Dream Home adalah filem cina, jadi rasanya baik saya ulasankan dalam Bahasa Melayu. Bagi anda yang merasakan filem-filem pembunuhan dan jenayah terbitan Lion Gate cukup mengerikan, baik anda tonton filem ini dahulu. Filem yang diterbitan, ditulis dan diarahkan oleh Pang Ho-Cheung ini berkisar tentang realiti golongan pertengahan yang hidup di bandaraya Hong Kong. Mukadimah filem ini bermula dengan pengenalan kata;
Tinjauan pada 2007 menunjukkan pendapatan bulanan kebanyakan penduduk Hong Kong mencapai HK 10,000. Hakikatnya, 24% penduduk masih berada dibawah tahap itu. Harga bagi seunit rumah flat yang berukuran 600 kaki persegi adalah melebihi HK 7 juta. Bagi rumah flat yang memiliki pemandangan jeti laut pula adalah HK 30,000 (atau US$3,200) sekaki.
Untuk hidup di dalam bandaraya gila. Seseorang itu harus jadi gila.
Pengenalan yang kuat ini mengambarkan jalan cerita yang hebat menyusul kemudiannya. Bukan sekadar memaparkan adegan-adegan membunuh yang kaku seperti yang sering kita lihat. Pang Ho-Cheung turut membuat flashback kenangan-kenangan dan kisah susah payah si pembunuh, kisah sisi gelap dan korupsi di Hong Kong yang mana kerajaan bersengkongkol dengan taikun hartanah bagi memiliki tempat-tempat berpotensi dan menindas golongan berpendapatan rendah, bagaimana kongsi gelap mengambil alih sesuatu kawasan, realiti kehidupan lelaki berkerjaya yang gemar menyimpan perempuan ( banyak dipaparkan perbualan telefon – 3 kali, internet chat yang menunjukan hobi lelaki Hong Kong sebegitu, malah si pembunuh di dalam cerita ini adalah seorang perempuan simpanan), senario pengantungan terhadap riba, ceti haram dan skim insurans turut diketengahkan.
Cerita berkisar mengenai seorang wanita jelita, Cheng Lai Sheung ( lakonan Josie Ho) yang pada usia kanak-kanak tinggal di sebuah flat buruk yang bertentangan dengan perlabuhan Victoria. Namun sampai satu ketika bangunan usang dihadapan flat nya dirobohkan dan sebuah flat mewah, No.1 Victoria Bay telah dibangunkan sekaligus menghalang permandangan rumahnya ke perlabuhan yang terkenal itu. Diselitkan disini bagaimana Cheng menjadi begitu obsess dengan No.1 Victoria Bay, berkerja siang dan malam untuk mengumpul duit menyara keluarganya kerana bapanya jatuh sakit, dalam masa yang sama menyimpan hasrat untuk berpindah ke flat mewah itu. Malang nasib Cheng apabila kekasih gelapnya tidak langsung mahu membantu meringankan kos rawatan bapanya. Malah suatu ketika Cheng sendiri terpaksa membayar sewa hotel selepas mereka lakukan hubungan kelamin. Kadang-kadang kerana kedekut kekasihnya hanya minta Cheng blowjob dalam kereta sahaja. Dalam masa genting Cheng tengah bergelut hendak membunuh orang pun, kekasihnya telefon arahkan beli arak, beli rokok . Cheng patut mengorat pengurus bank tempat dia berkerja sebenarnya!
Cerita ini sebenarnya hanya berlaku suatu malam, dan bermula dengan pembunuhan ngeri (cukup ngeri sebenarnya!) seorang pengawal keselamatan dan merebak sehingga 12 orang lain di flat No.1 Victoria Bay sebagai tindak balas seorang penjual yang mungkir janji setelah berlaku perubahan bursa saham dan aliran mata wang Hong Kong. Harga rumah tersebut dinaikkan hanya kerana Cheng lewat datang untuk urusan jual beli beberapa minit atau jam kerana kesesakan lalu lintas. Jadi untuk mendapatkan rumah berkenaan dan lebih hebat lagi untuk meruntuhkan harga flat tersebut, Cheng memutuskan untuk memberi sedikit suwey (bad luck) kepada flat tersebut. Berbekalkan kit binaan mendiang ayahnya (seorang buruh binaan), Cheng membunuh sesiapa yang dia teringin di flat tersebut dengan mengunakan apa sahaja yang ada, (cable tie, hammer, screwdriver) dan dia berjaya menjatuhkan nilai hartanah tersebut apabila media mula membuat liputan mengenai pembunuhan tersebut serta menjejaskan reputasi No.1 Victoria Bay.
Cheng berjaya membeli rumah tersebut dengan harga HK 3 juta lebih, walaupun sempit dia berpuas hati dan gembira kerana pemandangan indah perlabuhan Victoria kembali dalam hidupnya. Cheng turut memutuskan hubungan bersama kekasih gelapnya. Sepatutnya dia bunuh sahaja.
Berdasarkan kisah sebenar.
Bintang: 5/5
Bintang: 5/5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan