Ahad, 20 November 2016

SEMAK STATUS HADIS


Pagi tadi secara tidak semena-mena satu page berbayar masuk mencelah dalam newsfeed saya. Memandangkan profile picture yang ada perkataan 'sunnah' saya terus layari untuk singgah. Mungkin anda perasan akhir-akhir ini penyebaran hadis palsu di media sosial makin merebak seterusnya merancakkan pengamalan ibadah reka-rekaan, bahkan hingga menganggu teras akidah kerana percaya pada kisah dusta dan panglipur lara. Maka wujudlah satu golongan yang sangat risau pada situasi ini dan berkempen agar setiap status hadis yang di forward kan kepada kita. Disemak, dan dipastikan kesahihannya sebelum disebarkan. Tiada apalah kepentingan dalam kempen ini selain mahu ketulenan agama itu terjaga.

Adakah anda nampak ini sebagai sesuatu yang mengarut? bodoh atau membuang masa?

Ok, page yang saya lawat ini hadir dengan kempen "Semak Diri Sebelum Semak Status Hadis" demi untuk menangkis kempen Semak Status Hadis. Mereka siap buat flyer yang mirip di atas dengan kenyataan Semak Diri itu. Bukanlah pendapat saya bahawa semak diri sendiri itu sesuatu yang tidak perlu. Bahkan kita dituntut untuk sering muhasabah diri.

"Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW, bahwa beliau berkata, "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT". (HR. Imam Turmudzi).

Sekarang saya mahu bertanya, Bagaimana anda boleh berfikir buruk kepada orang yang mahu menjaga agama dan tidak mahu pendustaan kepada nabi berleluasa? Kenapa sampai anda terfikir hadis sohih hanya perlu untuk orang yang alim, tulus dan suci? Kenapa disekat dan adakah ilmu agama yang tulen ini tidak berhak buat mereka-mereka yang kamu fikir tidak membuat semakan diri? Adakah sampai begitu eksklusif agama Islam ini, sampai kemudahan untuk menyemak status hadis begitu mudah zaman ini tetapi dihalang hanya kerana tidak tahu status diri baik atau jahat?

Kamu dan kumpulan kamu hadir dengan kempen untuk mengajak orang kepada kamu... diri kamu. Bukan kepada Tuhan.

4 ulasan:

  1. kalo tak silap page facebook ini dikendalikan bersama oleh Dr Rodzaimi. maaf kalau tersilap. selalu saya lawat page ni. hampir tiap hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disebabkan tuan masih pening-pening lalat.. terpaksalah saya sebut.. page ni adalah sebuah pusat pengajian agama di kelantan. Antara penceramah pujaan mereka adalah PU yang kata hukum isap rokok tu 'harus'. Tiada kena mengena dengan Dr RORA.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...