Sabtu, 5 September 2020

MUKADIMAH ILMU DI DALAM MEMAHAMI HADITH NABIMU (WAKAF MAIPS)


Buku ini amat bernilai sekali buat penuntut-penuntut ilmu yang baru berjinak-jinak untuk mengenali as-Sunnah. Apabila membacanya saya rasa segar dan seolah-olah baru bercinta semula dengan ilmu hadis walaupun telah lama (bukanlah cerdik pandai) terdedah dengan pengajian hadis. Membacanya menguatkan semangat dan iltizam saya untuk lebih menguasai ilmu ini. Buku ini mengandungi 3 bab utama yang merangkumi pengenalan sunnah dan hadis, perbezaan keduannya, kepentingan memahaminya, kaedah periwayatan hadis, kajian terhadap hadis yang bertebaran seluruh dunia, siapa pakar-pakar yang diiktiraf?, dan ilmu-ilmu lain yang perlu dikuasai untuk memahami dan menilai hadis.

Maka, buku ini perlu dimiliki oleh semua yang mencintai Rasulullah salallahu alaihi wasallam dan mahu menteladani baginda terutamanya dalam urusan ibadah. Adakalanya saya meminati tulisan Dr MAZA melebihi kuliah atau pidatonya kerana dia merumuskan sesuatu perkara dengan mengunakan ayat yang ringkas, lunak dan perkataan yang tepat. Beliau bukan sahaja ilmuan agama bahkan ahli dalam bahasa Melayu. Terima kasih kerana menulis karya kecil ini. Biarpun kecil kandungannya sarat dengan ilmu. Semoga Allah membalas usaha Dr MAZA atas tajdid yang dilakukan untuk mencelikkan pemikiran rakyat.

Buku ini diberikan percuma dengan menghubungi (kos pengeposan tanggung sendiri) atau terus hadir mengambilnya di Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Tel: 04-9794428

Tiada ulasan:

Catat Ulasan