Selasa, 7 September 2010

RUSH: BEYOND THE LIGHTED STAGE


Terpandang sahaja DVD ini, aku terus rebut dan bayar. Ini tontonan wajib bagi semua peminat Progressive Rock dan hiburan yang sangat santai selepas berbuka puasa malam ini. Jika diikutkan dari kata-kata promosi di belakang kotak DVD ini, memang tepat sekali, one of rock’s most influential bands, ranked third in consecutive gold or platinum albums after The Beatles and The Rolling Stones. The phenomenon behind what could be the world’s biggest cult band.

Yeah, siapa pun pasti mengakui Rush adalah band Progressive Rock terhebat jika tidak dianak tirikan oleh media berbanding publisiti yang lebih meluas kepada Led Zepplin. Seperti temubual yang dipetik dari kata-kata Gene Simmons, peneraju KISS ( terjemahan kepada Bahasa Melayu loghat utara, hehe); “ Apa dia geng ni? Led Zepplin Kanada ka? Nyanyi ‘yeah!’ ‘oh yeah!’ ni! Kita kena dapatkan geng ni jadi pembuka kepada KISS nih!”

Jadi selepas 50-60 persembahan bersama, mereka menjadi kawan karib. Antara benda yang mengkagumkan tentang Rush, mereka tidak melibatkan diri dengan sex tour. Cerita Gene “ Setiap malam selepas persembahan, gadis-gadis akan berbaris untuk bertemu kami. Oh Tuhan! Anak haram yang huduh macam aku pun boleh main pompuan, tapi takda seorang pun anggota Rush yang tutuh pompuan? Aku tak faham langsung? Tidak! Kumpulan gay? Tidak! Binatang ternakan? Tidak!.. Woi, apa hangpa buat kat bilik hotel tu hah?”…Gene yang bingung dengan sikap Rush.

Jelas Kim Micthell, dari pengurusan pula “ Aku ingat lagi satu ketika di hotel, masa tu ada team bowling wanita duduk sekali dengan kami, depa mabuk, pakai seksi, pintu bilik semua terbuka.. uish! Tapi geng Rush ni adoi.. duk dalam bilik tengok TV, baca buku.. gadis-gadis tu mesti kata geng Kanada ni membosankan betoi! Haha!”

Kalau diikutkan memang perilaku setiap anggota Rush memang unik, pemain drum dan penulis lirik genius mereka Neil Peart misalnya tidak senang untuk bermesra dan berjumpa dengan peminat. Disebabkan itu dia tidak pernah bersama Alex dan Geddy untuk sesi bertemu peminat. Bukan disebabkan beliau sombong, malah beliau seorang sangat pemalu dan takut dengan perhatian yang lebih dari peminat-peminatnya. Ketika ditemubual kata Neil “Dulu masa aku budak, aku pun gila The Who bagai nak rak, tapi tak penah pun aku terpikaq nak hambat depa, sampai nak pi ketuk pintu bilik depa?”.

Balik kepada sejarah permulaan Rush, turut memuatkan kisah-kisah mereka dari penghijrahan Geddy yang merupakan antara keluarga Yahudi yang terselamat dari holocaust Nazi. Manakala Alex pun keluarga migrasi dari Yugoslavia. Kedua-duanya kawan sekelas dari sekolah rendah, dan kedua-duanya malas belajar dan meremukkan hati orang tua mereka apabila berhenti dari sekolah untuk bermain muzik. Turut memuatkan persembahan terawal mereka bersama pemain dram asal John Rutsey yang akhirnya terpaksa disingkirkan kerana mengidap diabetis walaupun usia masih muda!



Rush penah mengalami saat-saat hampir lemas kerana sikap mereka yang keras kepala dalam berkarya. Mereka tidak mahu terikat dengan kehendak orang ramai dan terlalu progressive dalam berkarya sehingga kebanyakan orang tidak dapat menerima muzik mereka. Malah syarikat rakaman dan media menghentam mereka dengan hebat. Antara komen-komen dari keratan majalah dan akhbar yang dipernah diterima Rush “ deafening, dull dan depressing”, dan “ the songs are cancerous network of haphazard key and time signature changes, atau yang lebih kejam “ Rush’s flagrantly derivative was neither interesting or listenable” atau yang lebih lebih kejam “ Geddy Lee does have a voice that sounds like a rat caught in a wringer."

Sehinggalah pihak media dan syarikat rakaman akhirnya akur dengan kehendak mereka dalam kebebasan berkarya apabila merujuk kepada kejayaan album “2112”.


Pemuzik yang tulen sebenarnya tidak mementingkan fesyen dan imej. Dan itu adalah Rush. Kata Geddy Lee “ Kami memang tak reti berfesyen, memang betoi, mampuih pi la, kalau nak ikutkan hati memang kami nak pakai jean dengan t-shirt aja, tetapi kami membesaq dengan donia yang mengatakan ‘stail tu ceroi laa’..haha”

Zaman kemurungan dan meditasi Rush bermula apabila Neil menerima berita kematian anak perempuannya dan berturut dengan kematian isterinya yang membuatkan Neil membawa diri dengan motorsikal kuasa besarnya untuk mencari ketenangan. Neil merantau beberapa bulan ke beberapa negara sehingga ke Mexico. Ketika itu Geddy dan Alex memutuskan untuk menghentikan Rush. Sehinggalah akhirnya Neil kembali dan bercadang untuk menghidupkan Rush semula maka terbitlah album “Vapor Trails”.

Berikut kenyataan-kenyataan menarik dari pemuzik rock yang terpangaruh dengan kegilaan Rush;

Kirk Hammet dari Metallica“ Bila aku dengaq aja Rush, aku macam huish…bila tengok cover, Woi ada 3 ekoq aja pakai baju funky plak tu? Macamana geng ni boleh main sampai macam ni?

Billy Corgan dari Smashing Pumpkin “ Aku perlu mengakui mampu memainkan lagu “2112” suatu ketika dulu, aku tau semua not-not dan detik dalam lagu tu, tapi kini aku terpikiaq… lama mana aku belajaq main lagu tu hah? Rasa macam aku tak keluaq bilik setahun untuk cari not lagu tu!!”

Pelakon Komedi dan gitaris Tenacious D, Jack Black “ Ia terlalu tepat, permainan Neil Peart sangat jitu… mungkin kalau kita dapat perati dalam computer..kejituan dia mesti ukuran atom.. kalau dengaq dalam headfon..Uih.. Depa ni bukan menesia”.

Tim Commerford dari Rage Against The Machine/Audioslave “ Geddy Lee ni memang pemain bass pujaan aku, wow! macamana dia dok kucai bass sambil nyanyi? Sambil tangan dan kaki dok pulun keyboards pulak? Pastu hidung dia dok adjust mikropon lagi… hehe.. tapi hidung dia memang besaq la. Hidung dia yang banyak membantu.. hehe!”

Klik sini untuk menonton trailer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan