Rabu, 13 Julai 2016

PERLIS ZINE FEST & STREET ART DAY 2016


Saya dan rakan-rakan bercadang untuk menganjurkan Perlis Zine Fest 2016 di Kangar pada 15 Oktober 2016 ini. Setelah berbincang dengan beberapa orang rakan, seorang rakan (bukan dari dalam UG scene) memberi cadangan untuk saya membuat ‘Kertas Cadangan’ ke Jabatan XXX untuk sumbangan dana. Katanya in shaa Allah boleh dapat. Saya gembira. Namun setelah dinyatakan terma dan syaratnya. Saya mula rasa ralat. Begini:

KEBAIKAN
Saya mempunyai label sendiri, oleh itu lebih mudah untuk urusan Kerajaan untuk membuat pembiayaan. Dan saya dikatakan boleh mendapat geran dari RM1K hingga ke RM5K. ( Dengan dana tersebut, kami dapat buat banting yang grand, menyediakan token-token makanan, cenderahati mungkin t-shirt, buttons, stickers, patches atau sebagainya kepada yang hadir menyokong, kami mampu menyediakan tiket flight bagi cadangan klinik dram/atau gitar kepada sifu dram/gitar, kami boleh membiayai sewa PA sistem untuk deklamasi puisi, persembahan muzik, baiyai krews, cetakan flyers dan banyak lagi), kami juga tidak perlu gusar tentang sewa dewan sebab mereka bagi guna fasiliti kerajaan, bekalan elektrik, tandas percuma. Kerusi & meja percuma boleh buat sesi bedah buku. Dengan penganjuran ditempat sebegitu, mungkin editor/penulis boleh untung. Ada prestij.

KEBURUKAN
Dalam dunia Melayu yang penuh korupsi ini, saya difahamkan perlu memberi saguhati (rasuah) separuh atau lebih dari geran yang diperolehi. Mengikut rakan saya, jika RM1K saya perlu bagi RM500, jika RM5K saya perlu bagi mereka RM3K. Jadinya saya akan ada RM500 atau RM2K untuk beroperasi. Kelebihan apabila dah beli maruah mereka ini walaupun mendapat dana duit kerajaan, saya tidak perlu mengaitkan jabatan XXX dalam program ini, mereka tak kisah untuk datang lihat atau cetak logo jabatan pada banting dan sebagainya. Cukup dengan laporan program itu berjaya dan gambar (barangkali). Keburukan yang lainnya, kita sebagai pendokong kerja-kerja DIY dengan etika-etika jalanan dan bebas telah menjebakkan diri dengan korupsi yang kita kecam selama ini. Yang kononnya tidak diperlukan oleh Ugders seperti kita. Kalau tak rebel kita tak terbitkanlah zine... kita buat magazine!

Bagi orang yang bukan berlaluan bawah tanah, mereka menganggap ini perkara biasa. Urusan menjual beli maruah adalah lumrah kehidupan. Semua orang korup dan asal dapat wang dah kira cukup bagus. Tiada apa yang penting, duit adalah pemangkin segalanya bagi mereka.

ALTERNATIF
Kami anjurkan PERLIS ZINE FEST dalam skala kecil, sebagai beginner dan sebagai aktivis underground orthodox ditempat rekreasi secara bebas dan percuma. Tiada bekalan elektrik, nak masuk tandas bayar sendiri, open-air busking, dan tak dapat nak buat klinik gitar atau bedah buku. Walaubagaimanapun kalau diikutkan rekod, team KUKOQ NYOK, telah berjaya mengadakan program buku jalanan mereka mencecah ke 3 siri rasanya. Siap ada persembahan didgeridoo, deklamasi sajak dan busking. Sesuatu yang mengkagumkan. Saya turut ikut serta dan jualannya cukup memberangsangkan juga. Tempat berpotensi yang dipelopori mereka adalah di Denai Larian Pengkalan Assam dan di Gua Cenderawasih (sebelah kompleks ADUN). Mungkin boleh belajar dari mereka. 

Saya minta tolong rakan-rakan bagi pandangan? Terima kasih.

6 ulasan:

  1. Sedih...saya pernah dengar kes2 sebegini...paling teruk anjurkan aktiviti/kejohanan sukan contohnya...siap tempat dan nama pemenang...tapi sebenarnya aktiviti/kejohanan tersebut tak buat langsung pun...tapi duit peruntukan keluar...jahanam betul...

    Takper la tuan...buat kecil-kecilan pun ok...janji puas hati...

    BalasPadam
  2. huhu nak buat zine fest kat tempat saya pun macam susah jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rasa perlu. Terus buat aja bro... Biar Allah urus selebihnya.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...