Selasa, 1 November 2011

HITLER: THE RISE OF EVIL (2003)


Saya ceroi jika mendakwa mengagumi Hitler, tetapi tidak mengetahu sedikit sebanyak mengenai beliau. Saya mengagumi beliau bukan berdasarkan fahaman, revolusi, reformasi, atau populariti, saya menghormatinya kerana karisma yang beliau ada. Sejarah dan mitos mengenai Adolf Hitler telah diriwayatkan oleh Yahudi dan Amerika mengunakan tinta berdarah. Beliau telah digambarkan sebagai seorang diktator yang sangat kejam dan gila. Tiada siapa yang berani mencabar hakikat kebenaran sejarah itu dipersada dunia kecuali Ahmadinejad. Saya sendiri hanya mengunakan flatform blog yang mempunyai 53 orang pengikut dan menulis dalam bahasa Melayu. Saya pun takut digelar Nazi.

Kata pepatah, untuk mengetahui kebaikan seseorang itu tanyalah pada musuhnya. Jadi tele-movie yang diterbitkan oleh Yahudi dan dilakonkan oleh banyak aktor-aktor Yahudi ini mungkin memuatkan beberapa faktor tepat. Tetapi apa yang saya dapat lihat, seperti kebanyakan filem Nazi yang lain, paparan simpati terhadap Yahudi ditonjolkan sebaik mungkin. Cuma bezanya, ia lebih menjurus kepada keperibadian Hitler itu sendiri. Yang mana filem lain memaparkan aksi peperangan. Jika anda ingin lihat Nazi berperang, ini bukan filem anda.


Filem ini sebenarnya adalah siri TV yang memenangi berbagai anugerah. Dihimpunkan dalam satu pakej 3 keping vcd yang berdurasi 4 jam. Saya telah menontonnya sebanyak 3 kali dan masih kagum dengan kerja-kerja produksi dan lakonan cemerlang Robert Carlyle sebagai Hitler. Hasil CGI untuk babak-babak perhimpunan, pemandangan bangunan lama era Nazi, kenderaan, semuanya nampak realistik. Dan ya, Hitler dan semua orang Jerman cakap bahasa Inggeris dalam filem ini. (wtf!).

Sejarah Nazi sebenarnya telah mendidik kita semua bahawa penyatuan ummah (masyarakat) berteraskan semangat kebangsaan tetap akan menempuh kehancuran, melaiankan berteraskan satu syariat. Kerana akidah mengatasi bangsa, adat, budaya, muzik, ekonomi, sosial, atau falsafah.

Di dalam filem ini digambarkan Hitler seperti seorang yang gila dan kering emosi sejak dari kecil. Beliau mengikuti kelas seni lukis di Academy of Visual Arts, Vienna di usia remaja namun bakatnya tidak dihargai dan terpaksa menganggur serta hidup melarat. Dicoretkan bermula dari kehidupan yang sukar itu dan kali pertama mendengar ucapan datuk bandar Vienna, Karl Lueger mengenai pertualang golongan Yahudi di Jerman membakar semangat anti-Yahudi dalam dirinya.

Berani saya cakap, tiada orang yang lebih cintakan tanahair dan bangsanya melebihi Hitler. Hitler seterusnya menjadi tentera sehingga beliau dianugerahkan dengan medal Iron Cross. (Rujuk blog saya yang lalu disini mengenai Iron Cross). Akhirnya beliau mendapat peluang untuk berpidato buat pertama kali di majlis perjumpaan Parti Buruh Jerman yang pada asalnya beliau dilantik untuk menjadi pengintip oleh pihak tentera untuk memantau keadaan di situ.

Hujah Hitler memukau semua yang hadir, termasuk Ernst Hanfstaengl yang akhirnya menjadi penasihat beliau. Di atas pandangan beliau Hitler membentuk imej tersendiri, - membuang misai tepi dan hanya menyimpan dibawah hidung. Hitler yang pandai melukis juga melakar sendiri logo parti Nazi. Ketika kali pertama mempamerkan logo Swastika yang dilukisnya kepada hadirin di suatu majlis makan malam di rumah Ernst, mereka bertanya apakah maksudnya?

Hitler menjawab “The Unconquerable”.

