Hari ini aku ingin mengulas sesuatu yang berbeza. Iaitu sebuah buku yang sangat berkualiti dengan harga yang sangat-sangat berbaloi ditulis dengan kerja keras oleh Neil Daniels. Bagi yang tidak tahu, ini adalah buku pertama yang ditulis beliau yang banyak mengkaji sejarah Rock dan Metal. Diterbitkan oleh Omnibus Press dengan harga 19.95 pound, kini anda boleh perolehinya dengan harga RM14.90 dikedai-kedai buku terpilih disekitar KL. Bagi aku yang meminati sebahagian besar komposisi lagu-lagu kumpulan ini, pastinya buku ini adalah sesuatu yang sangat bernilai. Dan bagi mereka yang diluar sana, yang mengakui diri anda adalah rocker tua tidak sedar diri. Anda perlu memiliki buku ini, sedarlah diri bagaimana sesebuah rocker sebenar mengharungi perjuangan muzikal mereka.
Turut memuatkan kisah-kisah suka duka, kontreversi homoseksual penyanyi mereka, pargaduhan dengan kumpulan-kumpulan rock yang lain, kejayaan dan kejatuhan mereka, serta koleksi foto-foto lama yang sangat bersejarah.
Turut disenarai dengan begitu teliti adalah turutan persembahan dan tour mereka, serta diskografi mereka yang semestinya begitu menakjubkan.
Judas Priest adalah satu nama entiti Heavy Metal yang paling berpengaruh di dunia. Malah dewa metal seperti Venom, Death, Merciful Fate, Metallica menyembah Judas Priest sehingga kini. Ingin mengenali Heavy Metal dari Britian yang sebenar? Aku cadangkan mulakan dengan Judas Priest!
“Priest are ‘defender of the faith’.. the faith being heavy metal music. And we’re defending it against every aspect.. it’s a statement for everybody.” – Rob Halford, speaking to Sound magazine in 1983.
Buku ini memuatkan hampir 50 temubual bersama personaliti-personaliti yang pernah terlibat didalam Judas Priest termasuk anggota pelopornya iaitu penyanyi asal mereka Alan Atkins. Bermula dengan penceritaan Atkins, yang merupakan rakan baik Robert Plant, mengenai sejarah penubuhan Judas Priest pada tahun 1969. Nama kumpulan ini rupanya dipetik dari sebuah lagu Bob Dylan.
Turut memuatkan kisah-kisah suka duka, kontreversi homoseksual penyanyi mereka, pargaduhan dengan kumpulan-kumpulan rock yang lain, kejayaan dan kejatuhan mereka, serta koleksi foto-foto lama yang sangat bersejarah.
Turut disenarai dengan begitu teliti adalah turutan persembahan dan tour mereka, serta diskografi mereka yang semestinya begitu menakjubkan.
Judas Priest adalah satu nama entiti Heavy Metal yang paling berpengaruh di dunia. Malah dewa metal seperti Venom, Death, Merciful Fate, Metallica menyembah Judas Priest sehingga kini. Ingin mengenali Heavy Metal dari Britian yang sebenar? Aku cadangkan mulakan dengan Judas Priest!
“Priest are ‘defender of the faith’.. the faith being heavy metal music. And we’re defending it against every aspect.. it’s a statement for everybody.” – Rob Halford, speaking to Sound magazine in 1983.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan