Saya amat jarang menonton TV, apatah lagi mengikuti drama bersiri. Saya mengetahui kehebatan siri C.S.I melalui perbualan rakan-rakan dan rencana-rencana di akhbar serta majalah. Seingat saya pernah dua kali berita melaporkan kes pembunuhan yang mana si pembunuhnya merupakan pengemar siri ini dan menghapuskan bukti-bukti melalui apa yang beliau pelajari dari siri ini. Ia hebat. Walaupun begitu saya masih tidak menontonnya. Beberapa tahun lalu Mat Kodeng menghadiahkan kepada saya set lengkap musim ke-tiga siri CSI yang diterbitkan pada 2003 oleh Paramount Pictures. Saya tidak pedulikannya, ia dibiarkan menjadi tukun dalam almari. Sehinggalah pada minggu ini saya mempunyai sedikit kelapangan untuk menontonnya. Saya terus kagum, dan berikut adalah dari kajian saya mengapa siri ini menjadi fenomena dan mengapa siri TV atau filem kita tidak mampu menyainginya;
KEPAKARAN
Satu pekara yang kita tewas dari dulu walaupun media-media tempatan sering mengembar-gemburkan anak seni , penerbit, studio tempatan mempunyai kepakaran bertaraf antarabangsa tetapi hasilnya yang kita dapat lihat hanya berkualiti najis. Begitu juga cakap-cakap tetang kestabilan ekonomi, akta itu dan ini, sukan bolasepak, dan keselamatan negara. Itu hanya omong kosong. Merujuk kepada siri ini, cuba lihat hasil kerja dalam setiap siri. Dari camerawork, CGI, costume work, hinggalah ke set pembunuhan, semua dilakukan dengan berseni.
BIJAKSANA
Berkait rapat dengan kepakaran juga, tetapi ini lebih merujuk kepada minda. Kita dapat lihat bagaimana filem atau siri TV di Malaysia melemahkan fikiran kita dengan adegan-adegan yang tidak perlu dan mengarut. Penulis siri CSI sentiasa bijak mengatur plot-plot yang kuat yang langsung tidak membosankan, tambah lagi setiap siri didatangkan dengan format 2 kes pembunuhan. Pasti sukar untuk diolah supaya kedua-dua kes itu deselesaikan dalam tempoh sejam tanpa menjejaskan mutu persembahan jika penulisnya seorang yang bodoh.
Dialog memang superb! Seolah-olah mereka bebenar kakitangan forensic dan tidak lokek ilmu untuk dikongsi bersama. Kita sentiasa belajar benda yang baru dalam setiap siri.
UNSUR REALITI
Semua orang sudah maklum, kes-kes ini diolah semua dari kes yang benar-benar berlaku. Malah drama-drama penyiasatan dan kepolisan kita turut meniru idea ini. Kehebatan CSI mereka mengolah setiap kes yang sedia unik dengan tambahan hiburan, hasilnya penonton lebih faham dengan penyampaian dan menjadi ‘pandai’ manakala drama penyiasatan kita, kes diolah menjadi lebih ringkas dan unsur santai lebih dari berfikir.
Unsur realiti dalam karakter, misalnya Grissom (ketua penyiasat unit forensic atau crime lab Las Vegas) yang juga watak utama dalam siri ini, digambarkan sebagai seorang yang berkaliber, boss yang disenangi, genius, adakalanya beliau juga turut membuat kesilapan. Itu adalah realiti, cerita kita mana ada ketua buat silap? Bagaimana saya boleh berkata begitu? Dalam setiap siri penyiasatan Grissom dipaparkan sering berkias dengan falsafah-falsafah dari Jullius Ceasar, Edgar Allan Poe, Shakespeare dan sebagainya. Beliau semestinya seorang doktor, mengunakan penjelasan sains dan perubatan bagi setiap masalah. Semua kakitangan dibawahnya digambarkan cuba untuk mendapat pengiktirafan darinya apabila melakukan setiap tugasan. Berfikiran terbuka dan menerima apa sahaja pendapat orang lain walaupun remeh, cuma Grissom akan lawan hujah mereka kalau ada yang kurang tepat. Grissom juga pernah buntu atau gagal dalam menyelesaikan beberapa siri pembunuhan seperti episod The Execution Of Catherine Willows dan episode Abra Cadaver yang mana walaupun jumpa pembunuhnya, Grissom gagal mengesan kunci gari dalam mulut pembunuh tersebut walaupun telah dimaklumkan oleh doktor autopsy bahawa sesetengah ahli silap mata ada poket di dalam mulut. Dalam satu siri, Grissom pernah 'berkenan' dengan seorang wanita fetish, Lady Heather yang mulanya beliau syaki pembunuh tetapi tersilap. Lady Heather tawar hati dengan Grissom sebab itu, maka kempunanlah Grissom.. hehehe
Dalam satu siri, ada kakitangan cuai dalam mengunakan kemudahan makmal yang menyebabkan ia digantung kerja. Ini turut dipaparkan. Manakala kakitangan crime lab pun adalah manusia juga, mereka turut mencarut, berbual-bual mengenai muzik rock, mengorat, dan ada masalah peribadi.
Protes kerja lebih masa dan tidak kira masa. Minta Grissom sain tuntutan kerja lebih masa. Semuanya ini diselitkan sebagai resipi realiti kehidupan seorang penyiasat dari unit forensik.
DRAMA
Memang ini drama pun! Tetapi apa yang dramanya dalam siri TV Malaysia, putus cinta dan usaha mencari cinta sejati. Hehehe. Itu sahajalah dari zaman Opah. Berkait dengan unsur realiti diatas juga, dibina sebuah drama dalam setiap siri penyiasatan. Misalnya diakhir musim ini, Catherine terkejut dan sedih apabila hasil keputusan DNA yang dibuat ke atas seorang taikun kasino yang merupakan bekas kekasihnya adalah bapa kandungnya! Berat tuh!. Grissom juga menghadapi masalah pendengaran yang semakin teruk kerana suka dengar lagu klassikal dan opera melalui headphone dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan. Pertembungan dengan berbagai-bagai karektor suspek pembunuhan yang mempaparkan kehebatan masing-masing menghayati watak sebagai penyiasat atau penjenayah. Kalau drama tempatan, aduh.. terlalu jelas berusaha keras nak bawa watak jahat? Tiada keselambaan. Perlu usaha lebih. Kalau jadi polis pula, aduh.. skemanya ayat.
KELENGKAPAN STUDIO DAN PERALATAN
Ini berkait rapat dengan modal sebenarnya. Tidak tahu sama ada shooting ini dibuat di dalam studio yang diubahsuai sebagai makmal atau meminjam lokasi sebenar di crime lab? Apa yang pasti, mereka tidak segan silu untuk mendedahkan peralatan canggih dan maju sebagai tarikan utama siri ini dalam masa yang sama memaparkan kehebatan unit forensic sekaligus meningkatkan imej mereka. Mungkin tiada pun alat yang secanggih tersebut, tetapi apa salahnya exploitasi sedikit jika imej Amerika dapat diangkat dan drama ini menjadi laris?! Itu falsafah yang anda harus faham.
Cuba lihat pula pakaian. Uniform. Itulah uniform yang digunakan dan itulah toolbox dan itulah senjata yang dibawa unit forensic sebenar. Manakala kita, mesti tidak dapat access benda-benda ni semua. Habis sangat tunjuk bikar, buat ujian PH boleh la tu!! Jadilah drama Pak Pandir. Kalau Hindustan, melampau lampau plak jadinya. Polis atau banduan mesti pakai uniform US. kah! kah! kah!
KOMITED
Penulis, pengarah, aktor dan kerajaan U.S sendiri semua kerja keras. Buat yang terbaik. Itulah hasilnya. Sebab apa ada saja mutiara kata dari Grissom, sebab penulis dia buat kajian. Bukan Grissom tu pandai pun. Sebab apa saya kata mereka rajin, mereka buat CGI mengenai organ dalaman setiap kali penemuan kaedah pembunuhan dibentangkan? Sebab mereka mahu penonton faham apa geng ni dok kata, kan mereka guna istilah perubatan dan kimia semua tu.
Kalau ada scene kena cari bukti di tempat pembuangan sampah, dalam longgok sampah la mereka berkubang. Aktor-aktor tak kisah, bayaran best jadi buat yang terbaik.
Dan saya rasa kalau kat US mesti foresik sendiri turun siasat kalau ada prirate DVD siri CSI nih! hehehe!
PENJENAMAAN
Ini perkara penting sebenarnya. Logo, seni reka letak dan ilustrasi. Penonton pasti tertarik hendak beli bukan sahaja box set, malah t-shirt, kotak pensil atau tuala CSI pun laris kalau ada dipasaran. Lagu tema, “Who Are You?” dari The Who sudah jadi sinonim walaupun awalnya kedengaran seolah-olah tidak sesuai. Akhirnya jadi siulan. Ini termasuk sebagai format setiap siri yang menampilkan 2 kes dalam setiap episod. Itu trademark sebenarnya.
Bintang: 5/5
Bintang: 5/5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan