Jumaat, 4 November 2011

BRYAN ADAMS “THE BEST OF ME” (2005)



Dvd ini merupakan antara koleksi kesayangan aku yang paling sesuai untuk riadah pada malam hari terutamanya bila tidak dapat melelapkan mata. Turut didatangkan bersama adalah 2 cd lagi iaitu Live at the Budokan dalam format audio dan The Best Of Me yang menghimpunkan koleksi-koleksi lagu terbaik dari beliau.

Rasanya tidak perlu lagi saya perkenalkan siapa Bryan Adams (jika tidak kenal juga rujuk sini), semua orang sekurang-kurangnya pasti ada satu lagu kegemaran yang dinyanyikan oleh beliau. Beliau antara salah seorang artis yang mempunyai ketulenan tersendiri, lagenda yang menguasai arena Ballard, Pop Rock, Sentimental dan juga Hard Rock. 

Dvd Live at The Budokan, Tokyo dirakamkan pada tahun 2000 yang menampikalkan Keith Scott sebagai gitaris dan Mickey Curry ( suka makan kari nih!) sebagai pemain dram, B.A (gelaran beliau) sebagai pemain bass merangkap vokalis. Ya! Memang sukar untuk mencari pemain bass yang turut boleh menyanyi dalam genre ini. B.A dan Keith pun tidak galas gitar dan bass di dada macam kumpulan pop rock yang lain! Dalam konsert ini B.A and the gang pakai serba putih, t-shirt putih, seluar putih, kasut putih, bass putih, gitar putih, dram set putih, amp Marshall stack pun semuanya putih! 

Rasanya B.A dah sedia maklum dengan peminat-peminatnya di Jepun yang hadir untuk layan muziknya sahaja bukan untuk mendengar bebelan beliau. Mereka pun pasti tak faham! Hampir semua peminat kelihatan masih memakai baju pejabat seolah-olah baru balik kerja. Jadi, B. A naik ke pentas dan terus mempamerkan kehebatan beliau menghayati note dan lirik. B.A memang perfectionist, tiada cacat cela pun permainan mereka, kesan bunyi yang sungguh mantap, ( tetapan bunyi boleh dipilih antara DTS 5.1 Surround atau LPCM Stereo), visual juga jelas kerana kurang permainan cahaya. 


Selepas lagu ke-5, baru B.A memperkenalkan diri, My name is Bryan Adams, this is my drummer, this is my guitarist. Kemudian terus memberikan persembahan bertenaga dan memukau sehinggalah lagu ke 10, B.A membuat sedikit kesilapan memilih peminat untuk menyanyikan lagu “When You’re Gone”. Bukan sahaja gadis tersebut tidak dapat menyanyi, malah menari ala poco-poco. Tetapi rasanya, B.A minat tuh!.. kalau tidak, sebab apa dia pilih gadis berkenaan.

B.A seterusnya memainkan lagu berhantu beliau “Have You Ever Really Loved A Woman”, Keith memainkan into yang berbeza dari versi rakaman membuatkan B.A marah. Ini sekadar gimik dan jenaka konsert. Nasib baik peminat-peminat Jepun faham dan ketawa. Lagu yang mencapai status cult ini disampaikan dengan penuh penghayatan oleh B.A. Teringat ketika zaman aktif berhubungan dengan editor majalah Ancient Ceremonies, Nuno Santos. Beliau bercerita Moonspell pernah cover lagu ini dalam suatu gig di Portugal, bila mereka main sahaja lagu ini semua penonton mengamuk dan ramai-ramai blah! Hehe!

B.A memainkan 22 lagu di The Budokan. Tiada satu lagu pun yang mengecewakan. Lagu-lagu B.A sentiasa memberikan satu macam perasaan bila mendengarnya. Nostalgia, kenangan manis, romantic, jiwa keremajaan. Dengarkan lagu “18 till I Die”, “Cloud Number Nine”, “Summer 69”  atau “Into the Fire”. Lagu terbaru untuk runut bunyi filem Guardian lakonan Kevin Costner berjudul “Never Let Go” pun terlalu hebat bagi saya. 

Dvd ini masih kelihatan dalam semua kedai muzik dan dvd dengan harga RM59.90. Dapatkan sebelum terlambat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan