Isnin, 31 Oktober 2011

AL-QADR


Kembali kita menanti malam al-Qadr pada tahun ini, berbagai-bagai kehebatan telah aku perlolehi kalau hendak diikutkan kata tok guru mengaji Quran yang mengimamkan kami solat tarawikh. Pahala seperti para nabi, dapat mahligai dari cahaya, dapat bidadari dan sebagainya telah dibacanya didalam tazkirah yang dicetak dari portal internet ntah pa nama?! Hendak ditegur itu bukan hadis sahih, rasa diri ini pun serba kekurangan. Jadi aku hormatilah dia berdasarkan umurnya, walaupun fatwa di Perlis dah masuk 2 tahun melarang penyebaran fadzilat tarawikh dan beriman dengan nas tersebut. Larangan terbaru dari Mufti Terengganu.

Apa yang aku faham pabila kehadiran Ramadhan adalah permohonan sebenar-benar pemohonan, kita kepada Allah s.w.t iaitu permohonan keampunan. Tiada benda lain yang paling terutama ( dan ultimate) yang sangat-sangat diharapkan oleh kita selain keampunan Nya. Jadi syurgalah tempatnya bagi orang-orang yang mendapat keampunan. Jadi, apa yang serabut sangat? 
Bercakap mengenai al-Qadr adalah bercakap mengenai rahsia Allah. Berkemungkinan bagi orang-orang yang melihatnya, Allah s.w.t sedang menyingkap hijab Nya. Tiada nas yang menjelaskan perkara aneh seperti pokok sujud dan air membeku pada malam al-Qadr dan seharusnya ia tidak disebarkan kepada orang lain. Terdapat sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah pernah bersabda “Pada pagi malam al-Qadr, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinaran terik), seakan-akan bejana, sehinggalah ia meninggi”. Namun hadis ini mengambarkan selepas berlakunya al-Qadr.  Ia bukan panduan untuk mencari malam itu. Bagi kita perkara yang utama perlu difokuskan pada malam tersebut adalah memohon keampunan dari Nya. Hal ini seperti yang doa yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita jika merasakan kita temui malam itu:
Allah humma innaka’afun tohibbul afwa fa’afu ani
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku

Sesetengah pendapat mengatakan waktu berharga untuk pengampunan pada malam al-Qadr hanya seketika sahaja iaitu beberapa saat sahaja. Pendapat itu harus diperbetulkan kerana Allah s.w.t menyatakan  keberkatan malam itu adalah sepanjang malam hingga terbitnya fajar. Firman Nya “Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar” (Surah al-Qadr, ayat 5).

Terdapat persoalan lagi mengenai kebenaran bagaimana Al-Quran itu diturunkan pada malam al-Qadr. Bagaimana al-Quran itu turun pada satu malam sedangkan Rasulullah menerima wahyu sepanjang 23 tahun? Benar, bahawa turunnya al-Quran yaitu pada malam Lailatul Qadar. Allah menurunkan al-Quran sekaligus dari Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah (di langit dunia) kemudian dari situ Jibrail menurunkannya secara beransur-ansur dan berperingkat sesuai dengan berbagai peristiwa selama 23 tahun kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan