Isnin, 18 Januari 2016

SYEIKHUL ISLAM IBN TAIMIYYAH

Ada pihak yang konon mendakwa pendokong Ahlus Sunnah di Malaysia mutakhir ini terang-terangan menyatakan kebencian dan mencela Ibn Taimiyyah (lahir pada 661H). Mereka dengan niat jahat menyatakan pemikiran Ibn Taimiyyah adalah pemangkin kepada wujudnya gerakan penganas. 

Saya sendiri mempunyai mentor yang mencetuskan semangat kepada pemurnian agama. Dan saya sentiasa menyokong gerakan tajdid biarpun akan dibenci dan ditomah ramai kerana ia satu haluan yang tegas dan ada keperluan terhadapnya. Saya ingin abadikan nukilan tokoh-tokoh tajdid terhadap Ibn Taimiyyah sebagai setitis usaha untuk membelanya.

Pujian Imam az-Zahabi, 
lahir pada 673H, 
Pengarang Siyar A'lam An-Nubala 
terhadap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah:
"Ibnu Taimiyyah adalah satu bukti kekuasaan Allah dari sudut kecerdikannya, kefahamannya yang pantas, ketua dalam mengetahui al-Quran dan sunnah dan juga khilaf. Lautan ilmu dalam manaqalkan kalam-kalam ulama. Pada zamannya beliau adalah satu-satunya orang alim, zuhud, berani, pemurah, menyuruh kearah yang ma’ruf, menentang kemungkaran dan terlalu banyak karangannya".

Tambah Imam Zahabi lagi; "Jika disebutkan bidang Tafsir maka beliau adalah obornya, jika disebutkan tentang Fuqaha maka beliau adalah Mujtahid Mutlaq, jika beliau datang bercakap di hadapan para Huffaz pasti mereka akan terkedu, jika beliau berdebat dengan Ibnu Sina, pasti beliau akan menewaskannya dan memalukannya, menghancurkan dalil-dalil mereka, membuka kelemahan mereka"

"Sekira-kira boleh kita katakan, bahawa setiap hadis yang tidak diketahui oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah maka ianya bukanlah hadis".

al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi
Pengarang Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah:
“Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku”  (m.s. 170, cetakan: Dar al-Wafa, Mesir)

2 ulasan:

  1. aku tak mahu cakap apa2 pasal Ibn Taimiyyah. cuma nak bagitau isis (israeli secret intelligence services) adalah ciptaan khazar elit yahudi palsu gog and magog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun percaya begitu, bro. Kesal dengan Kerajaan Malaysia yang ikut telunjuk USA terlalu fokus pada ancaman IS, malah jadi main course masa mesyuarat PBB. Sepatutnya fokus majukan umat, kejatuhan ekonomi, penindasan yang menjadi faktor wujudnya terrorisme.

      Padam