Sebenarnya doa-doa seperti “ Ya Allah kuatkanlah cicihku kerana hal itu kebaikan buat isteriku…. Kekarkanlah cicihku kerana ia membahagiakan isteriku…” seperti yang dikatakan nukilan Ibn Qayyim al-Jawziyah atau selainnya, doa-doa begini bukanlah JELIK. Bukan juga remeh, kerana ia membabitkan kebahagiaan rumahtangga. Bahkan telah sampai ke pengetahuan kami, antara nikmat yang paling disukai para Nabi ialah menggauli isteri kerana ia nikmat yang halal, pemberian nafkah dua hala yang dijanjikan pahala dan penanda aras kemanisan bernikah. Hubungan badan juga dapat mereda dan mengawal hawa nafsu yang sering dipancing syaitan. Antara sahabat Nabi salallu 'alaihi wasallam begitu juga tabiin diketahui tidak menyukai status menduda biarpun SATU HARI kerana merasakan ruginya walaupun satu malam tanpa nikmat batin, bersedekah dan memperolehi pahala besar!
Namun yang jadi kecohnya bila sekumpulan wanita seperti ustazah atau pempengaruh, berkumpul membuat forum, wacana, perbincangan komprehensif, membahas tentang kepentingan dan kebahagian memilik suami bercicih gagah. Ini membuka fitnah dan rasa kurang selesa dikalangan ramai biarpun bab cicih memang ada dalam agama kita. Tetapi bila berbahas live tanpa rasa segan silu begitu, kita orang melayu jadi cering bulu roma! Bukankah orang Melayu begitu mementingkan uruf? Jika tidak masakan kenduri arwah jadi polimek.. sedangkan ia bukan asal dari agama. Tapi masyarakat kita ambil uruf, dah Melayu begitu.. apa salahnya? Kan? Cicih pun begitulah. Sepatutnya perempuan Melayu bukan begitu.
Lepas itu, dah kata penting! Dah kata tak salah, tak jelik, doa minta kat Tuhan supaya cicih kuat, kami nak beritahu macamana?.
Beritahulah dengan berhikmah, ceritakan;
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu”. [Quran, Ghafir:60].
Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali sandalnya apabila ia terputus”. [Hadis riwayat At-Tirmidzi].
Ibn Rajab dalam ucapannya yang terkenal mengatakan “ Dahulu para salaf meminta kepada Allah dalam solatnya, semua keperluannya sampai garam untuk adunannya dan tali tambat kambingnya” [Jami’ al Ulum wal Hikam].
Jelaskan kepada semua orang bahawa meminta kepada Allah bagi hal yang remeh bukan sahaja boleh bahkan disarankan oleh agama kita. Pasti semua boleh faham punya. Wallahu’alam.
R.A
10:21pm, Barbarossa Woksyop
Listening to Turbonegro...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan