Isnin, 4 Julai 2016

ARUS TAJDID (KARYA BESTARI)


Buku terbitkan Karya Bestari ini dicetak pada tahun 2007 dijual dengan harga RM2 dan saya bertuah memperolehinya dari Marhaen Litera, Guar Cempedak Kedah. Buku ini sebenarnya adalah teks ucapan Dr. Maza sempena Forum Tajdid II, di UIA pada tahun 2006. 

Bagi yang masih ketinggalan, seruan tajdid telah berlaku sejak sekian lama moga-moga anda membuka mata dengan gerakan yang semakin mendapat tempat dihati golongan muda mutakhir ini. Gerakan mengembalikan agama kepada ajaran al-Quran dan sunnah walaubagaimanapun mendapat tentangan hebat dari golongan yang mendaftarkan diri mereka sebagai Aswaja. Sesuatu yang pelik, namun dilihat sebagai wira bagi Islam acuan nustantara. Bagi mereka yang sedar akan perlunya mengekalkan 'ketulenan' agama sepertimana yang dibawa Rasulullah SAW hingga ke zaman salaf, mereka sedar ancaman pada agama bermula dari hal bida'ah yang dianggap kecil dan diabaikan. 

Hujah-hujah dari imam yang agung seperti Ibn Jauzi, An-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dikemukan dengan terjemahan tepat oleh Dr Maza di dalam buku ini. Buku untuk pendokong wahabi, kata geng Aswaja. hahaha!

* At-tajdid menurut bahasa, bermaksud menghidupkan, membangkitkan dan mengembalikan. Makna-makna ini memberikan gambaran tentang tiga unsur iaitu keberadaan sesuatu kemudian hancur atau hilang kemudian dihidupkan atau dikembalikan. Kata "Tajdid" diambil dari bahasa Arab yang berkata dasar "Jaddada-Yujaddidu-Tajdiidan" yang ertinya memperbarui. Kata ini kemudian dijadikan istilah kepada gerakan pembaruan Islam agar terlepas dari bid'ah, tahayyul dan khurafat.

2 ulasan:

  1. Buku bersaiz kecil macam ni menarik dan senang untuk dibaca.. Selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada tuan punya blog andai komen terlebih atau terkurang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taqabbalallahu minnaa wa minka. Sama bro minta maaf kalau ada menulis dan memberi fakta tidak tepat.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...