Isnin, 18 Julai 2011

METAL HAMMER – JULAI 2011 ISU 219


Dibungkus dengan sebuah envelop khas dengan kerja seni Eddie di ziggurat sebagai merujuk kepada cover story kali ni kejayaan menakluki 2 juta peminat di Amerika Latin. Cerita dahulu dan terkini tentang Iron Maiden seolah-olah tidak penah habis-habis. Dan tiada majalah lain yang mampu memperinci laporan dan berita sebaik Alexander, editor MH sendiri. Begitu juga sedikit lanjutan cerita mengenai pengunduran gitaris lagenda KK dari Judas Priest dan kejutan album baru mereka yang tetap akan dikeluarkan tanpanya. 

Berita dan temubual bersama Nergal yang dalam proses penyembuhan kanser dan telah berambut pendek kerana menjalani kimo. Nergal bagaimanapun komited dengan kerja-kerja seni beliau dan terkini beraksi bersama lagenda Fields Of Nephilim sebagai penyanyi undangan semasa persembahan mereka di Poland.


Kedatangan sebuah kumpulan misteri bernama GHOST dari Sweden dipromosikan dengan berbagai-bagai mitos. Ghost dikatakan ditubuhkan dan dianggotai oleh semua pemuzik terkenal tidak mahu mendedahkan identiti mereka. Mengetengahkan muzik Heavy Metal yang mempunyai propaganda Satanic dan Anti-Kristian serta menyasarkan kejayaan komersial. Ghost berselindung disebalik topeng-topeng pelik dan jubah-jubah yang menakutkan sebagai imej mereka. Ini dapat dilihat dari kejayaan-kejayaan mereka dalam menempa nama disetiap konsert-konsert besar dan yang terbaru mereka menganas di Download Festivial. 

Begitu juga kelahiran semula dan penjenamaan semula muzik In Flames tanpa peneraju utama Jesper Stromblad. Liputan tentang kesudahan Hole In The Sky Festival di Bergen, Norway dibuat dengan penuh nostalgia memandangkan festival ini telah berusia 12 tahun dan hanya didominasi oleh kuasa-kuasa lama era 90-an dari Norway. Turut menampilkan temubual khas bersama Torgrim, booker utama HITS yang membicarakan kepada festival ini perlu berakhir. Menampilakan Big 4 Norway iaitu: Immortal, Mayhem, Enslaved dan Satyricon, ia merupakan majlis penutupan penuh emosi bagi mereka yang terlibat. Tumpuan bagi sampler cd pada kali ini semestinya Gojira yang dianggotai Devin Townsend dan Meshuggah, In Flames, Graveyard, Anal Nathrakh yang dianggotai pemain drum Napalm Death dan Pain – sebuah projek tekno rock dari Peter Tägtgren. Sebuah isu yang hebat dan penuh sensasi metal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan