Jumaat, 12 Mac 2021

TUHAN... YANG NAMANYA ALLAH


Kita dan kebanyakan orang kampung mengunakan kereta berkuasa elektrik jenama I. Kita yakin kereta kuasa letrik paling terbaik jika enjinnya canggih, pick up-nya mantap, jika bateri bagus, jangka hayat kuasanya lama, boleh kitar semula kuasa dan tak luput.

Sebahagian orang kampung lagi mengunakan kereta jenama K dikuasakan oleh petrol, ada juga yang guna jenama H, B yang dikuasakan oleh diesel.

Satu hari penguna-penguna kereta jenama K berpakat mahu jadikan kereta mereka hybrid. Mereka nak guna elektrik juga. Bahkan mereka mahu jadikan elektrik sebagai sumber bahan api utama selain petrol. Apabila mereka mohon kepada JPJ. Lulus! Maka kecohlah satu kampung. Penguna kereta I mendakwa mereka meniru I, ciplak teknologi I, tak layak mengunakan letrik dengan macam-macam andaian. Dan memang ada andaian mereka itu berasas.

Namun...


Pengeluar jenama I tidak mengeluar sebarang kenyataan. Pemilik jenama I tahu, kuasa elektrik boleh diguna oleh semua kerana tiada hak eksklusif untuk sumber kuasa itu. Kalau tidak, susahlah mahu guna kuasa solar, kuasa angin, kuasa air... Jika ia milik seorang individu atau syarikat. Dan sebagai perintis, pengeluar utama dan satu-satunya kilang kereta elektrik, jenama I terlalu hebat untuk ditewaskan oleh zaman. Pesaing-pesaing lain juga gagal untuk menawan keyakinan penguna. Semua siri kereta mereka hebat. Semuanya menang di pasaran.

Maka, suasana kampung mula tegang. Penguna kereta I tak puas hati dan ada yang gelisah. Mereka bimbang jika orang kampung, saudara dan anak-anak mereka memilih untuk mengunakan kereta jenama K yang akan beralih memakai enjin hybrid. Mereka risau kerana sudah terang lagi bersuluh jenama K banyak mengunakan alat ganti tak berkualiti dan membahayakan nyawa. Enjin petrol yang jenama K guna sebelum ini juga berkapasiti rendah serta bising.

Pengilang jenama K telah diketahui sebagai licik dan pandai memanipulasi keadaan. Maka dengan sebab itulah ramai juga yang terpedaya membeli kereta K walaupun tak berbaloi dengan harganya.

Kini penguna kereta I di kampung mula berkempen untuk menuntut hak siapa yang mula gunakan enjin elektrik... Dan siapa tak layak guna elektrik... mereka mengunakan phobia sebagai senjata kononnya jika jenama K guna letrik. Jenama I akan lenyap?

Ohh... Lemahnya pemikiran penguna kereta I. Andainya mereka tahu, jika mereka dapat memberi keyakinan kepada orang kampung, saudara dan anak-anak tentang kehebatan kereta I dan membuktikan kelemahan jenama K. Sudah pasti mereka akan kekal memandu kereta I selamanya. Bahkan penguna kereta K pun akan beralih membeli kereta I. Mereka lupa tujuan mereka mengunakan kereta elektrik dahulu kerana mahu elak pencemaran udara, bunyi dan sumber kuasa tak terhad. Bukankah baik jika semua orang dapat manfaatnya?

Tiada apa pun yang perlu dibimbangkan tentang siapa yang lebih berhak mengunakan enjin kuasa elektrik...

 Semoga Allah memimpin kita ke arah taufik dan menetapkan hidayah dalam sanubari.

- Rammy Azmi, 15.02 pm,
@ Musafir Lara Campsite
Maaf hari Jumaat ni guna kias tinggi sikit.


5 ulasan:

  1. Setuju... Kenapa mesti terlampau defensive

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut terlampau. Tetapi tak mahu buat kerja.
      Sepatutnya kita buat kerja (dakwah dan islah) seterusnya berserah aja kerana hidayah itu pemberian Allah jua.

      Padam
  2. Balasan
    1. kena fikir dalam-dalam. Allah bukan mula dipanggil sebagai Tuhan dari era Nabi Muhammad.

      Padam
  3. https://muftiwp.gov.my/en/sumber/media/penerbitan/suara-pemikir/2157-isu-nama-allah-mengapa-orang-bukan-islam-tidak-berhak-menggunakan-nama-allah

    BalasPadam