Jumaat, 15 September 2017

T-SHIRT RASMI KREMATION


Semalam saya terima bungkusan istimewa dari sahabat lama di Sarawak. Ia merupakan t-shirt rasmi KREMATION yang dicetak oleh Morgue Café (saya tidak pasti sama ada ia masih dijual atau tidak? Anda boleh hubungi Masumi, GORESLUTS untuk pertanyaan). 

Nasth Sheir, (pemain bass & vokal) adalah merupakan sahabat pena saya sejak dari 90-an. Kami berutus puluhan surat malah saya turut melakukan wawancara bersamanya yang dimuatkan Kemenyan zine. Kremation berdiri sebaris dengan SENSELESS dalam memperkenalkan irama death metal di bumi kenyalang. Kremation ditubuhkan pada 1992 dan berjaya menerbitkan sebuah album penuh berjudul “Head Hunter Revenge” pada tahun 2000. Kulit album ini dihasilkan oleh saya dengan warna air sepenuhnya melalui idea yang diberikan oleh Nasth Sheir sendiri. Sukar untuk percaya ia telah berusia 18 tahun.

Album dan lukisan ini asalnya bertajuk “The Curse of Headhunter” namun ditukar pada saat ia dikeluarkan dalam format kaset oleh Music Trax. Ramai peminat ketika itu hairan bagaimana Kremation boleh bernaung dengan sebuah label yang asing dan hanya menerbitkan kaset-kaset bootleg ketika itu. Album ini turut memuatkan EP tersohor mereka iaitu “Reborn” yang pertama kali dikeluarkan oleh Nebiula Production pada tahun 1999.

Bagi yang tidak tahu, Kremation masih aktif dan ada merekodkan sebuah lagu promo pada 2011. Nasth Sheir pula sedang sibuk merakamkan demo dan seterusnya perancangan untuk album sebuah kumpulan hard rock bernama AMBUSHED. 

Semoga Kremation dapat merakamkan album baru buat peminat-peminat tegar mereka!

2 ulasan:

  1. EP ka album ntah yg jd tukang rakamnya Yazid Blackfire

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang Nebiula rilis tu EP, yang album tu lagu-lagu dari EP yang sama dengan beberapa tambahan tracks baru.

      Padam