Kehebatan jetski dan ketenangan panorama Tasik Timah Tasoh telah lama diperkatakan oleh Syed, hari ini aku pun mengambil bahagian dalam kegiatan bulanan mereka dalam memastikan jetki-jetski Unimap dibawah kendalian unit beliau berfungsi dengan baik. Disebabkan kami semua termasuk Syed yang tidak tahu berenang pun memang hantu air ( tidak boleh nampak sungai, mesti terjun punya) ini merupakan antara yang ditunggu-tunggu.
Bertolak jam 8.30 pagi kami sampai di Timah Tasoh kira-kira pukul 9.00 pagi. Tambah minyak, turunkan jetski. Terus mengamoklah. Syed jugalah yang pandai bagi aku warning –‘ jangan buat bagi aku malu kat staff aku, mesti buat gila’. Apa lagi, belasahlah. Memang lawak gila, bila Syed dok excited dibelakang nyanyi lagu “Marine” dari Sodom, aku buat stunt terus dia terlentang. Berapa banyak air dia telan aku pun tidak tahu. Lepas naik dalam penat itu, aku buat sekali lagi, kali ini dua-dua telan air. Dengan jetski sekali terbalik.
Kami rehat kejap di port sambil berenang dan berlatih flip. Teringat zaman budak-budak, inilah hobi tiap-tiap minggu. Aku boleh berenang pun disebabkan tiap minggu berlatih di Batu Pahat.
Syed berjaya balas dendam dekat aku, selepas aku pula yang terpelanting dikilas jetskit yang dipandunya. Acara hari pagi ini memang menghiburkan, memenatkan dan pastinya pulang dengan hitam legam sebab sunburn. Dan harga yang perlu dibayar kerana terlalu seronok adalah kehilangan jam tangan aku. Haha!
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Restoran Tok Mek yang begitu popular di sini. Sesiapa yang pernah ke Padang Besar pasti pernah singgah disini kecuali aku. Restoran ini telah muncul dalam berbagai program TV kerana juadah masakan Thai yang menyelerakan dan kemudahan ala R & R. Inilah kali pertama aku makan di restoran ini. Masakan kampungnya biasa sahaja tetapi harganya amat berbaloi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan