Jumaat, 28 Oktober 2011

WITCH KULT TABLOID


Pada pagi yang permai ini saya menerima sebuah bungkusan dari seorang sahabat lama, iaitu Adrian penyanyi kepada kumpulan Hellish dan Empheris. Beliau juga merupakan editor R’lyeh Zine dari Poland. Pada tahun lepas, Adrian bersama teman wanitanya berkunjung ke Bali, Indonesia dan bercadang untuk singgah di Malaysia. Kami bercadang untuk bertemu dan melakukan beberapa aktiviti bersama, malangnya perjalanan beliau terlalu singkat maka tidak sempatlah beliau singgah di bumi bertuah ini. Hehe!

Bungkusan saya telah dirobek dan diperiksa oleh Kementerian Dalam Negeri, saya bernasib baik kerana tabloid ini dan beberapa cd di dalamnya tidak dirampas mereka.


Adrian mengirim saya sebuah tabloid muzik berat bernama Witch Kult, saya benar-benar termanggu sebentar apabila melihat tabloid yang mirip Metro, Kosmo dan Harakah ini. Saiz font, seni reka letak, kualiti gambar dan cetakan, jenis kertas, semangat kerja berpasukan, keseluruhan aspek adalah professional. Bezanya Witch Kult memuatkan isu wacana metal sepenuhnya. Cuma bahasa yang digunakan adalah bahasa Poland yang membuatkan saya kecewa kerana gagal untuk memahaminya.

Walaubagaimanapun, saya berbangga memiliki tabloid metal dari Poland ini yang diberikan oleh editornya sendiri dan mendapat sedikit sebanyak inspirasi darinya. Bila Malaysia akan mempunyai media seperti ini?

Sila hubungi:  Adrian, PO BOX 20, 02-919 Warzawa 76, Poland

Tiada ulasan:

Catat Ulasan