OK, kali ini dewa pemusnah daripada imaginasi H.P Lovecraft, Cthulhu telah diberi keadilan melalui kesan FX yang bagus. Jalan ceritanya ringkas dan mereka cuba untuk membawa kegerunan dari lautan dalam ke kaca skrin sepertimana yang telah dilakukan oleh Spielberg melalui Jaws, tetapi dengan tambahan elemen ‘kegelapan’.
Underwater bermula terus dengan babak gegaran kuat yang
melanda Kepler 822 iaitu sebuah prasarana cari gali di dasar lautan Mariana
Trench. Apa yang disangka gempa bumi sebenarnya adalah amukan Cthulhu. Kemusnahan
Kepler 822 secara mengejut itu telah meragut nyawa hampir kesemuanya krew
kecuali Kristen Steward selaku Norah Price, Rodrigo, Paul, Kapten Lucien, Emily
Haversham dan Liam Smith. Maka bermulalah misi menyelamatkan diri krew-krew yang terselamat itu ke pengkalan induk Roebuck 641. Satu-satunya cara ke sana
adalah perlu berjalan di lantai lautan sejauh 1 kilometer.
Mereka telah diserang oleh makhluk seperti hantu yang
tertarik kepada cahaya dan akan menelan mangsa yang diserang. Mereka akhirnya
sedar peluang untuk selamat adalah tipis apabila menyedari makhluk-makhluk itu begitu
banyak dan mereka seperti parasit yang bergantung di badan makhluk yang lebih
besar iaitu itu raksasa, Cthulhu. Ketika Price melarikan diri daripada serang ke
stesen Shepard, dia sempat menyelongkar laci besi Kapten Lucien dan melihat
lukisan pentagram di atas blue print kawasan cari gali itu. Mungkin ini membawa
maksud syarikat cari gali itu sudah pun tahu tempat tersebut dihuni sesuatu
yang misteri.
Filem ini berakhir dengan Price meletupkan dirinya bersama Roebuck
641 demi untuk menyelamatkan pod yang memuatkan Smith dan Haversham daripada
dikaut Cthulhu ketika diluncurkan ke permukaan lautan. Bagi yang tidak tahu, gergasi
Cthulhu mula popular dalam pop culture setelah Metallica memperkenalkannya
dalam lagu-lagu mereka sejak album Ride the Lightning (1984) lagu instrumental gubahan mendiang
Cliff Burton berjudul "The Call of Ktulu", album Master of Puppets (1986)
melalui lagu berjudul "The Thing
That Should Not Be", dan album Hardwired... To Self-Destruct (2016) lagu
berjudul "Dream No More".
6/10
serious masuk blog ni banyak benda aku dapat info.
BalasPadamterbaik
TQ bro. Moga bermanfaat.
Padam