untuk memberi pandangan mengenai single terbaru dari NILE "Call to Destruction" yang menjadi viral dikalangan peminat muzik lasak yang kurang suka dengan pendekatan mereka yang seolah-olah bersetuju dengan fundementalis Islam.

Ini bukanlah kali pertama NILE, firaun death metal dari USA yang taksub pada Egyptology ini mengetengahkan idea death metal dan mesej Islam yang sebelum ini telah dirakamkan melalui lagu "Kafir!" dalam album "Those Whom The Gods Detest" (2009). NILE dilihat seolah-olah berjaya membawa elemen 'shock rock' yang segar pada era ini untuk menarik perhatian pendengar. Seperti yang pernah dicakapkan oleh Toni Iommi ketika meraikan kejayaan album "Black Sabbath" (1970), pendengar suka ditakutkan dengan elemen ngeri. Kengerian adalah satu bentu hiburan pada hakikatnya. NILE sendiri mengakui sejak lagu "Kafir!" lagi mereka akan terus memanipulasi subjek yang menjadi ketakutan masyarakat dan para remaja Amerika sebagai kejutan. Bagi mereka ia formula yang sangat bertepatan dengan konsep death metal lebih lagi ia melibatkan falsafah yang dianggap ektrim di Barat.

Bagi yang menganggap NILE pro-Islam atau tidak peka dengan umat Islam, keduanya satu pandangan yang mungkin berasas jika dilihat mereka mengambil ilham dari ungkap kata;

“The inspiration for the song itself comes from news reports in 2012 — when radical clerics were calling for the destruction of Egypt’s pyramids. Most of the lyrics to “Call To Destruction” are actual direct quotes from the words of Abd al-Latif al-Mahmoud — whose eloquence and quote-ability are clearly second to none.”

Tetapi pada pandangan saya, mereka hanya berminat pada idea ektrim yang melibatkan apa sahaja subjek dari Timur Tengah. Bagaimanapun, suka saya sebut, NILE telah buat sesuatu yang hebat kerana ia menjadi satu perbahasan rentas bangsa-agama-benua. Moga dengan usaha mereka sama ada dengan sebarang niat itu, ia mencetuskan gerakan mengali hidayah dan menyelidik kebenaran.

Elok jika anda teliti sendiri video berlirik rasmi dari mereka diatas.

NILE = Wahabi. ( hihihi)

3 ulasan:

  1. Saya tak tahu pula yang Arm bin Ash mempunyai misi memusnahkan piramid. nak kena kaji balik ni. Bagus juga Nile buat lagu ni. Setidaknya, ramai Muslim mula mengkaji...

    BalasPadam
  2. Aku pun suka band nih...Lagu kapiaq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat pertanyaan kepada Zakir Naik, i feel upset when Muslim called me "kafir". Jawab beliau, Kafir means 'Non-Believer", if you feel upset about it, easy.. become a Muslim.

      Padam