Jumaat, 19 Ogos 2011

MINTAKATULBURUJ MAGAZINE # 2


Apakah mintakatulburuj? Antara soalan yang sering diutarakan oleh mereka sendiri setiap kali temubual dengan kumpulan-kumpulan underground pilihan mereka. Mengapa ‘mereka’, yerp!, tidak seperti Nocturnal Slaves yang digerakan oleh seorang individu, dan hanya mendapat sedikit bantuan dari rakan-rakan. Mintakatulburuj digerakan oleh 3 orang aktivis ternama dan berakhir menjadi pemuzik. Mereka adalah Fadzil yang menubuhkan syarikat Muzikbox Productions berperanan menerbitkan album-album kumpulan metal tanahair dan antarabangsa antaranya Tandus, Hirax, Narsamum, Castigate, Malex serta bertindak sebagai penganjur gig dan konsert di sekitar Johor. Fadzil turut berkhidmat kepada kumpulan TERKUTOK. Masuri juga bergerak bersama kumpulan punk paling ngeri dari selatan Malaysia itu. Manakala One atau dikenali sebagai One Barchiel turut berkarya bersama AS SAHAR yang dinobatkan antara yang terawal mengacukkan black metal Norway bersama tema mistik nusantara. As Sahar telah melalui zaman kegemilangannya pada pertengahan 90-an dan kini telah kehilangan magis mereka. One Barchiel pada penghujung 90-an telah menerbitkan zine yang bertahan selama beberapa isu bernama DEPRISSIVE MONSOON.

 

Saya terlepas untuk memiliki isu pertama Mintakatulburuj, namun apa yang saya pasti zine ini dikekalkan sebagai indie fanzine seperti mana Vortex From The East, cuma Mintakatulburuj dihasilkan dengan salinan fotostat bersaiz A4 dan kulit cetakan kertas glossy secara professional.

Eh! ada temubual band Perlis!

Temubual paling hebat dan panjang adalah bersama CARBURETOR DUNG, selain mereka berjaya mengumpul temubual-temubual bersama kumpulan yang kini telah menjadi kuasa muzik berat dunia seperti ENSLAVED, BURZUM, EMPEROR, DECAYED, dan IMMORTAL. Saya menyukai ulasan-ulasan album dan demo yang dibuat oleh One Barchiel setulus hati. Malah beliau turut menyumbangkan ulasan-ulasan kepada Kemenyan Zine yang disunting oleh saya pada penghujung 90-an dahulu. 

Saya telah lupa berapa harganya zine ini, tetapi apa yang saya pasti ia cukup berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan oleh 3 individu peneraju Mintakatulburuj dan ia adalah antara pemberi inspirasi kepada saya untuk mewujudkan zine suatu ketika dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan