Sabtu, 20 Ogos 2011

PROLONGUE AD NOCTURNE ZINE


Prolongue ad nocturne membawa maksud puisi malam. Pada asalnya diterbitkan sebagai newsletter yang sarat dengan informasi dan reka letak yang kemas dan comel. Akhirnya ditukar kepada zine. Saya sangat menyukai susunan bahasa Inggeris di dalamnya serta konsep seni kosmik yang diketengahkan. Disunting oleh seorang yang berbakat dalam bidang grafik dan muzik, tidak hairan zine ini antara yang terbaik dari Temasik. Editornya adalah Agammemnon, kemudian dikenali sebagai Zirkelloch atau nama sebenar beliau Samsul. Zirkelloch adalah personaliti disebalik kumpulan Black Doom Metal bernama KIBOSH SYBIL KISMET yang akhirnya menukar arus kepada Industrial Black Metal pada tahun 2000 akibat pengaruh metal Y2K yang diketengahkan oleh kumpulan SAMAEL dari Swiss. Jadi anda jangan hairan kenapa Zirkelloch asyik memuji Samael di dalam semua isu. Saya mempunyai empat isu Prolongue ad nocturne tetapi hanya tinggal 2 isu dalam simpanan saya, yang lain hilang entah kemana. Dan saya juga tidak ketahui samada beliau mengeluarkan lagi zine ini selepas isu ke-4.


Temubual yang dilakukan Zirkelloch semestinya panjang lebar dan mendalam, begitu juga ulasan-ulasan yang bijak setaraf majalah professional seperti Metal Maniac atau Terrorizer. Manakala bahagian artikel pula Zirkelloch hanya menceduk bahan-bahan seperti keratan akhbar atau dari portal internet yang menjadi obsessi beliau seperti mengenai asteroid, perbalahan gereja, falsafah ektrimis dan sebagainya. Didalam isu ke-4, One Barchiel turut menyumbangkan beberapa temubual kepada zine ini. Petikan kata-kata Zirkelloch pada isu ini: FUCK OFF! WE’RE PROUD TO BE A XEROX ZINE!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan