Rabu, 30 November 2011

RINTIHAN KUNTILANAK PERAWAN (2010)


Saya tidak pernah berminat mengikuti sebarang perkembangan dunia perfileman Indonesia. Namun saya akui turut mengemari filem-filem tahyul dan kepahlawanan Indonesia era 80-an dan awal 90-an kerana dipengaruhi oleh ibu. Saya masih dihantui oleh filem seperti Rahsia Ilmu Iblis, Jaka Sembong hingga ke hari ini.

Tetapi kali ini ada sesuatu yang menarik apabila saya membelek-belek ruangan dvd Indonesia di sebuah kedai. Sebuah filem seram yang menampilkan wanita yang sangat popular di dalam industri pornografi antarabangsa dan juga dunia penjenamaan tema Rock dan Heavy Metal iaitu Tera Patrick. Klik sini untuk mengetahui siapa beliau dengan lebih lanjut.

Untuk apa K2K Productions mengundang Tera Patrick bagi membintang filem ini sudah pastinya untuk mengaut keuntungan dalam memanipulasi aset tubuh dan nama Tera. Mungkin juga, untuk memperdagangkan Tera kepada hartawan-hartawan di sana yang terliur untuk mengomol tubuh montok Tera sempena kedatangan beliau ke Indonesia. Itu mungkin agenda tersembunyi.

Tera sangat kaku dan hampir gagal sepenuhnya menjiwai watak di dalam filem seram ini. Kononnya Tera (Alice) adalah saudara kepada Angel Lelga ( ini pun dah nampak merapu) telah diperdaya oleh sebuah kumpulan rock yang ingin popular mengunakan ilmu hitam. Tera telah menjadi mangsa mereka dalam satu pemujaan di rumah usang, darah Tera digunakan sebagai bahan pemujaan. Kumpulan itu berjaya meraih populariti manakala Tera pula dirasuk oleh entiti gelap hingga menjadikannya kutilanak yang membunuh lelaki-lelaki selepas di ajak ke ranjang.

Lebih merapu, Tera akhirnya di selamatkan oleh seorang kiyai ( macam biasa cerita Indonesia, ada kiyai datang entah dari mana, dan dalam banyak-banyak kes dia nak selamatkan Tera Patrick juga!). Kumpulan rock yang popular itu juga lingkup apabila Tera dibebaskan dari cengkaman Kutilanak.  


Cerita ini boleh dikategorikan antara cerita paling bodoh pernah saya lihat dan beli. Saya tidak menyesal kerana menontonnya kerana ingin tahu bagaimana pemikiran pembuat filem di Indonesia. Cerita ini dihasilkan tanpa plot  yang menarik, pengunaan kamera tanpa kemahiran, hanya dikuatkan dengan sogokan elemen seks dan seks dan seks. Tidak perlu ditonton dan tidak sesuai untuk hiburan keluarga. Nilainya = sampah.

Bintang: 1/5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan