Isnin, 6 Jun 2016

POSKAD ULANG TAHUN ALBUM BLACKFIRE "LAHIR DARI API"


Sempena ulang tahun album BLACKFIRE "Lahir Dari Api" yang diterbitkan 10 tahun lalu pada tarikh ini. Saya mencetak sedozen poskad edisi terhad ini khas untuk peminat-peminat. Bagi yang tidak mengetahui anggota dalam foto inilah yang bertungkus lumus, mengorbankan masa, keringat dan wang berlatih saban hari menyusun semula lagu-lagu klassik BLACKFIRE sehinggalah hari ia dirakamkan pada 2004. 

Ini adalah satu-satunya foto kami bersama. Ia dirakamkan oleh Chainsore, WRECKAR bertempat di perkarangan Stadium Utama, Kangar. Era bersama BLACKFIRE adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Joe Slaughter tidak sempat bersama line-up ini. Beliau mula berkhidmat di studio ketika merakamkan album itu.

      Padam