Ahad, 3 Julai 2016

HADIS PALSU DAN KESAN NEGATIFNYA (MAIPS)


Dr. Maza, Mufti Kerajaan Negeri Perlis konsisten dalam usahanya mengekalkan manhaj salafi di Perlis dengan berbagai-bagai kaedah, antaranya program kampung sunnah, penerbitan risalah dan buku-buku ilmiah. Dan ini adalah diantara usaha gigihnya, dan buku cetakan berkualiti tinggi ini diedarkan secara percuma. Jadi menjelang syawal yang mulia ini, saya cadangkan anak-anak Perlis yang pulang ke kampung ambil peluang dapatkan buku ini dari Jabatan Mufti Negeri Perlis. Ini baru yahanana... kita untung!

Buku yang bertajuk penuhnya 'Hadis Palsu dan Kesan Negatifnya Terhadap Imej Islam' setebal 50 muka surat ini padat dengan pengenalan erti hadis maudu', nas-nas larangan hadis palsu, hukum menyebarkan hadis maudu', kepentingan sanad dan kesan-kesan negatifnya iaitu:

- merosakkan akidah yang murni
-menjatuhkan nilai kewibawaan Islam
-menjadikan nas-nas Islam bercanggah
-menjadikan hadis bercanggah dengan realiti dan akal yang waras
-punca percambahan pemikiran sesat
-memundurkan dan menyusahkan urusan umat
-menjatuhkan imej tokoh-tokoh umat
-memalingkan manusia dari sunnah yang sahih
-menghilangkan ketulenan agama

Bagi yang pernah membaca penulisan Dr Maza pasti arif bagaimana beliau menyusun fakta, dalil dan hujah. Turut disenaraikan seluruh rujukan fatwa di penutup buku ini. Moga semua mufti rajin seperti ini dalam memberi kefahaman kepada masyarakat. Jika Dr Maza baca ini, terima kasih tuan. Kami sayang kamu.

6 ulasan:

  1. Tabik Dr Maza.

    Kalaulah semua mufti proaktif macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut semua mufti akif menulis.. kita nak tengok dan nilai pemikiran mereka.

      Padam
  2. Dr Maza patut jadi contoh kpd sekalian mufti di negeri lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beliau bukan yang terbaik... tetapi beliau terbaik yang kita ada buat masa ni.

      Padam
  3. Pernah nampak buku dengan tajuk yang lebih kurang sama oleh Dr Maza terbitan Karya Bestari, bersaiz poket tapi sudah out of print.. Untung orang Perlis dapat free..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu buku "Arus Tajdid" saiz lebih kecil. Ini saiz besar, cetakan kualiti tinggi... kalau jual pun boleh pi RM15 rasanya. hahaha

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...