Saya yang menonton filem yang telah ditokok tambah ini pun, kagum. Apatah lagi jika berhadapan dengan beliau! Kejayaan Hitler dari satu tingkat ke satu tingkat adalah berkat persahabatan dan kepercayaan yang diterima dari rakan-rakan sekelilingnya. Antaranya Ernst Röhm, ketua Storm Trooper yang dikenali sebagai Brown Shirts yang sentiasa melindungi dan menganas dibawah arahannya. Namun kemaraan Hitler tetap melalui rintangan dari Perdana Menteri Jerman pada ketika itu, beliau cedera ditembak dalam satu serangan, ditangkap dan dihukum penjara 5 tahun. Walaupun begitu, hampir separuh rakyat Jerman tetap setia bersama Hitler dan menantikan kepulangan sosialis tersebut.

Ketika di dalam penjara itulah, beliau menulis buku “Mein Kampf”. Apabila dibebaskan, Hitler bertambah popular, ceramahnya semakin hebat, pengikutnya semakin ramai. Hitler malah boleh menguasai sesiapa sahaja termasuk Presiden. Digambarkan Hitler seperti seorang yang sakit jiwa, kadang-kadang Hannibal Lecter nampak lebih siuman dari Hitler. Hehehe!


Antara kebaikan Hitler yang digambarkan didalam filem ini, beliau seorang yang pandai melukis, tidak meminum alkohol, menyanyangi kanak-kanak ( contra nya di akhir cerita dikatakan lebih 1 juta kanak-kanak terbunuh kerana tindakannya?), sangat patriotik, membenci golongan homoseksual, menghargai muzik, tegas, displin, komited, berani mati dan suka ketulenan.

Hitler menurut sejarah mereka, seorang yang tiada toleransi, menutup hak kebebasan bersuara, menyita media cetak, dan menyekat kebebasan individu (Yahudi). Tetapi anda tidak hairankah mengapa Hitler bersetuju membantu Mufti Besar Baitulmuqqadis, Imam Amin Al-Husseini untuk mewujudkan Waffen SS bernama Hanzar bagi menyekat penindasan terutamanya terhadap umat Islam di Bosnia dan Croatia? Mengapa Hitler boleh bertoleransi dengan membiarkan Waffen SS, Hanzar bebas mengamalkan ajaran Islam? Malah Imam Amin tidak pernah memakai medal Iron Cross yang dianugerahkan kepadanya. Lebih hebat di dalam division Hanzar pimpinan Imam Amin terdapat 21,000 orang tentera beragama Kristian Katolik.

Ini tiada dalam filem. Saya bangkitkan untuk berkongsi titik sejarah yang dilupakan. Tidak beberapa lama dahulu, pernah isu ini dibangkitkan dalam forum IIS ( Islamic Information Services, Malaysia). Ada pihak mendakwa Hitler dikatakan membaca al Quran, merupakan seorang yang sangat menghormati Islam dan menyokong perjuangan rakyat Palestin yang semakin ditindas Yahudi. Maka, dia wajar diberi penghormatan? Secara ilmiah perbincangan isu ini berakhir dengan Islam sentiasa menolak keganasan, peperangan adalah jalan terakhir dan lebih bersifat pertahanan. Islam tidak menjajah. Hitler pula adalah seorang penganut Kristian Katolik, namun tidak pernah kita terbaca beliau warak didalam agamanya. Perjuangan beliau bersifat kebangsaan, gambaran mengenali personaliti beliau masih kabur, penuh mitos, dan ditokok tambah. Jadi adalah tidak wajar untuk kita terlalu taksub kepadanya.

Hampir semua orang di dunia mengatakan Hitler akan ke neraka. Amerika mengelarnya dajjal. Namun, adakah Hitler akan ditempatkan di neraka? Saya tidak tahu. Adakah Hitler akan ke syurga dengan penuh kemuliaan? Saya tidak tahu. Adakah benar beliau membunuh diri atau dibunuh? Saya juga tidak tahu.

Hitler digambarkan tidak siuman kerana mendakwa Yahudi dalam proses mendominasi dunia ketika itu. Hakikatnya, Yahudi benar-benar menguasai dunia kini.

Tema filem ini adalah "The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing" yang diucapkan oleh ahli falsafah, pejuang hak asasi manusia, ahli parlimen British bernama Edmund Burke. Cuba lihat propaganda mereka, Burke tidak pernah pun melalui zaman Nazi atau mengenali Hitler, malah dia hidup ratusan tahun sebelum Hitler dilahirkan.

Mengapa mereka tidak ambil sahaja ungkapan-ungkapan dari Hitler seperti “Pride is a weapon”, jika mereka sendiri berpendapat beliau seorang pemidato yang ulung?
 
Seig Heil!

Bintang: 4/5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan