Isnin, 8 Ogos 2016

THE LEGEND OF TARZAN


Kisah Tarzan kali ini ada sedikit pusing supaya lebih menarik, malangnya ia tetap ditahap biasa -biasa sahaja. Dibintangi oleh aktor Sweden, Alexander SkargĂ„rd sebagai John Clayton II, dari keluarga bangsawan Greystoke, beliau telah lama meninggalkan bumi Afrika dan gelarannya sebagai “Tarzan”. Clayton II kini hidup mewah di London. Kisah Tarzan sudah pun menjadi lagenda.

Bagaimanapun John Clayton II telah dijemput kembali Ke Boma, Congo oleh King Leopold untuk membuat laporan mengenai pembangunan di Congo, walaupun menolak jemputan tersebut, seorang wakil dari Amerika, iaitu Washington Williams (Samuel Jackson) telah menyakinkan John Clayton II untuk kembali ke Congo kerana difahamkan pihak Belgium masih memperhambakan penduduk Congo untuk kerja-kerja buruh kasar. Washington Williams mahu menyiasat perkara tersebut. Pihak British tidak tahu, jemputan King Leopold tersebut dipalsukan oleh Leon Rom (pegawai tentera Belgium) yang bertujuan untuk menangkap dan menyerahkan John Clayton II kepada ketua suku, Chief Mbonga yang berdendam untuk membunuhnya. Sebagai upah Chief Mbonga sanggup memberi Leon batu-batu permata yang akan digunakan oleh Leon untuk membiayai tentera upahan bagi menakluk wilayah Congo dan merampas hasil mereka. Mbonga tidak tahu hal tersebut.

Apabila sampai saja di Boma, Cayton II terpaksa berdepan tentera upahan Leon yang menyerang dan menculik isterinya. Kembali menjadi Tarzan, dia dengan bantuan Washington Williams menjejaki Leon, bertarung dengan beruk Mangani (yang telah membuangnya sebagai keluarga), Mbonga dan tentera pimpinan Leon demi menyelamatkan Congo.

Walaupun sinopsis ini dengarnya seperti menarik, ia taklah sehebat mana, kesan khas juga menjadikan aksi-aksi pertarungan dan akrobatik seperti kartun sahaja. Bagi saya Washington Williams lebih hebat dari Tarzan kerana handal dengan senjata api dan boleh juga mengejar/bersaing kudrat Tarzan walaupun baru 2 hari hidup dalam hutan Boma! Kalau dia yang lahir dan dibesarkan oleh beruk, mungkin Washington Williams adalah Super Tarzan!

2/5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan