Sabtu, 5 Disember 2015

KNOCK KNOCK (2015)


Makin laris pula Keanu Reeves tahun ini, selepas berjaya menghidupkan babak aksi dalam John Wick, dia cuba untuk membawa watak suami mithali dalam Knock Knock. Filem ini mungkin boleh dikategorikan dalam genre ‘jenayah cinta erotis’. Ditulis dan diarahkan oleh Eli Roth (terkenal melalui filem Sekuel Hostel) Knock Knock tidaklah sehebat Hostel walaupun dibintangi Keanu dan 2 aktress rupawan dari Sepanyol, Lorenza Izzo dan Ana de Armas. Malah Rotten Tomatoes hanya bagi 1.5 bintang aja!

Plot penceritaan mudah sahaja, Evan (lakonan Reeves) adalah seorang arkitek berjaya terpaksa tinggal sendirian kerana kecederaan bahu manakala isteri dan anaknya berkelah dipantai sempena Hari Bapa. Malam selepas permergian isteri dan anaknya, dua wanita psiko Genesis dan Bel datang kerumahnya dan dengan segala tipu helah dan godaan mereka berjaya menjerat Evan untuk berlaku curang (ada scene double blowjob, threesome, dilarang menonton bersama keluarga kerana kurang sesuai) dan akhirnya mereka menjerat Evan. Mereka turut memuat naik video seks Evan di facebook. Jika mahu dinilai dari senario yang terjadi, Genesis dan Bel mungkin mengalami masalah mental, mungkin juga mangsa penderaan seksual, dan bergerak mencari mangsa lelaki untuk dihukum jika berlaku curang. Bagi yang menganggap kisah sebegini khayalan atau hanya terjadi di Barat. Anda silap, ia turut terjadi disini dan kes-kes wanita yang mengalami nymphomania juga banyak di Malaysia. Evan tidak dibunuh dan berjaya bertemu semula dengan anak isterinya. Filem ini tiada kena mengena dengan Elizabeth Tan dan ia adalah penambahbaikan dari filem asal Death Game (1977). Filem ini tidak menarik dan menampilkan Keanu Reeves sebagai watak utama langsung memberi sebarang impak. Sekadar filem santai untuk para lelaki miang barangkali?.

2/5

3 ulasan:

  1. wakakaka elizabet tan tu tak bleh blah..

    BalasPadam
  2. tak minat sangat Keanu Reeves...kebanyakan lakonan dia kaku...tegak macam kayu....memang takder can menang oscar...hahaha...tapi aku suka The Lake House...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keanu macho cara dia tersendiri... macho yang kaku. hahaha!

      Padam