Isnin, 17 Oktober 2016

CATATAN PINGGIRAN ZINE (ISU # 1)


Saya kenal penulis zine ini melalui kembara berbasikal menjelajah Pulau Langkawi pada Ogos lalu. Saya ingat lagi malam itu di Pantai Cenang dia memperkenalkan dirinya sebagai 'groupie' sahaja. Sekali berborak sudah mesra. Bermula dari situ kami sering berseloroh fasal air gamat, minyak serai dan berbagai-bagai benda lagi. Orang suka jenaka tetapi masih dalam radius ilmiah.

Zine ini boleh dikatakan perzine - personal zine, yang mencatatkan anekdot, kisah pendek dari pengalaman-pengalaman penulis sejak zaman kanak-kanak, zaman remaja hinggalah ke dewasa ini yang merangkumi situasi bervariasi itu dan ini. Jujur sekali penulisan beliau dan penuh dengan lakar ayat yang menyentuh emosi. Saya sebenarnya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Catatan Pinggiran Zine kerana terlalu banyak zine/editor yang menyiarkan kisah peribadi mereka yang bodoh disamping susun kata yang membosankan. Tetapi sebaik menyusur "Air Rumput", "Budak-Budak La ni", "Kenangan di SMSTSP (Waxing)", jadi tak sabar sabar pula nak baca kisah seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. Dari penulisan kreatif ini, kita tahu dia seorang penulis berbakat dan berpengalaman luas. Baris-baris ayatnya pendek. Tapi jelas maksudnya walaupun adakala puitis, adakala sinikal. Jika kita tengok zine budak-budak sekarang displin menaip pun dah gagal. Lepas noktah, langsung dia tak letak 'space'. Karut punya zine!

Namun jika mahu dibandingkan penulisan perzines tempatan yang lain dengan Jazli yang telah lama menguruskan blog, pernah mengarah dan menulis skrip untuk siaran TV sudah pasti tidak adil. Jazli turut berpengalaman luas dalam kitab jawi klasik menerusi syarikat kerja kreatif pertamanya dahulu, Klasik Media. Mungkin harga RM8 bagi zine 40 mukasurat termasuk kulit ini agak mahal buat pasaran bawah tanah, tetapi setelah mengkhatam isinya anda pasti faham kandungan berupa kisah hidup penulisnya adalah lebih mahal harganya. Ia khanazah! Mungkin Jazli boleh bergabung dengan Osman Ali untuk satu filem tentang kehidupan? hehehe.

Hubungi: hangtera.prod@gmail.com

6 ulasan:

  1. uih...mcm best ni. dia ni sedara dgn osman ali ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda laa.. Osman Ali kan orang Langkawi juga...

      Padam
    2. Haha. Tak ada kaitan pun. Orang Langkawi ja.

      Padam
  2. uih...mcm best ni. dia ni sedara dgn osman ali ka?

    BalasPadam
  3. Baca ni macam bersemangat pulak nak tulis zine...tapi apakan daya...bakat menulis hanya sekadar mampu menulis karangan "aku sebatang pensil"...haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bro tulis zine, memang saya orang pertama nak baca. Tulis bro.. Tulis! Confirm ramai orang nak baca.. terutama tentang latarbelakang muzikal bro.

      Padam