Ahad, 10 Julai 2011

KHEROW @ PERLIS & HADYAI


Kedatangan Kherow adalah secara mengejut disebabkan Kuala Lumpur yang lumpuh oleh kerana Perhimpunan Bersih. Asal tujuan mereka untuk menyaksikan Konsert 2 Raksasa ( Sweet Charity dan Blues Gang ) ditukar kepada perjalanan ziarah dan rekreaksi.

Kherow kini giat dalam proses merakamkan album terbaru mereka yang lebih aggressif dan teknikal. Zizie yang merupakan gitaris utama Kherow memberitahu, mereka akan cuba menyiapkan 10 buah lagu dan mengeluarkan cd tersebut pada hujung tahun ini juga. Faithcraft Productions sekali diberi kepercayaan untuk menerbitkan album tersebut, walaubagaimanapun Kherow masih belum memutuskan siapakah yang bakal menjadi penyanyi mereka? Lebih genting, mereka terbabit dalam sebuah persembahan di Jakarta pada September ini.


Seterusnya kami makan malam di Restoran Samudera, Kuala Perlis dengan suasana yang tenang dibawah alunan lagu evergreen dan pelayan-pelayan wanita yang manis-manis belaka. Hidangan malam itu adalah ikan jenahak masak 3 rasa, butter prawn, sotong goreng tepung, sayur kangkung, Sup daging, nasi putih dan jus buah-buahan. Semua dibuat untuk hidangan 3 orang. Harga kesemua hidangan tersebut hanya RM86.00. Berbaloikan!

Seterusnya kembara Kherow adalah ke Hadyai untuk membeli belah dan mencuba masakan disini. Antara peristiwa penting, kami jumpa pelukis di Idea Market yang menjual potret Dato Najib, burung puyuh goreng tersangkut di rantai Zizie (hehe!), Zizie makan pulut durian + udang goreng harga 200 bath, Zizie beli dvd Dimebag Darrell dengan booklet tulis cina (hehe!), dan macam-macam lagi benda haru-biru. Zizie bermalam di Perlis manakala Afdzal di Jitra, keesokkan harinya kami ke Padang Besar semula kerana Zizie masih tidak puas hati shopping.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan