27.2.2010 (Sabtu) – Jam 8.50 pagi aku ke pejabat untuk ambil Volvo, pantau program “Active Ageing, Active Living” yang berlangsung di pejabat sebentar sambil panaskan enjin. Jam 9.20 pagi aku sampai di rumah Syed, kami terus bergerak ke Penang untuk vacation tanpa sarapan disebabkan aku hendak bawa Syed makan roti canai tersedap di dunia.
10.30 pagi kami sampai di Gurun, terus hala ke Restoran Khoja Mohedeen, kedai makan yang mempunyai nilai sentimental ketika aku berkerja di Bedong suatu ketika dahulu, di sini lah tempat aku lepak dan minum kesorangan. Kami pesan roti seorang 2 biji dan teh ais. Ikuti statement dari Syed; The best roti chennai in the world! Terus dia tambah sebiji lagi. Kalau hendak diikutkan memang hendak makan seorang 4 biji. Tetapi terpaksa kami sabar sebab banyak lagi makanan yang akan dihumban ke dalam sistem pencernaan bila tiba di Penang nanti.
Kami sampai di jeti Butterworth jam 1.30, Syed telefon Hashim untuk bertanyakan venue gig dan band apa yang main. Inilah kali pertama kami tidak tahu menahu pasal gig yang berlangsung, tidak tahu tempat dan yang tahu aku datang sebab Syed hendak melihat persembahan Demonical Crisis Asembly (DCA) dan berbincang untuk merekrut pemain drum mereka ke dalam Devastator. Aku temani Syed sahaja, bagi aku gig adalah membosankan. Sekitar tahun 2006, aku telah melihat persembahan DCA di satu jam session di Wangsa Maju yang turut menampilkan Devastator. Aku nyanyikan lagu “The Sign Of Evil Existance” untuk set Devastator. Bagi aku persembahan DCA adalah menghiburkan.
Ralat (suntingan pada 13 April 2021): Kami baru tahu pada tahun 2019, bahawa dargha bukanlah
surau atau masjid. Ia sekte kuburiyyun! Kami mohon ampun kepada Allah atas kejahilan kami.
Terkejut kami bila tahu Hashim berada di Penang bersama Kodeng dan Pikrama. Mereka pun hendak ke gig tersebut. Jadi ada peluang untuk kami jimat kos pada malam ini, kerana pada mulanya kami telah bercadang untuk bermalam di Batu Ferringhi. Kami ke Masjid Nogore untuk jamak Zohor dan Asar, inilah kembara yang aku paling suka sekali. Cuba jejaki sejarah, hargai dan pelajari. Perasaan solat di Masjid Nagore yang ruangnya rasanya hanya 20ft x 20ft sangat unik. Dengan bauan setanggi, warna dan struktur binaan. Seolah-olah berada di sebuah daerah India. Menurut apa yang dicatatkan di dinding masjid ini, rumah ibadat ini adalah antara yang paling awal di Penang. Lebih awal dari masjid Kapitan Keling. Dan menurut sejarahnya ia ditubuhkan oleh generasi ke 21 junjungan Nabi Muhammad s.aw.
Seterusnya kami ke Gurney Plaza untuk jalan-jalan, mungkin boleh shoping di MPH atau Tower Records. Tetapi tiada apa yang menarik, yang menarik chicks sahaja. Pukul 4.30 petang kami ke Soundmaker, lepak di kedai makan bersebelahannya. Rata-rata rockstars sedang mabuk, sempat berbual-bual kosong dengan Jan, Lan, dan Pikrama. Tinggal cd dan t-shirt Au Revoir kepada Hashim untuk di jual. Kami culik Kodeng sebagai pemandu untuk bawa kami jalan-jalan. Kodeng bawa kami ke Masjid Kapitan untuk makan di kedai nasi Kandar Kapitan Keling atau pada sebelah malamnya namanya di tukar ke Nasi Kandar Beratur pula. Memang helluva!!! Memang original and spicy, aku berpeluh macam orang siram air di atas kepala. Tetapi Syed walaupun extra-kuah tiada masalah langsung. Kalaulah aku tidak bawa bekalan pil hempedu bumi, mesti tekanan darah aku dah naik.
Seterusnya Kodeng bawa kami ke Toy Museum. Dalam perjalanan kami dah hampir sampai ke Toy museum, Hashim sms Syed memaklumkan DCA dah siap sedia untuk beraksi. Bisinglah Kodeng bila Syed ajak kembali ke Soundmaker. Aku terus beritahu Syed kalau kena bayar memang aku tidak akan masuk.
Sampai sahaja, kami terus masuk tanpa tanya. DCA main seperti yang aku jangkakan. Walaupun kualiti bunyi memang hancur, setting pun dah semestinya tidak dapat. DCA tetap memberikan persembahan yang bertenaga. Aku pun memang tidak boleh start headbang, bila start, aku lose la. Macam aku yang beritahu Jan, pemakaian tidak mengambarkan hati yang metal. Hendak tahu metal tengok macamana kami layan metal. Lawak bila Chi marah aku belasah budak dok headbang atas stage. Aku baling botol ke Faiz tengah main bass. Aku enjoying the show like I always do. Baju habis basah, leher sakit. Aku dan Syed terus beredar.
Kami ke Masjid yang comel terletak beberapa blok dari Raggae Club, Jalan Macalinster yang penuh dengan tourists. Masjid Alimsha Waley. Jamak Magrib dan Isyak, kami tidur sementar cari ketenangan. Dalam 10.30 malam, Kodeng sms suruh kami ke Restoran Kassim Mustafa. Selepas temani mereka melantak, kami ke bilik hotel mereka menumpang ehsan untuk mandi dan semestinya tidur untuk jimat budget. Hahaha!
Selesai mandi, Pikrama dan rakannya Sham ke Soho pub bersebelah hotel. Manakala Syed, Hashim dan Kodeng dengan aktiviti kesihatan lelaki. Aku tidur di bilik sahaja kerana sakit tengkuk. Jam 3.30 pagi aku terbangun bila Hashim telefon, katanya Jan datang ke hotel cari aku. Bagus juga Jan, ingat jugak kat aku. Dah lah aku tidur dalam kelaparan. Turun Jan dah tunggu di lobi, kami ke Sup Hamid. Rupanya semua dah ada sana. Hanging out in Hamid’s. Aku cuba sup ayamnya. Sedap, cuma aku tidak paham bagaimana hendak makan sup dengan roti benggali? Macam tidak serasi . Sempat berbual dengan DCA yang tidak habis-habis malu dengan persembahan tadi. Bagi aku biasalah, band black metal barbarian macam DCA mana boleh dapat sound dengan mudah. Aku ingat lagi, IMPIETY sebelum keluarnya album “Kaos Kommand” pun mana pernah persembahan mereka di Malaysia dapat dibentuk sound nya. Semua hancur. Kita enjoy showmanship dan kegilaan sahaja. Itulah metal. Black Metal! Faiz beritahu lagi dia terkejut bila penganjur beritahu hanya 91 tiket terjual petang tadi dan melalui apa yang dia faham gig metal di Penang selalunya sold-out. Nampaknya, semua orang mula bosan dengan gig-gig metal sekarang ini. Memang betul suatu ketika dahulu untuk lihat 800 metalheads hadiri gig di Penang adalah perkara biasa. Setiap genap lorong di Penang penuh dengan metalheads. Itu adalah nostalgia.
28.2.2010 (Ahad) – Bangun awal jam 8.00 pagi, kejutkan Syed dan Kodeng. Kami sarapan pagi di Jalan Tranfer yang menurut Kodeng – the best roti canai in the world. Memang rasanya unik, dan rupanya menakutkan. Kuah merah darah dan bertakung dalam pinggan. Aku tidak dapat habiskan roti aku, Syed yang habiskan. Bila aku tanya Syed dalam diam, Syed kata rasanya ok sahaja, tetapi tidak mahu kecilkan hati kodeng. Bagi kami roti canai Khoja adalah yang undefeated. Bagaimanapun kopi disini memang sedap.
Lepak sebentar, join boobwatch. Pastu aku pening kepala. Jan hendak ajak aku jumpa awak facebook mana ntah pun tidak dapat aku ikut. Malaslah pulak. Aku bukan rockstar pun. Aku jalan sebelah Soho, tengok Pikrama and the geng dah gila babi. Tunjuk langit semua. Lawak pun ada. Kesian pun ada. Singgah 7 Eleven, beli maggi terus naik ke hotel. Lepas makan maggi terus aku tidur. Sempat terjaga bila bapak ayam datang tawar servis di pintu bilik. Aku tergelak bila Kodeng ingat bapak ayam itu kawan Hashim. Hahaha!
28.2.2010 (Ahad) – Bangun awal jam 8.00 pagi, kejutkan Syed dan Kodeng. Kami sarapan pagi di Jalan Tranfer yang menurut Kodeng – the best roti canai in the world. Memang rasanya unik, dan rupanya menakutkan. Kuah merah darah dan bertakung dalam pinggan. Aku tidak dapat habiskan roti aku, Syed yang habiskan. Bila aku tanya Syed dalam diam, Syed kata rasanya ok sahaja, tetapi tidak mahu kecilkan hati kodeng. Bagi kami roti canai Khoja adalah yang undefeated. Bagaimanapun kopi disini memang sedap.
Kami terus ke Rope Walk tengok barang-barang antik. Keadaan masih tidak berubah di sini. Cuma barang-barang yang benar-benar unik telah berkurangan. Malah harganya makin tinggi sekarang. Kami balik ke hotel kejutkan Pikrama, Hashim dan Sham. Seterusnya kami serang Chocolate Boutique. Rasa paling unik semestinya cokelat cabai. Dan paling seronok dapat cuba semua kopi. Hell yeah!This is my kindda place!
Selepas itu Kodeng bawa kami makan di Restoran Kayu di Bukit Jambul. Semua orang menggila. Rasanya setiap seorang dari kami tidak ada yang kena cas RM15 ke bawah. Sotong, udang, ayam, telur... all hell brokes lose.
Pada jam 2.00 petang, Aku dan Syed terus beredar selepas makan, manakala Kodeng dan yang lain pergi membeli belah di Kompleks Bukit Jambul. Aku memandu pulang dalam keadaan terlalu kenyang dan terasa macam dalam mimpi mungkin kesan sampingan dari kaskas. Walaupun SLAYER “Hell Awaits” adalah soundtrack perjalanan pulang kami hari ini. Ia kedengaran terlalu syahdu. Hahaha!
Sampai di rumah jam 5.30 petang aku periksa kotak pos. Ada package dari USA, bila dibuka ada buku masakan Hellbent For Cooking yang dikirimkan oleh Annick Giroux. Envelope nya telah dibuka oleh KDN nasib baik tidak dirampasnya. Memang sempoi habis, unik dan tersendiri. Kalau Chief Wan tengok mesti dia menangis! Kepada yang hendak dapatkan resipi memasak dari band pujaan anda seperti Sepultura, Possessed, Mayhem, Obituary, Kreator, Blasphemy, Judas Priest, Pentagram malah aku sendiri. Sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku terpilih atau: http://www.hellbentforcooking.com/
Aahhh! Hari minggu yang mengembirakan.
Klik untuk menonton video DCA dan Chocolate Boutique.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan