Jumaat, 18 November 2022

OBSCURE SCRIPTURE ZINE - ISU #1 (GOATLORDTH RECORDS)


Bila tokey Goatlordth Records memaklumkan kepada saya bahawa dia akan menerbitkan sebuah zine ekstrim metal dalam masa terdekat ini, saya cepat-cepat tempah kerana namanya Obscure Scripture zine. Saya menjangka mungkin Obscure People zine yang merintis pergerakan media bawah tanah di Batu Gajah pada era awal 90-an akan membuat comeback dengan pejenamaan semula. Jika tidak silap Sang Editornya, Cyborg merupakan penyanyi kumpulan black metal purba bernama Nakaratul Khaum. Tapi ternyata saya silap…

Bila mendapat naskah isu pertama ini, saya tidaklah terkejut sangat kerana memang sudah dijangka kualitinya pasti bagus disebabkan mereka mempunyai satu pasukan yang kuat dibelakang nama Obscure Scripture ini. Menurut kata pengantar, zine ini disunting selama 2 tahun oleh Sahsahulburaq dan Lord G (mungkin Gorn) dengan bantuan di bahagian temubual dan ulasan oleh Iddimu Akharu, Syukri Ishak, Bob Agigi dan ramai lagi. Semua ini nama-nama besar yang terkenal dengan hasil tangan mereka dalam Abvulabashy, Goatlusting Chaos, Steel Madness dan Damokis.

Zine ini ditulis dalam bahasa Manglish yang santai, ada kalanya merapu dan ada kalanya ‘true’ tak tentu fasal, secara keseluruhannya ia sangat menghiburkan dan sarat dengan maklumat mengenai kugiran yang mereka wawancara. Reka letaknya mengingatkan kita pada zine-zine black metal purba yang sangat mementingkan keserabutan bingkai setiap muka suratnya dengan lukisan-lukisan yang berhantu. Ikuti wawancara bersama Exsul, Battlethrone, Necrolatry Records, Wolflust dan banyak lagi dalam zine ini yang dicetak secara professional dalam format A5, 68 muka surat dengan harga RM25 melalui:

International order: goatlordthrecords@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan