Sabtu, 27 Januari 2018

THAT WAHABI TREE


Ketika Marco Ferrarese, penulis travelog dari Itali datang ziarah ke Perlis dan kami sama-sama kayuh basikal dari Kampung Wai menyusuri denai Bukit Batu Putih. Kami meninjau Projek Tebatan Banjir Lencongan Barat (RTB) yang tertunda hingga kini. Kami berhenti melihat panorama unik di muara Lencongan Barat ini.

Gambar sepohon pokok bakau tua yang disisih dari kelompoknya di pantai lumpur ketika kami menikmati pemandangan senjakala telah menarik minat kawan-kawan di media sosial. Seorang kawan dari New Zealand mendakwa pohon itu mirip satu pohon yang dikenali sebagai That Wakana Tree yang tersohor ditempatnya.

Secara langsung saya terus meletakkan hashtag #ThatWahabiTree dan menandakan lokasi itu dengan That Wahabi Tree sebagai usikan (troll) kepada situasi Negeri Perlis yang sering ditomah sebagai pendokong fahaman wahabi oleh kebanyakan orang Malaysia. Ramai orang menganggap negeri ini seolah-olah hub aliran sesat yang memecah-belah masyarakat. Bagi saya, pohon itu simbolik dan mewakili keadaan itu. Ia berdiri sendirian disitu, jauh dari kumpulan pohon bakau yang lain. pohon itu menerima asakan ombak dari selat Melaka ketika air pasang, dan menerima muntahan limpahan air empangan Timah Tasoh apabila musim tengkujuh. Ia terasing dan diuji hebat dihabitatnya sendiri.

Bagi yang peka, mereka akan terkesan dengan pesan Rasulullah s.a.w ini: “Islam itu bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba)” – Riwayat Muslim, Kitabul Iman 1/350, No. 208.






Pemandangan di sini ketika matahari naik dan tengelam amat memukau. Lokasinya hanya 500 meter dari Pos Unit Pencegah Penyeludupan,Bukit Batu Putih Buaya yang merupakan sempadan Kuala Perlis (Malaysia) dan Satun (Thailand). Bagi mereka yang masih tidak tahu, wilayah Satun sebelum kedatangan British adalah dibawah pemerintahan negeri Kedah. Begitu juga pulau-pulau di sekitarnya. Dari That Wahabi Tree ini juga anda boleh melihat Pulau Langkawi dengan jelas, begitu juga Pulau Brasmana, Pulau Karap, Pulau Khamin, Pulau Yao (Pulau Panjang) yang dikini menjadi milik Thailand. Namun penduduk-penduduk di pulau-pulau berkenaan tetap memilih turun ke Kuala Perlis untuk membeli keperluan harian walaupun mereka boleh sahaja ke jeti Tamalang, di Satun. Ini kerana kebanyakan keluarga dan rakan-rakan mereka masih ada di Kuala Perlis. Mereka juga mengamalkan budaya dan berbahasa Melayu.

Dari lokasi ini anda akan melihat banyak nelayan-nelayan meredah lumpur mencari siput mentarang dan memasang tangkul ketam. Begitu juga kaki-kaki joran yang memenuhi disepanjang terusan dan pantai.

Sebuah usaha untuk membuka pintu pagar ketiga antara sempadan Malaysia-Thailand di lokasi ini kemungkinan berhasil apabila gabenor Satun menunjukan minat pada potensi pembangunan ekonomi hasil dari pembukaan pintu sempadan tersebut. Idea ini telah diutarakan pihak Malaysia sejak sekian lama namun ditolak mentah-mentah oleh Thailand sebelum ini.

Lokasi:

6 ulasan:

  1. Betul..ada yg berkata begitu ttg negeri perlis..yg baik tetap baik..paling malang yg mengelarkan gelaran itu dtg dari guru2 yg beraliran ugama dan bukan org2 jahil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila taksub menguasai diri, dan menganggap hanya aliran mereka sahaja betul. Itulah jadinya. Islam agama hujah. Kemukakan hujah dari sumber asli agama ini jika ada yang tidak sependapat.

      Padam
  2. rasa macam sejuk2 tengok gambar ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tuan. Sejuk sini time musim angin timur. Lepas tu siap laaa.. kemarau 4 bulan!

      Padam