Rabu, 5 Oktober 2011

KARISMA ISU OKTOBER 2010


Setakat ini aku menyimpan 5 naskah majalah Empayar dan 3 naskah majalah Karisma. Majalah Karisma adalah kesinambungan perjuangan majalah Empayar yang bertukar penaungnya tetapi membarisi sidang redaksi yang sama serta sedikit penambahan.

Fakta menarik tentang Karisma, seleksi kumpulan yang ditampilkan setiap isu semestinya berteraskan underground ( dari genre Metal ) sepenuhnya. Dan focus soalan dan perbincangan adalah berbeza dari majalah muzik lain yang sedia ada. Seolah-olah membaca fanzine underground di era 90-an. Bagi mereka yang tidak pernah mengikut zaman kemunculan zine-zine fotokopi. Perlu anda tahu bahawa, penulis-penulis yang terbabit di dalam Karisma adalah editor zine terhebat suatu ketika dahulu.

Kualiti cetakan dan kertas adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh sebuah majalah metal/rock tempatan. Dan seni reka dan grafik semakin baik setiap isu, tetapi masih perlu pembaikan yang teliti.
Fakta yang PERLU diambil kira untuk menaiktaraf majalah ini setanding dengan majalah metal internasional adalah content atau isi-nya. Jika kita lihat contohnya, majalah seperti TERRORIZER atau KERRANG! yang hanya boleh dibeli dengan duit syiling di London, namun isinya memerlukan 3-4 hari untuk habis membacanya di waktu riadah. Font yang jauh lebih kecil dan padat kandungannya. Sarat dengan infomasi yang pastinya tidak boleh di dapati dari sumber lain. Lebih hebat, untuk isu terpilih siap diberikan sample cd lagi.

Teringat pula sebuah ulasan yang aku terbaca di dalam majalah Ancient Ceremonies ( Portugal ) tentang kumpulan dari Malaysia, kata mereka (terjemahan) – aku hairan mengapa kumpulan-kumpulan dari sana (Malaysia) lebih suka menghabiskan duit untuk buat kulit album/demo yang cantik, tetapi tidak mahu menghabiskan duit untuk rakaman yang baik? Mungkin perkara ini turut berlaku kepada media bercetak muzik berat tempatan.

Ulasan album, demo pastinya mencecah ratusan material. Tidak ambil pusing dari negara mana, freecopy atau beli atau pinjam, mereka ulas kesemuanya janji ‘metal’. Berdasarkan sidang redaksi Karisma, mereka boleh berbuat sedemikan jika anda pernah baca fanzine-fanzine lama mereka terdahulu. Kerahan tenaga dan cara bekerja yang lebih komiten serta professional perlu diusahakan. Jangan biarkan ia hanya menjadi one-man-effort. RM8 adalah agak mahal bagi sebuah majalah 60 mukasurat, namun sokongan akan tetap diberikan untuk menaikkan publikasi metal tempatan dengan harapan sumbangan itu setimpal dengan apa yang bakal diperolehi nanti.

Kepada yang masih belum mendapatkan majalah Karisma isu 8, edisi Oktober 2010 yang menampilkan BLACKFIRE sebagai cover story, bolehlah menghubungi pengurusan Karisma seperti yang tercatat dibawah. Turut memuatkan banyak foto-foto klasik ( termasuk yang tiada dalam arkib aku sendiri!) serta poster dan biografi.

Karisma Production, PO BOX 9, 75700 Melaka, Malaysia
Tel: +6013-6363558

Untuk langanan setahun ( 12 isu ) harganya RM90 bagi Semenanjang Malaysia dan RM120 bagi Sabah dan Sarawak.

Pembayaran menerusi CIMB: Karisma Production (0410-0000-3021-09)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan