Rabu, 5 Mei 2010

BANGSA APAKAH KAMU?



Tahukah anda di masa Islam menguasai India, dengan mudah bagi mereka untuk memaksa seluruh India memeluk Islam. Tetapi Islam bukan disebarkan melalui mata pedang seperti yang didakwa oleh golongan kafir.

Mukadimah ini sebenarnya, adalah sebagai idea kepada apa yang akan aku tuliskan seterusnya. Ketika menonton TV3 malam ini ( amat jarang aku lihat TV, sebab itu terlambat skit!), aku terlihat sebuah iklan Hari Raya Aidilfitri yang sangat menarik. Pada hakikatnya, ia amat berkesan tetapi alangkah ruginya kerana tiada unsur dakwah yang bijaksana diterapkan. Kita sering gagal dalam aspek ini. Perlu diakui iklan komersial yang berunsur missionary lebih bijak mengunakan publisiti media.

Di dalam iklan ini, kita dapat lihat sepasang suami isteri ( isteri Melayu dan suaminya India mualaf ) membawa ayah suaminya untuk membeli belah di sebuah pasaraya. Diakhir iklan ini, babak sedih dimana si suami terharu melihat ayahnya sanggup membeli sepasang baju Melayu. Dapat mesejnya? Mungkin mereka yang berfikir ‘di dalam kotak’ akan mengatakan mesej “toleransi” di dalam iklan ini amat kuat. Inilah 1Malaysia eh?

Tahukah anda Islam tidak pernah menghalang dan mendiskriminasikan adat dan budaya sesuatu bangsa SEKIRANYA ia tidak berlanggaran dengan syarak. Malah Islam menggalakkan cross-cultural di dalam penyatuan umatnya. Seringkali kita tidak pernah mahu memahami budaya bangsa lain, seringkali kita menganggap seseorang yang memeluk Islam itu sebenarnya ‘masuk Melayu’. Adakah Islam hanya untuk bangsa Melayu? Adakah hanya adat dan budaya bangsa Melayu sahaja diterima Islam?

Jika aku yang mengarahkan iklan ini, begini buah fikiran aku… memandangkan tema iklan ini adalah Eidul Fitri, cuba kita buatkan suatu babak dimana si suami membawa isterinya ke masjid untuk solat sunat Fitrah. Si isteri dengan pakaian baju Kurung nya dan si suami dengan pakaian indianya, (jubah atau Dhoti), selitkan suatu babak dimana, ketika sedang berwuduk sekelumpuk jemaah-jemaah Melayu hairan dengan pakaian beliau dan bertanya kenapa memakai pakaian berkenaan. Kemudian, dengan baik dan berbudi bahasa si suami tadi menjelaskan pula, beliau berbangsa India dan ini adalah pakaian bangsanya. Beliau bangga dengan pakaian yang melambangkan asal usulnya. Dan tiada halangan dalam Islam memakai apa jua untuk solat asalkan bersih dan menutup aurat. Nampak tak?? Nampak mesejnya?....

Yang menghairankan kita boleh meniru perkara berunsur ‘syubahat’ dan haram dari budaya bangsa lain seperti memakai ‘hena’ untuk bernikah, berkenduri kendara untuk si mati, menghadiahkan pahala kepada arwah dan sebagainya tanpa ada rasa gusar di dalam hati. Tetapi untuk melakukan kerja-kerja dakwah atau islah, kita merasakan sesuatu yang remeh dan tidak ambil peduli….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan