Jumaat, 28 Oktober 2011

MENJEJAKI MASJID AL-HUSSAIN, KUALA PERLIS



Tengahari Jumaat ini aku, Ustaz Jeffri A. Mukhti dan Zainuddin ambil kesempatan solat dan buat tinjauan di Masjid al-Hussain, yang baru beberapa minggu dirasmikan berdekatan jeti Kuala Perlis. Masjid terapung yang dibina dengan kos RM12 juta sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf mempunyai binaan yang menarik, kemudahan-kemudahan kelas pertama, dengan kubah yang dihiasi rukun Islam dalam berbagai-bagai bahasa, imam-imam muda, dan pemandangan yang indah.


Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun. Masjid terapung tersebut memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Seni bina tersebut adalah simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Dari dataran masjid, pengunjung pasti terpesona melihat dinding masjid yang tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.

Diharapkan dengan wujudnya tempat ibadah ini, warga Kuala Perlis akan mengimarahkannya dan menjaga keharmoniannya. Buang imej masyarakat pemusnah, jadi masyarakat yang amanah.

Cantik tandasnya. Entah sampai bila ia akan berkekalan begitu? Halaman luarnya juga indah dan dipenuhi si hawa yang indah-indah juga. Adakah perlu letak papan tanda zon tutup aurat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan